24082011
Semalam aku mengiringi boss ke majlis Berbuka Puasa MARA Johor bersama anak-anak Yatim Taman Perling. Johor Bahru di Plaza Larkin, Johor Bahru, Johor. Majlis di mulakan dengan alunan nasyid anak-anak yatim dan diikuti dengan tazkirah oleh Tn Hj. Ahmad Mazlan bin Mohd Gouth, seorang pendakwah bebas.
anak yatim perempuan sedang menerima bantuan
sebahagian anak yatim lelaki
Ustaz ini begitu santai memberikan tazkirah dan meresap ke jiwaku. ALhamdulillah. Antara intipatinya menganjurkan kita berdoa sebanyak-banyak dalam bulan Ramadan kerana doa orang yang berpuasa amat mustajab.Memperbanyakkan membaca al-Quran kerana satu huruf itu mebawa kepada 10 ganjaran pahala. Beliau menganjurkan kita mengamalkan ayat-ayat kita baca terutamanya surah Yasin, ayat Qursi, surah al-Ikhlas, surah al-mulk dan beristigfar. Membaca surah al-Mulk selepas subuh menghindarkan kita daripada azab kubur, perempuan yang membaca yasin akan dipermudahkan jodohnya, membaca surah al-Iklas 11 kali selepas solat fardu .....(lupa hhehe).
Seterusnya ustaz menganjurkan supaya membaca ayat 21 hingga 24 surah al-Hasyar 3 kali pada waktu pagi, Allah akan mengutus 70ribu malaikat memohon rahmat kepada pembacanya dan sekiranya sipembaca itu meninggal dunia ia termasuk mati syahid.
al-Hasyar ayat 21-24
[21]Sekiranya Kami turunkan
Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk
serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal
perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka
memikirkannya.
.[23]Dia lah Allah,
yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha
Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha
Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang
Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya.
Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
[24]Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
kueh mueh dan kurma sebagai menu berbuka
Baryani sebagai menu utama
11 ulasan:
assalamualaikum AZ : bulan2 pose ni asik beriyani ye kan...
Hj Az,
Bestlah berbuka kat Johor ni, Bariyani mesti ada
Salam AZ
Terimakasih, AZ selalu bagi saya ilmu ...
Nanti habis ramadan kiralah berapa kali makan nasi braiyani!hehehe
afeez
setakat ini dah 6 kali makan baryani. kolestrol saya pun nak naik ni
hj rosli
hehhehe, ahamdulillah
salam mamaju
besok ada majlis buka puasa perdana, taktahu la pulak menu apa.
SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI. SELAMAT BERPUASA
salam datok
sama-sama. Sengaja mahu diperpanjangkan untuk amalan bersama
salam az
baik utk dijadikan amalan harian
alhamdulillah
salam CR
Insya Allah. jom kita amalkan
assalamualaikum AZ : pas bulan pose ni mesti byk jemputan ke open house, lepas syawal AZ kene le lakukan aktiviti berjalan dengan lebih giat lagi... hehehhe
Catat Ulasan