Ahad, 23 Jun 2013

Jerebu terus mengganas

23062013

Bacaan IPU terus meningkat sejak seminggu lepas dengan bacaan di Muar mencecah ke paras 746 pada jam 7.00 pagi  tetapi mencatatkan penurunan ke 690 pada pukul 11.00 pagi tadi. Justeru kerajaan telah mengistiharkan Daerah Muar dan Ledang sebagai darurat yang berkuatkuasa serta merta. Ini bukan kali pertama kerana pada Ogos 2005, Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang pernah diistiharkan darurat akabiat jerebu dengan bacaan IPU melebihi 500.


Di Melaka pula kadar IPU mencatat keparas melebihi 400 pada pukul 11.00 pagi berbanding 357 pada pukul 7.00 pagi. Pihak berwajib perlu mengambil langkah yang drastik menangani perkara ini kerana ia pasti menjejaskan kesihatan rakyat di kawasan yang terlibat. Tahap pengetahuan jerebu  dikalangan orang awam amat dangkal kerana tidak mengindahkan kesan-kesan jerubu ini. Rata-rata kelihatan orang awam  meneruskan aktiviti harian seperti biasa tanpa menggunakan topeng muka dan ini amat membahayakan.

Media cetak dan elektronik perlu meningkatkkan kefahaman ini kepada rakyat agar kesan-kesan jerubu kepada kesihatan mereka dapat dikurangkan dengan mengambil langkah seperti:-

1. Tidak keluar rumah dan menutup tingkap dan pintu
2.  menggunakan topeng muka ysang mempunyai penuras,
3. minum air masak dengan kadar lebih daripada biasa
4. kurangkan penggunaan motosikal
5. selalu basih bahagian yang terdedah seperti mandi
6. sediakan ubatan jika anda mempunyai masalah pernafasan.


jarak penglihatan kurang dari 500m
matahari ibarat bulan sedang mengambang


4 ulasan:

Dzureen Darwis berkata...

Semoga perkara ini akan selesai secepat mungkin. Saya benar2 risaukan keluarga saya di semenanjung, terutamanya yang di Batu Pahat.

Ayah Zain berkata...

In syaa Allah. Kerajaan negeri Johor sedang berusha itu. Kita minta pada Allah

Dr K berkata...

Selain usaha dan doa, kita( dan Singapore) kena ambil langkah proaktif terhadap Indonesia. Perkara ini umpama annual event...Tiap2 tahun ladang di sana di bakar utk tujuan clearance. Jangan kerana atas semangat ASEAN, kerajaan kita terlalu berlembut..rakyat yang sengsara setiap tahun.

Ayah Zain berkata...

salam daddy ziyyad,

ma kasih sudi ziaah.
betul tu. setiap tahun semenjak tahun 2000 dulu jerebu berpunca dari pembakaran hutan di Sumatera. Kerajaan kita terlalu lambat untuk bertindak. Mungkinkah ada kepentingan di situ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...