Isnin, 1 Ogos 2011

Mantai



01082011 / 01Ramadan1432

sedang melapah daging kerbau

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maha esa yang telah  menciptakan manusia dengan kesempurnaanNya. Sesungguhnya terlalu banyak nikmat Allah kepada manusia. Maka pada hari ini bermulalah umat Islam seluruh dunia berpuasa di bulan yang mulia penuh baraqah yakni Bulan Ramadan.

Dulu Masyarakat kampong di Negeri Sembilan   menyambut ketibaan bulan Ramadan  dan syawal dengan mantai. Mantai kini hanya sebutan dan kenangan yang  ditelan arus moden .

Mantai bererti aktiviti gotong royong menumbangkan se ekor kerbau. (Masyarakat  kampong Negeri Sembilan   ketika itu lebih  menyukai daging kerbau berbanding daging lembu) . Kerbau ini disembelih dan hasil kerbau  daging kerbau beserta lain-lain  komponennya  di bahagikan sama rata dan sama rasa. Pada hari mantai,  masyarakat kampong akan berhenti mengendalikan aktiviti ekonomi mereka sama ada menorah getah atau menanam padi. Mereka sama-sama ke lokasi yang ditetapkan untuk  acara mantai.

Ketika itu, paras ekonomi masyarakat kampong tidaklah seberapa bak kata pepatah kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Untuk menikmati daging kerbau amatlah sukar. Justeru di hari raya atau awal puasa mereka  tidak boleh tidak,  ingin menikmati daging kerbau yang amat jarang diperolehi.  Masyarakat kampong hanya dapat menikmati daging kerbau hanya di majlis-majlis perkahwinan orang ada-ada  (orang kayo) sahaja. Maka acara mantai sahaja yang membolehkan masyarakat kampong dapat menikmati hasil kerbau tersebut.


Untuk mendapat seekor kerbau yang baik (gemok dan sihat), masyarakat kampong akan mengumpulkan duit dengan membeli ‘share’ dengan harga yang telah dipersetujui. Jumlah  ‘share’ itu bergantung kepada harga sekeor kerbau di pasaran. Masa itu aku mendengar mereka memnaggil   ‘share’ dengan bunyi ‘sale’. (Mungkin  juga sale merujuk kepada harga jualan).  Contoh : engkau hendak berapa sale?

Namun begitu tidak semua komponen kerbau itu di bahagikan sama rata, ada bahagian tertentu yang dilelong seperti kepala kerbau, tulang temulang, dan  kitab (perut besar kerbau yang mengandungi najis kerbau). Aktivit lelong ini amat meriah  seolah-olah seperti satu pesta. Masing-msing berlumba-lumba memanipulasikan harga untuk memenangi lelongan tersebut. Hasil lelongan itu akan dibahagikan semula kepada pemilik ‘sale’ tadi.

Setelah itu  hasil kerbau tadi di agihkan mengikut jumlah pemilik sale. Semasa mengambil share yang diaturkan di atas daun kelapa/pisang, tergambar kegembiraan penduduk kampong. Ini pok den, itu pok kau....(ini untuk aku, itu untuk engkau)

Agihan daging mengandungi daging kerbau, hati kerbau, jantung kerbau, dan sebagainya. Sikit sama sikit. Jadi ia menggambarkan satu permuafakatan yang begitu ikrab sekali.

Daging kerbau biasanya di masak rendang . Hati kerbau akan digoreng yang dicampurkan dengan bawang besar. Memang meleleh air lior ni. Ada juga daging kerbau  yang dibuat lempap. Lempap ialah daging kerbau (sepotong daging kerbau yang agak besar) yang dipanaskan di dalam kuali yang ditutup dengan  tudung periok mengikut saiz kuali). daging  itu akan mengeluarkan airnya dan air daging itu dibiarkan sehingga  kering. Tiada apa yang dicampurkan dalam daging itu. Mungkin sedikit garam. Setelah air daging kering, menandakan daging kerbau telah sedia untuk di makan. Semasa ini satu aroma yang  merangsangkan selera muncul. Daging kerbau  itu akan di iris-iris dan terus di makan begitu sahaja sehingga menjliat jari. Agaknya daging lempap ini sama dengan atau ala ala  beaf steaks kot.

daging lempap

Sementara kaum lelaki beraktiviti mantai, kaum ibu sibok di rumah membakar lemang. Lemang yang telah masak akan dihidangkan bersama-sama dengan rendang. Lemang panas memang sedap dimakan bersama rendang panas.  Suasana mantai meyambut Ramadan amat meriah berbanding dengan menyambut kedatangan Syawal kerana masyarakat kampong  masih berpuasa kecuali mereka yang telah kelihatan anak bulan sendiri.

Kini, aktiviti mantai hanya sebutan sahaja. Walaupun ada usaha-usaha menghidupkan seperti di Semenyih semalam, namun ia tidak sama seperti apa yang dilakukan oleh masyarakat kampong Negeri Sembilan.

Antara faktor memupuskan aktiviti mantai  mungkin harga yang terlalu tinggi untuk satu share dan kemunculan peniaga daging seperti cendawan tutup apabila Ramdan/Shawal menjelma.


14 ulasan:

Kak Sidah berkata...

Salam Az,

Semalam pun kat penajis adik abg mantai..buat lemang dan rendang tapi akak tak balik..

betul laa tu yg az tulis seronok baca teringat zaman akak kat kampung dulu2..memang susah nak dapat daging..hanya 2 hari tu jer yg dapat makan daging, hari yg di tunggu2 oleh semua warga kampung..hari mantai...

Ayah Zain berkata...

salam ks

adik akak buat mantai? ada lagi mantai kat penajis yer

mama ju berkata...

Aslkm

Wah baru ni dgr mantai dan lempap.
Daging nya sedap mcm dg lembu ke?

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

sure, daging kerbau lebih sedap dari d lembu. bukan apa, sebab kami dah dibiasakan dengan kobau heheheh


tp sekarang, jarang jumpa kobau sebab orang banyak pelihara lembu

aznaz berkata...

salam dari Makkah


hmmmsedappp tuh daging masaka rendanggggg..nak cikittt ayah zainnn



wasalm

Ayah Zain berkata...

salam cl,

sedap yer. memang sedap rendang daging yang mak buat CL. CL nak cikit? huhuhu

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : sy pernah sekali merasa daging kerbau ni. tp masa tu tak tau plak itu daging kerbau, dah habis makan baru la si member bg tau... belasah je lah

Kak Sidah berkata...

Salam Az,

Ada mantai tu kat penajis..tiap2 hari raya atau nak sambut Ramadhan..biasa tu Az..buat lomang..
Az daging lompap tu sedap sgt..uwan akak suka buat utk kami..sekarang dia dah takder ..akak buat juga pakai daging kat kl..tgk mana2 gerai yg ada jual daging fresh..

Mohd Saad Hamid berkata...

Salam AZ

Selamat menyambut puasa dan memburu lailatul Qadar.

Saya pernah dengar pasal mantai ini, pernah dilakukan di kampong kami pada satu masa dulu.

Di daerah Jasin, Melaka ada sebuah kampung namanya Kg. Mantai. Kg ini berdekatan dengan Gemencih, N.S. Agaknya dulu-dulu masyarakat kampung ini sering melakukan aktiviti mantai.

Ayah Zain berkata...

salam afeez

ok kan daging kerbau. Afeez dapat bezakan daging kerbau dengan daging lembu tak

Ayah Zain berkata...

lompap tu memang sedap sangat kan kak sidah. lompap ni x leh buat banyakbanyak, nanti tak cukup pulak nak merendang

Ayah Zain berkata...

salam hj Saad

terima kasih datang menjengok teratak az

Yer saya pernah lalu kg mantai tu heheh

afeezz berkata...

waalaikumsalam az : tak dapat beza pon, macam same jer... hahaha

Ayah Zain berkata...

betul tu afeez. az pun x dapatkan bezekan. tapi mak az boleh tahu daging kobau ngan daging lembu. dia kata daging lembu x sodap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...