Ahad, 30 Jun 2013

Sumbi



30062013

Sumbi, apa kah itu sumbi?

 Menurut kamus Melayu ada pelbagi jenis sumbi. Antaranya ialah gigi yang ditampal atau gigi tambahan yang dipasang pada celah-celah gigi yang jarang atau menampal gigi yang berlubang. Namun sumbi juga merujuk kepada tampalan untuk membaiki bahagian tepi sesuatu yang rosak atau mengganti papan perahu yang rosak. Mari kita bercerita tentang  gigi sumbi yang merupakan perkara biasa kepada masyarakat kampongku ketika aku kecil-kecil dahulu.   Ketika ini jarang kelihatan seseorang memakai sumbi. Aku ingat-ingat lupa   Penyanyi Malaysia  iaitu  Dato' M.Daud Kilau yang terkenal dengan lagu Che' Mek Molek pernah memakai sumbi. Di kalangan masyarakat Melayu aku hanya melihat  hanya sebatang gigi dan jarang  kelihatan lebih daripada  sebatang gigi yang bersumbi  namun baru-baru ini  ketika aku  melawat Uzbekistan, aku bertemu dengan sekumpulan masyarakat Uzbek yang memakai sumbi. Bukan sebatang tetapi berbatang-batang. Alhamdulillah



 Sebaris giginya berwarna emas
Gigi di barisan atas dan bawah wanita ini bersalut emas
Sempat aku berposing dengan salah seorang bergigi emas.

4 ulasan:

ida berkata...

dulu2 mak saya pun ada pasang sumbi ni AZ..alasanya nk cantik..errr ye ke?tapi skrg dah tkde dah..

ida berkata...

dulu2 mak saya pun ada pasang sumbi ni AZ..alasanya nk cantik..errr ye ke?tapi skrg dah tkde dah..

Ayah Zain berkata...

betul tu. orang2 dulu-dulu seronok bersumbi emas. Cantik katanya

afeezz berkata...

arwah nenek saya bergigi emas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...