Selasa, 25 Jun 2013

Petai goreng


25062013
Semalam, kami berempat memulakan perjalanan ke Alor Star Kedah meredah  jalan penuh jerebu yang kadangkala nipis dan kadangkala tebal. Di RnR Dengkel aku seperti patah semangat untuk meneruskan perjalanan kerana jerebu yang sungguh tebal dengan jarak penglihatan kira-kira 400m sahaja.  Namun mengenangkan hasrat ibuku yang mahu menziarahi cicitnya yang baru sahaja menajalani pembedahan di bahagian mulutnya lantaran lelangit mulut baby yang berusia 13 bulan itu mempunyai sedikit masalah. Pembedahan itu berjaya dilakukan seminggu yang lalu dan justeru itu aku gagahi juga meneruskan perjalanan dan selamat sampai pada pukul 4.30 petang. Masa perjalanan lebih kurang 8 jam.

Di bingkisan ini aku ingin berkongsi dengan menu makan malam yang disajikan oleh anak buah ku untuk menjamu selera kami sekeluarga dengan dibantu oleh isteri dan kakak sulongku.

 Jom, jemput makan. Simple aje
 Petai goreng campur lada hiris, ikan bilis dan irisan bawang besar hasil air tangan isteriku
 ikan belanak masin hasil air tangan kakak sulongku 
 Sambal gesek : durian fresh digaul dengan lada tumbuk
ikan kembung masak singgang hasil air tangan anak buahku

wow, memnag berselera kami makan pada malam itu. Aku sendiri melanggar pantang dengan menambah nasi yang lebih daripada biasa. Tak tahulah bacaan gula darah aku pada besok pagi. huhuhu

8 ulasan:

Unknown berkata...

Alamak AZ malangnya sy tk mkn petai...samal gesek tu pun..kalau durian sy tk tolak..hehe

Temuk berkata...

Assalam AYAH ZAIN
Nampaknya amat berbaloilah ziarah ke Alor Setar tu.

Bagusnya cerita + rasa belanak masin + petai goreng + ikan singgang + sambal gesek tu... wow! Memang kena tukar "pantang makan" kepada "pantang berundur", walaupun untuk seketika sahaja!

Dr K berkata...

petai goreng!! lama saya tak makan...Sambal gesek saya pertama kali makan lepas kahwin dgn isteri saya, org N9..:)

AZ mmg ada diabetes?

Ayah Zain berkata...

nyanyi sunyi kena cuba makan petai goreng tu, memang syiok woo

Ayah Zain berkata...

salam temuk. Alhamdulillah. bab bab makan ni memang sudah nak kontrol. tersasau juga

Ayah Zain berkata...

NS belah mana isteri nya ziyyad?
Yup az ada diabetis. dah 25 tahun

Dr K berkata...

Isteri saya asal Nilai

Ayah Zain berkata...

ooo yer ke. jadi u masuk suku tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...