Ahad, 7 Ogos 2011

Bermulanya siri berbuka puasa


07082011


Alhamdulillah, cukup seminggu kita berpuasa di Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Bagi masyarakat Pt Keroma, Ayer Baloi yang terkenal dengan sifat pemurah dan dermawannya akan menganjurkan majlis berbuka puasa. Malam semalam aku menerima jemputan daripada seorang ahli jemaah surau untuk berbuka puasa di rumahnya. Program bermula pada pukul 6.30 petang dihadiri lebih 100 orang ahli penduduk kampong yang terdiri daripada saudara mara dan jiran tetangganya. Bacaan Yasin yang dihadiahkan kepada orang yang tersayang yang telah pergi ke alam baqa, diikuti dengan tahlil dan bacaan doa. Seterusnya menikmati juadah berbuka puasa Nasi Beryani Benut. Alhamdulillah.


6 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : macam sedap jer beriyani benut tuh...

Ayah Zain berkata...

salam afeez

alhamdulillah. Memang sedap afeez. Bila nak buka poser kat sanglang

mama ju berkata...

Aslkm AZ

Nasi tu memanglah sedap, tudung saji tu menarik jugak ala2 tudung saji bugis.Nampak baru..

Ayah Zain berkata...

salam MJ

tudung saji tu buka ala ala bugis, dah memnag rumah orang bugis kan. Tudung saji bugis la tu

atuk berkata...

Assalamualaikum Tn Hj AZ

saya terpikat dengan tudung saji tu...

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam hj,

u nak ke tudung saji tu, nanti saya tanyakan kat tuan tanah tu yer. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...