11062013
Sikap mementingkan diri dan tidak bertimbang rasa masih menebal dikalangan masyarakat kita pada hari ini. Sikap tidak kisah dan ambil mudah menjadi pilihan utama. Akibatnya menyusahkan orang ramai dan kadang kala boleh mengeruhkan hubungan antara manusia.
Selepas sudah solat Isya' malam tadi, ketika jemaah hendak balik ke rumah, yang berkereta akan menuju ke kereta masing-masing, yang berjalan kaki, pulang ke rumah dengan berjalan kaki atau yang bermotor akan mengederai motor masing-masing pulang ke rumah. Kepada yang berkereta, merasa pelik apabila melihat sebuah kereta yang memakir di tengah-tengah pintu keluar kawasan masjid dan berpikir, 'awat kereta ini parkir di sini?'. Sabor jorrr
Di ruang kawasan parkir masjid masih banyak lagi yang kosong, namun mengapa parkir di situ. Bukan kah menghalang lalu lintas. Masya Allah. Macam ini pun ada di kawasan masjid.
Masing-masing berpandangan dan hanya menggeleng kepala sambil menunggu tuan punya kereta namun batang hidung pemilik kereta ini tidak nampak langsung. Di dalam kereta ada seorang perempuan sedang menunggu. Mungkin isterinya. isterinya mungkin tidak pandai memandu kerana hanya berdiam diri. Sepatutnya dia boleh mengalihkan kereta daripada laluan tersebut.
Akhirnya seorang pemilik Myvi meredah laluan sempit dan berjaya melepasi keluar dari kawasan masjid. Aku macam tak percaya pakcik myvi itu berjaya melepasinya. Kereta-kereta lain masih menunggu kerana tidak berapa yakin boleh melepasi ruang sempit tersebut. Aku yang memandu Carens antara yakin dan tidak namun setelah berfikir semasaknya cuba juga meredah ruang sempit tersebut kerana tidak sabar menunggu lagi ........ dan ........ perlahan-lahan meredah laluan sempit dan akhirnya BERJAYA. Syukur. Alhamdulillah. Allah maha kaya.
4 ulasan:
AZ tolong lah alihkan kete tu... hehehe
haha. tak pasal2 orang rumah dia buat report polis atas tuduhan sex arrestment
Assalammualaikom wbt
Kena banyak bersabar...
Ujian para jemaah selepas solah
as salam MI
hehehe
Catat Ulasan