08082011
Cantik tarikh pada hari ini delapan bulan lapan 2011 bersama 8 Ramadan 1432. Kita masih berpuasa pada hari ini. Bermakna telah delapan hari kita berpuasa. Mudah-mudahan puasa kita di terima Allah swt. Berdoalah agar kita mendapat pahala puasa sebenar-benarnya dan bukan hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. Insya Allah.
Minggu lepas aku mendapat oleh-oleh daripada Makkah iaitu sedikit kurma pemberian besan ku yang baru pulang mengerjakan umrah. Aku mendapati saiz kurma itu agak besar daripada biasa dan rasanya agak lemak dan menepati citarasa aku. Aku begitu terngin untuk mendapatkan kurma itu dengan menghubungi kawan az di Makkah. Sayangnya aku perlu menempah minima 10kg dengan kos pengantaran RM20.00 sekilo. Aduh lumayan sekali dan dengan itu aku hanya memendam sahaja keinginan untuk mendapatkan kurma tersebut. Namun begitu beliau mencadangkan az berkongsi dengan kawannya di Puchong tetapi jauh sangat nak mengambil nya di Puchong. Dengan mengambil kira masa penghantaran antara Makkah dengan Malaysia mengambil masa, sudah tentu musim Ramadan akan berlalu. Insya Allah tahun hadapan akan diusahakan juga.
Hasil pencarian aku di nternet, kurma idaman aku itu bernama Ambar yang setanding dengan kurma ajwa dari segi harganya. Dimaklumkan peniaga kurma di Pasar Kurma Madinah tidak akan membenarkan pelanggan merasai kurma ajwa mahupun ambar kerana harganya yang tinggi berbanding dengan kurma-kurma yang lain. Harga kurma Ambar / Ajwa ini sekitar SR60-80 sekilogram.
kurma Ambar pemberian besanku
Kurma Ambar dar internet
16 ulasan:
Salam Hj Az...saya cuba membantu Tuan dgn kongsi dgn rakan saya agar Tuan boleh memesan 5kg tidak 10kg yg Tuan paparkan di blog.
Salam - buat masa ni saya ada stok kurma ajwa sikit je...tapi mungkin habis dlm masa terdekat ni...sekali buka 7 biji kurma.
AZ - apa kata kita kongsi beli kurma itu? dalam 1@2 kilo...ok call me, tk
salam tn hj arshad
heheh, tak apa. keinginan itu dah tak menjadi prioriti lagi. apa-apa terima kasih
salam sonata:
sempat ke lagi kita nak kongsi. rasanya macam tak sempat.
assalamualaikum AZ : aper kate AZ order 10kg tu pastu sedekah2 lah kat kami di sini.. hehehe.. bernas tak idea sy?
Assalamu'alaikum AYAH ZAIN
Ya, semoga puasa kita diterima Allah sebagai puasa yg tinggi kelasnya. Insya-Allah. Syukurlah dapat juga merasa Ambar dari besan tu. Kurma jenis ini memang enak. Lihat saiznya pun dah rasa puas. Selamat meneruskan ibadah puasa.
salam az
hehehe
ambar ni diperkenalkan oleh seseorang kpd saya 9 tahun dulu , kira ambar no 2 lepas ajwa , sekarang ada satu lagi bernama medjool yang kira baru meletup di pasaran dalam 2-3 tahun ,
alhamdulillah, stok ajwa dan ambar saya dapat bertahan hingga tamat ramadhan rasanya , tu pun berbuka makan 3 biji ajwa dan sahur makan 3 biji ajwa, mak itam dia suka ambar je
jom befikir dibulan ramdhan.. =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/jom-berfikir.html
SALAM,
KURMA AMBAR NI MEMANG SEDAP. SEKARANG INI BYK KURMA YG DICAMPUR DGN MADU ! RASA TAK ORI !
Assalamualaikum Tn Hj AZ
Insyaallah..
nanti ada ler rezeki tu...
SELAMAT BERPUASA
Wassalam
salam afeez
good idea. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima
salam temuk
alhamdulillah.Insya Allah
salam rezeki
wow, macamamna az tak perasan kurma amber ni yer. heheh
medjool lagi pulak huhuhu
salamL
Insya ALlah
salam Dato
betul le. Nampak sangat gula kat kurma tu bukan? AZ suka yang kering macam mariami tu
salam Rozali
amin.Insya ALlah
Catat Ulasan