26062013
Sekolah tutup? Abih tu anak aku siapa yang nak jaga
Begitulah keluhan segelintir ibu bapa apabila sekolah ditutup akibat jerebu yang melanda negara ketika ini. . Memang kecoh. Hari Isnin istihar sekolah tutup. Selasa arahan sekolah di buka semula. Lorrrr. Itu macam ka. Sekolah ditutup untuk mengelakan anak-anak daripada terdedah kepada udara yang tidak sihat. Udara yang tidak sihat ini akan menyebabkan kepada gangguan pernafasan kepada mereka yang mempunyai masalah pernafasan seperti lelah atau semput atau asma/athma.
Bukan masalah jerebu yang mejadi persoalan dalam bingkisan aku ini tetapi masalah ibu bapa yang mempunyai nawaitu menghantar anak ke seolah sebagai penjaga anak-anak mereka. Pagi hantar anak ke seolah dan petang mengambilnya daripada seoklah kerana ibu bapa keluar bekerja. Apabila ada nawaitu seperti ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi feel anak-anak ketika berada di sekolah. Anak-anak merasakan satu bebanan ketika menghadirkan diri ke sekolah. Anak-anak tidak merasa seronok berada di sekolah. Inilah antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya perlanggaran disiplin di sekolah.
Memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa menghadapi masalah penjagaan anak-anak ketika mereka keluar bekerja tetapi janganlah berniat untuk melepaskan tanggung jawab penjagaan anak-anak kepada sekolah sahaja. Lazimnya apabila berlaku perlanggaran disiplin di sekolah ibu bapa menuding jari kepada pihak sekolah. Apa yang pihak sekolah buat? Guru-guru buat apa. Anak aku baik di rumah dan bla bla bla. Keadaan ini jelas ketara di sekolah-sekolah berasrama penuh di mana anak-anak memberontak dan hasilnya mereka melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai perlanggaran dsiplin sekolah secara tidak sengaja atau disengajakan. Alasan tersirat di sini ialah mereka tidak berpuas hati kepada ibu bapa mereka yang menghantar mereka sekolah berasrama.
Oleh itu niat menghantar anak ke sokolah perlu di ubah dengan sama-sama mempunyai tanggung jawab kepada kebajikan anak-anak. Bukan melepaskan tanggung jawab menjaga anak-anak secara total kepada pihak sekolah. Berdoalah kepada Allah. In syaa Allah. NIAT itu sangat penting. Niat yang baik menghasilkan pulangan baik. Semuanya kerana Allah. Menghantar anak ke seolah untuk menuntut ilmu, bukan untuk melepaskan tanggung jawab menjaga anak-anak kepada pihak sekolah.
gambar hiasan sahaja
8 ulasan:
salam YB AZ
hehehe bapak masa kini , tu sebab terdapat segelintir anak2 kini kira "spoil" pasal kalau salah pun, ada org bela kesalahan mereka
Terimakasih kerana membuka mata.
Tak pernah terfikir nak buat mcm tu.
Terimakasih kepada semua guru yg mengajar segalanya kpd anak2. Mengalir pahala mereka sampai bila2, insyaallah.
Assalammualaikom wbt....Apa kabar Hj AZ...
Syukran berkongsi ilmu...saje ziarah blog AZ...
T/kasih
salam rezeki
terima kasih sudi ziarah yer
salam mamaju
sekadar berkongsi. lama saya memendam hal ini. tp bila ada parent yang kecoh2 kat fb semlam, terdetik pula hati nak menulis
ma kasih anakabda MI
Bukan setakat peringkat sekolah..dari tadika lagi sekarang ni sesetengah parents punya nawaitu lepas tangan ni...kesian...diperingkat awal pembentukan diri lagi..mak ayah dah lepas tangan...
salam dz
sekarang ni semuanya nak senang. itu sbb kes disiplin meningkat sampaikan pengetua pun kena belasah ngan pelajarnya
Catat Ulasan