Sabtu, 15 Jun 2013

PERTUNANGAN

15062013

Musim-musim cuti sekolah amat sibok dengan cerita perkahwinan dan pertunangan. Di sana sini ada majlis perkahwinan. Bukan sahaja pada hujung minggu tetapi pada hari-hari bekerja juga majlis ini berlangsung seperti di satu kampong  di Hulu Terengganu. Musim cuti sekolah ini aku terlibat dengan 2 majlis tersebut. Majlis pertama ialah pertunangan anak saudaraku di Kota Bharu Kelantan dan kedua ialah perkahwinan anak saudarakudi Seri Manjung, Perak.

Di Kota Bharu aku mengetuai majlis pertunangan anak arwah adik perempuanku di Kg. Melor. Kelantan.  Aku sebagai bapa saudara terdekat diminta menjadi jurucakap dalam majlis pertunangan itu. Satu kerja yang pertama kali aku lakukan. Selama ini aku hanya menerima pinangan sahaja bagi adik-adik perempuan dan anak perempuanku sahaja. Gemuruh juga rasanya, maklumlah di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang kaya dengan adatnya itu.

Namun apa yang aku jangkakan tidak berlaku kerana majlis pertunangan tersebut begitu simple tidak perlu berpatah berpantun. Mentelahan lagi pihak perempuan mempunyai seorang juru acara yang begitu mesratamu. Terus sahaja fokus kepada tujuan kedatangan dan menjadikan pekerjaanku mudah sekali. Alhamdulillah. Kata persetujuan diikat dan menanti masa untuk pernikahan yang dijangka pada cuti Tahun Baru China tahun depan atau pada cuti sekolah pertengahan semester 1 2014. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat.

 Kakak sulongku menyarungkan cincin pertunangan
 masa  untuk menjamu selera
beraneka menu disajikan

 Laksa Kelantan
 ini dia laksa Kelantan kegemaranku. Kali terakhir aku menikmatinya pada tahun 1978
slurrppppp
 Bersama bakal suami isteri
walupun manis menda alah ni........ ada aku kisah. sedap punya pasal dilupakan larangan dokter.
apakan nama menu ini? lupo


10 ulasan:

azieazah berkata...

Salam Ayah Zain, saya menjadi follower ke 223. Seronoknyaaa..

Tahniah, bakal menerima anak sedara menantu tak lama lagi. Seronok kan pegi Kelantan. Saya suka Kelantan.

*and boleh tak offkan word verification kat ruang komen, selalu sangkut dan agak leceh..

al-lavendari berkata...

tahniah .. saya belum pernah lagi mengetuai peminangan.

saya juga menggemari hampir semua makanan orang Kelantan terutamanya akok, nasi dagang dan laksam.

zino berkata...

saya ada pengalaman sekali masa menguruskan pertunangan anak kakak..juga di permudahkan pihak yg menerima...

Teena Tna berkata...

Sy masih tertunggu tunggu bila lah kakak sy nk kawin nie.. Seronok tengok orang lain mendirikan masjid..

*SiRibenMerah berkata...

meriah juga makanan ye..
sebab kitorg masa g meminang utk cousin hari tuh macam lunch je kat umah bakal tunang tuh.. hehehe..

Ayah Zain berkata...

salam azie.
terima kasih sudi ziarah. Ayah zain x tahu verification itu. Macam mana nak adjust yer

Ayah Zain berkata...

salam al Levanderi

In syaa Allah, tak lama lagi akan kena la tu. Anak buah ramai kan

Ayah Zain berkata...

salam Zino

Alhamdulillah. zaman sekarang sudah agak mudah menangai majlis pertunangan ini

Ayah Zain berkata...

Salam si reben merah

memnag sedap dan pelbagai menu pada har itu. tetapi manis2 belaka. hihihi

Ayah Zain berkata...

salam teena tna

heheh, dah teena tna yang x sabar nak kahwin tu. heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...