20082011
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kita masih
dapat menyedut udara anugerah Allah. Hari ini bersamaan dengan 20 Ramadan 1432H. Malam ini kita akan masuk hari ke 21 Solat
Terawih bermakna 8 hari lagi Ramadan akan meninggalkan kita.
Hari ini AZ,MrsZain dan Puterabongsu menjengok rumah
kami di Melaka yang sekian lama tidak dijengoki. MrsZain mahu mengemas rumah
untuk menyambut Syawal yang kian menjelang. Dikesempatan ini kami mencari
beberapa keperluan di JJ Bandar Melaka.
ada yang berkenan?
Menjelang petang, hujan menyimbah tanah agak lebat
menjadikan udara agak nyaman. Sebenarnya dari pagi,cuaca agak mendung, jauh
disudut hati tergerak juga adakah malam tadi Lailatur Qadar telah berlaku?
Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Diberitakan juga pada 3.25 pagi waktu Makkah telah berlaku gerhana bulan
dan terdengar juga berita wujudnya cahaya terang di Masjidil Haram. Allahhu
aklam.
Menu berbuka puasa kami masih simple iaitu sayur kobis,
ikan kembung masak sambal dan gulai rebung campur perut pemberian adik AZ.
Mrszain membalas dengan kueh badak berendam ala ayermolek. Pada sebelah malam,
kami Solat Terawih di Surau Ayer Molek. Begitu santai imam memimpin solat
terawih sebanyak 8 rakaat dan 3 witir. Selepas rakaat ke 4, imam memberikan
tazkirah yang amat bermakna sekali.
Imam mengingatkan jamaah akan fasa terakhir puasa di mana
Allah memberikan perlepasan api neraka. Rebutlah, mohonlah kepada Allah agar
melepaskan kita daripada azab api neraka. Seterusnya Imam memaklumkan bahawa di
fasa terakhir puasa ini, Allah memberikan ganjaran kepada umat Islam akan Malam
Lailatul Qadar. Rebutlah, berusahalah mencarinya di malam malam terakhir Ramadan terutamanya di malam-malam ganjil.
Walaupun banyak perselisihan pendapat di kalangan ulamak
tentang Malam 1,000 bulan ini, yang penting ialah kita mencari malam-malam
tersebut kerana Allah telah berjanji bahawa Malam tersebut dianugerahkan pada
10 malam terakhir Ramadan. Malangnya pada 10 terakhir Ramadan, masjid/surau menjadi lengang kerana ramainya yang pergi mencari Lailatul Qamdar, seloroh Imm. Hanya tanda-tanda kedatangan Malam tersebut yang
jelas diketahui iaitu wujud suasana nyaman, mendung di pagi hari kerana
hamparan sayap Malaikat Jibrail. Imam juga mengingatkan kebiasaannya di Malam
Lailatul Qadar, badan kita terasa amat letih dan mengantuk dan hanya mereka
yang berusaha mencari malam itu sahaja yang akan dapat menerimanya.
10 ulasan:
salam az
alhamdulillah, semoga kita semua beroleh pahala yang Allah telah janjikan pada malam tersebut
yang penting bukan ganjaran semata2 , tapi juga mencari keredhaan Allah
Alhamdulillah
ok nak bobok dulu hehehe
salam CR,
sungguh tu, sama-sama kita mengharapkan keredaan Allah
assalamualaikum AZ : semalam saya baru jer berlailatul qamdar... hehehe
salam afeez
iyer ker. alhamdulllah. heheh
Assalamualaikum Tn Hj AZ
sama2 kita berdoa agar diberi pelepasan drp api neraka yg amat pedih seksaannya...amin
Wassalam
Salam
Moga kita semua diampuhnkan dan dimasukkan dlm syurga firdaus. Amin
salam AZ - selamat "kembali" ke Melaka...boleh beraya ke rumah AZ ni...sepertimana AZ cakap tazkirah - ramai yang mencari Lailatul Qamdar...sy tak tahu lah AZ - tp yg kita nampak dimata kasar ni begitu lah...masjid/surau makin susut jemaah nya (kalau sy wanita la! lelaki tak tahu lah )...jadi tu lah sy pun bab2 raya ni seadanya saja - lagipun anak 2 tak ada di sini.
semoga kita memperoleh ganjaran2 yang disediakan tu...insyaAllah
salam atuk
insya allah.
salam mamaju
insya allsh semoga kita termasuk dlm golongsn mereka yg diredai
salam sak
insya allah. marilah nsti beraya kat ayer molek
Catat Ulasan