Sabtu, 29 Ogos 2009

Majlis berbuka puasa di Pt Keroma

Hari ini 29 Ogos 2009, ayah zain mendapat jemputan ke Majlis Berbuka Puasa di Rumah Hajah Tehak bt Hj Sidek (Balu Allahyarham Hj Md. Tahir bin Dg Perandong. Rumahnya betul-betul di sebelah Surau Surau Al-Sidek Pt Keroma, Ayer Baloi. (Surau yang ada pendingin hawa, yang selalu ayah  zain g solat terawih) . Majlis bermula tepat jam 6.15 petang dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang dipinpin oleh Ust Sallehudin. Ini adalah  kali kedua  ayah zain mendapat undangan ke majlis orang-orang kampong di Pt Keroma sejak ayah zain berpindah ke Pontian sejak Januari 2009 yang lalu. Kali pertama majlis perkahwinan)
Bacaan Yassin dan Tahlil
Sempat  pulak ayah zain snap gambar lampu  ni
Kueh mueh, nasi beriyani
  Borasak tak ada ke
Sebahagian jemputan, berbuka time
Dah nak berbuka
kurma tidak ketinggalan
Ya Allah ya Tuhanku Kau rahmatilah Hjh Tehak bt Haji Sidik, Hj Bedurunding Hj Sidek,  Hj Ad Rahim b hj Sidek dan Hjh Hindong Hj Said (balu Hj Sidek b Dg Palewang)  beserta keluarga mereka yang telah memberikan kami makanan untuk juadah berbuka puasa pada hari ini. Kau limpahkan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang sejahtera dan umur yang panjang agar mereka terus dapat beribadat kepada Mu ya Allah.
Selepas berbuka kami bersolat maghrib berjemaah di Surau, Solat Isyak dan Terawih.
ermmm dah seminggu kita berpuasa yer. Cepatnya masa berlalu.

31 ulasan:

Che' Pit berkata...

salam ayah zain,

ooo baru lagi lah ayah zain jadi warga pontian ni yer.. hehehe sempat lagi tu amik gambar tgh sibuk kenduri.. hmm tahu ke burasak? pernah makan? sy tak suka sgt burasak, tak kena dgn tekak, hehe.. bugis kacukanle katakan, haha..

Ayah Zain berkata...

Salam che' Pit

Memnag baru sangat. AZ bukannya warga bansa Johor hehheh. Tapi dah dekat 30 tahun tinggal kat sini. 20 tahun di Muar, 7 tahun di Batu Pahat dan baru nak setahun kat Pontian. Kawasan Bugis ni. jangan main2. tapi depa ni baik ngan AZ. Kalau ada kenduri mesti jemput, tapi tu lah, bz kan tak sempat nak. Kalau buat hujung minggu AZ dah outstation.

Borasak? Mengikut Chegu Misran drpd Benut (guru F6 SMKPB) mengatakan Borasak ialah nasi yang dibungkus dalam daun pisang. Ia dimakan bersama-sama lauk pauk biasa. hehhe. Betul ke? cub apijal sambung.

Mula AZ ingin Jin borasak

Ayah Zain berkata...

Silap Pijal.

bukan ingin tapi INGAT

rezeki berkata...

Salam CZ,
alhamdulillah, semoga Allah memberkati tuan rumah.
CZ , makan tu kena jaga, nti dtg balik penyakit tu.

Ayah Zain berkata...

salam CR.

Sampai juga kat umah CZ yer. CZ makan hati2 tadi, amik sikit makanan sebab tak biasa berbuka dgn nasi. Insya Allah dengan berkat CR, penyakit ni tak datang lah

rezeki berkata...

Salam CZ,
saya dulu ramai kenalan kat pontian tu masa muda2 tengah ligat main sepak takraw.tapi semenjak dah tak aktif akibat kecederaan ligamen lutut, terus bersara dan terputus hubungan dgn mereka.

rezeki berkata...

Salam CZ,
hari ini terasa letih betul psl dah 4-5 hari long distance. KT-KL-MUAR-KT. Esok dpt rehat sikit. Ptg tadi basuh bini no. 2 tu yg dah berlapok haruk psl hujan tiap2 hari kat KL.

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

heheheh. tak apa. Bila nak bagi tengok bini no 2 tu?

Ni tengah buat n3 baru. tunggu yer. jangan terkejut. hehehhe

Noor berkata...

As Salam..

huh.. lately nih, bersemangat sunguh CZ dengan N3 yang terkini.. tak abih khatam dah ada new N3.. sebelum terawih ada N3.. lepas terawih pun ada N3 jugak.. releks CZ.. kesian kat yang lain.. tak terkejar.. la la la

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

tengah kemaruk ni. hehehhe. Jap lagi ada n3 baru. tunnggu la. Tengah buat.

Che' Pit berkata...

salam AZ,

oo kira dah lama gak AZ merantau ke johor

hmm burasak tu dibuat dari beras campur santan, bungkus dgn pucuk daun pisang.. susun dlm 5,6 bungkus pastu ikat dgn tali, baru direbus.. hmm mmg dibuat masa raya.. org bugis suka makan dgn asam pedas pekat..

Ayah Zain berkata...

Salam CP,,

betul begitu la yang diterangkan kepada saya oleh chegu Misran tadi.

rasanya AZ pernah rasa dulu, tak tahu pulak itu borasak. hehheh. memang tak berapa ekna dengan tekak ayah zain yang dah sebati dengan lomang

Che' Pit berkata...

salam AZ,

sama lah dgn sy.. tak berkenan sgt.. dulu masa kecik2 kalau balik parit panjang tu, umah atok nenek sedara, mmg berlambak burasak.. tapi keluarga arwah moyang sy tak buat sbb dah start mix dgn melayu, hehe..

Noor berkata...

Salam CZ..

alaaa.. pagi esoklah baru posting new N3.. cheq dah nak offline nih.. kang ada yang sahur lepas subuh lak.. he he

anyway.. tak pelah CZ.. bak kata CZ.. tgh kemaruk menulis nih.. layan je lah.. esok2 kalu dah 'cemuih' kata org utara.. mau seminggu sekali baru ada N3.

psstt.. CZ, masa kasih berbunga namun tak kesampaian ngan org johor dulu, sempatlah rasa nasi berusak.. walaupun tak kena ngan tekak.. telan jugalah.. la la la

hasimah berkata...

salam az, rupanyer az dpt jemputan berbuka...nasi beriani lagi.....burasak tu apa?????

Ayah Zain berkata...

Salam CP

heheh no komen. selera msing-masing

Che' Pit berkata...

salam Kak Noor,

ala biarlah ayah zain kita tgh bersemagat tu..

hmm kisah lama usah diungkit.. takut nanti berdarah kembali luka yg dah meninggalkan parut..

rumah terbakar nampak asap nya,
luka di hati, siapa yg tahu?

Ayah Zain berkata...

salam Noor,

tu lah, masih tak siap lagi ni. tengah dload gambar. besok Noor tengok yer.

Che' Pit berkata...

salam bonda,

burasak tu makanan tradisional org bugis.. tu saya ada terangkan kat komen kat atas tu..

Ayah Zain berkata...

Salam Bonda,

hehehheh, tu kat atas tu Che'Pit kita dah bagi tahu apa itu borasak.

hmm burasak tu dibuat dari beras campur santan, bungkus dgn pucuk daun pisang.. susun dlm 5,6 bungkus pastu ikat dgn tali, baru direbus.. hmm mmg dibuat masa raya.. org bugis suka makan dgn asam pedas pekat..

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

hahha, tk membantu bonda

Atikah berkata...

Salam AZ,

patut ler susah bebenor nak masuk umah,,, ropenya rumah ada tol cam si hanis tu... PC saya nie kalau rumah ada tol susah sikit nak masuk...

wah bestnya menjamu selera.... semua dok pakat2 tayang makanan hari nie... tgh hari tadi pijal dah buat cheq terliur laksa kegemaran cheq... CL lak dok tayang murtabak... nie ayah zain lak... hu.. hu... memang kejam... cheq dah ler dok sorang ari nie, n tak sempat masak best2 tadi... hu.. hu...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam CZ,

sesekali pegi majlis tahlil & berbuka puasa ni, eloklah jugak...tuan rumah mendapat pahala & jemputan pun mendapat pahala!

Ayah Zain berkata...

salam Atiqah,

akhirnya berjaya juga melepasi umah ayah zain. Usaha pasti jaya. Terima kasih memeriahkan rumah AZ

Ayah Zain berkata...

salam KN,

Betul tu. Semoga Allah menerima ibadah kita di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini

Atikah berkata...

Salam AZ...

Tu ler jenuh dok ketuk pintu... berjam-jam baru dapat... nasib baik tak balik jer.... Tuan rumah dok tadarus kat tigkat atas kot waktu cheq dok ketuk pintu... tu tak dengar tu.... :)

aznaz berkata...

salam ayah zain..

heeemmmm sedpanyer lauk pauk tuh..meh sikit kasi org makkah nih..

waslam

CM berkata...

salam

bukan org Makkah jer nak...org melaka pun nak..dah tinggal bas dah kite ni cik lie....dapat kerak jer kot,,,

AZ terus bersemangat dgn n3 baru,ramai peminat ni...

Ayah Zain berkata...

Salam Manzli,

terima kasih datang. Tu lah kalau ada kemudahan sure di hantarkan. Tak apa az tolongkan makankan bagi pihak lie.

Ayah Zain berkata...

Salam Cikgu Mas,

Boleh. apa salhnya bagi lah alamat nanti di kurerkan. Pos hari ini sure dapat besok (iklan pos laju la pulak)

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,
bukan tadaurus, siapkan n3 baru ni. tak siap2 lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...