Hari ini 1 September 2009. Tinggal beberapa bulan lagi 2009 akan menghilangkan dirinya. Hari ini juga hari ke 11 kita berpuasa dan masuklah fasa mendapatkan keampunan daripada Allah tuhan semesta alam. Marilah kita berusaha untuk mendapat keampunan dengan sesungguh hati. Marilah kita memperbanyakan zikir kepada Allah, membaca Istighfar mendapatkan keampunanan Allah, marilah kita meminta kepada Allah memberikan syurga kepada kita dan juga meminta dengan sesungguhnya agar Allah menjauhkan kita daripada Nerakanya. Lupakan sengketa dan sebagainya agar puasa kita diterima Allah. Sesungguhnya puasa itu adalah hak Allah. Allah mengetahui segala-galanya. Marilah kita merebut peluang yang telah Allah sediakan untuk kita di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita mendapat ganjaran yang disediakan dan janganlah puasa kita hanya beroleh lapar dan dahaga sahaja. Alangkah ruginya kalau itu berlaku. Salam ceria, salam sayang kepada semua terutamanya penggemar PDKM yang mengunjungi rumah Ayah Zain. Rumah ayah sentiasa ceria dan berseri-seri dengan kehadiran anda semua. Segala silap salah, tuturkata yang keterlaluan (over) Ayah Zain minta maaf.
Kurma Ajwa: Imran kalau u dapat kurma ini adakah u rasa mahal membelinya RM250 sekilo?
Indahnya, amannya rumah Allah.
23 ulasan:
salam ayah zain,
semoga kita semua mendapat keberkatan dalam ramadhan kali ini..
Salam AZ,
setelah melakukan yg terbaik, kita memohon pada Allah S.W.T agar menerima segala ibadat yg kita lakukan.
Alhamdulillah
Salam CP,
Insya Allah. Allah maha besar
salam Rezeki
Ya betul. Itulah yang sepatutnya kita lakukan.
As Salam CZ & kengkawan..
CZ.. awat laju sangat buat new N3.. ishh rugi2.. tapi mlm tadi cheq dok melangut depan TV1 & Astro Oasis.. melepaskan ghindu pada Mekah & Madinah.. Live dari sana.. sayu2..
CZ.. minta laluan ek.. cheq nak komen pasai N3 anak yatim tu.. cheq pernah pergi kerumah tersebut.. sekarang dah berpindah ke Bandar Rahman Putra.. dahulu nya di Paya Jaras.. kedua-dua tempat berikut adalah di Sg Buloh.. kalau ada yang sudi untuk pergi kesana.. saya dengan rela hati dan tangan yang terbuka 'memfreekan' diri untuk menunjukkan tempat nyer..
Kisah Fatimah.. tahun nie mungkin dah berusia 4 tahun.. masa saya kesana.. beliau amat ceria sekali.. diatas pangkuan saya.. beliau memeluk saya apabila saya mengelus rambut nyer yang lebat.. meleleh air mata.. seorang anak kecil yang tidak pernah melihat dunia.. Cuma mengharap belas kita.. seingat saya dia minum susu Dutch Lady 123.. bancuhan nyer.. tidak sepekat untuk anak2 kita..
Zakaria.. seorang anak yang menyerupai anak mamak.. kalau tak silap saya.. walaupun terencat akal.. dialah org pertama yang akan menyambut kita.. disalam nyer kita dan dia akan sentiasa ceria..
Itu diantara dua nama yang CZ nyatakan.. saya tak ingat nama2 mereka.. tapi saya ingat kesah2 sedih mereka.. ada juga diantara nya.. yang menghidap sakit kuning.. sakit buah pinggang.. Subhanallah.. anak2 yang sekecil itu begitu tabah menerima dugaan Yang Esa..
Nasihat saya.. kalau kita pakat2 nak p.. selain daripada kita bawa barang2 yang diperlukan.. apa kata kita bawa bersama duit raya utk anak2 ini.. sebab.. bila kita hulurkan duit raya kepada mereka.. Subhanallah.. kita akan nampak cahaya keiklasan diwajah mereka.. suka tahap gaban..
Anyway.. inform saya kalu nak p.. sabtu atau ahad saya bisa mengaturkan nyer..
Pssttt.. maaf CZ.. dah macam blog cheq plak.. he he
salam AZ...
CM nk tanya.kurma yg ada nama Allah tu,AZ ker yang punyer...???subhanallah!!! moga kit semua mendapat keberkatan ramadhan..
salam noor
hang ni kalau nk pi tempat cam tu ajaklah CM,ni ajak CM pi TGV,tgk wayang,shopping mopping.bila bab saham akhirat cam tu CM selalu kn tinggal,CM nk pi dgn cik lie dia kata kn jugak bawak hang!!!hmmm.boleh tinggal hang ni!!!
Amboi ternganga Cikgu baca pengalaman k.noor,buatlah umah ,ada byk cerita tu,cerita pi Indon berkepok tak cite,terpaksa tumpang umah Pak Zain ni,mmg cheq hang dah pi ker...melawat org sakit....kalau hang tak pi cheq kocik hati tau...bawak buah-buahan sekali pi umah cheq..
Salam AZ,
Jom kita perbanyakkan lgi amal ibadat kita menjelang pertengahan rmdhan ni...moga kita beroleh kejayaan yang berkekalan didunia dan diakhirat...
n3, lju tak dan nak ligan...hehhe, apa pun tahniah di atas usaha keras AZ...ni
salam Noor,
Bukan laju, n3 anak yatim tu saya ambil terus dr emel yang seseorang menghantar, hati saya tersentuh then saya masukkan as n3. Manalah tahu ada yang sudi membantu. Saya dah forwarkan kepada CL, boleh dia masukkan dala PDKM, so ia lebih meluas.
Saya tel Umuliza tu dan dapat no akaun. nanti saya publishkan kat new n3.
salam CM,
Bukan saya punya. salah seorang ahli pakej masa g umrah. Depa tunjuk masa kami nak balik. So pakat membluetooth la. Hhheh, untung nya dia.
salam Cikgu Mas dan Noor,
tu lah kalau ada kelapangan, kita dok pakat kita p ramai2. CM boleh organise ke.
salam Shami2,
usaha keras? tak ada lah just cut n paste jer. Jom pakat-pakat kita buat amal kebajikan.
salam Noor,
Bagus juga kalau Noor dapat aturkan program ni, Tapi bila yang sesuai yer. Klau boleh sebelum Raya kan. nampaknya antara 5 atau 12 sep yang sesuai. apa-apa kita confirm kemudian
Salam CZ..
apa kata 12/9/2009.. ari Sabtu.. sapa nak ikut.. sila bagi nama kat kat.. kat mana arr.. aaa.. kat blog CZ lah.. nanti cheq kumpulkan semua.. sila sertakan no tepon sekali.. cheq akan tepon untuk follow-up..
opss.. kang kasi nama & no tepon kat blog CZ macam tak manis lak.. cam nie je lah.. Sila e-mailkan hajat kalian yang ingin menyertai ke.. noor_fazidah@yahoo.com.. penyertaan kengkawan semua amatlah dialu-alukan..
Salam Noor,
Bagus juga idea tu.Kita tengok siapa yang setuju,
Nanti semua kena emel persetujuan ke emel noor.
Teria kasih.
salam,
kak noor..hanis ikuttt....
salam AZ
tumpang lalu
noor nk ituuuut,,,buh nama CM..
AZ...hujung minggu ni mesti saya beli Ajwa tu, bukan pasal tulisan yg tertera tu sgt (kalau dpt mmg BONUSlah)tp mmg dah nak beli cuma masih mencari2 kalau ada pilihan dikedai lain. Dlm puluhan kedai yg kami masuk, 1 kedai je jual Ajwa. Thanks for ur motivation.
Noor....sedihnya baca komen Noor, iyelah bagai dicdg CM, buatlah blog dan share dgn kami story2 mcm tu.
salam Hanis,
harap Allah mempermudahkan pertemuan ini
Salam Cm,
Terimakasih atas sokongan moral
salam,
Yes Imran, begitulah. Mana lah tahu nasib u baik u dapat kurma ajwa ada tanda Allah. (Betul tu, kita beli bukan nak cari yang itu tapi sunnah nabi kan) Macam kita masuk n3 CL, bukan nak kejar no 1 tapi kalau dah rezeki, Alhamdulillah. Betul tak Rezeki? betul betul betul
Salam AZ,
betul2222.
Sedih psl tak dpt ikut pegi rombongan tu menziarahi krn saya ni duduk di hujung semenanjung tanah Melayu (tempat jin bertendang) ,hujung minggu kena tgk anak bujang kat asrama . insyallah kalau saya balik KL, saya akan cuba pegi .
Salam Cr,
CR, emel saya di dzairoy@yahoo.com. ada nak minta bantuan .
Jumpa kat emel yer,. saya dah nak betolak ni.
Catat Ulasan