Jumaat, 12 Ogos 2011

oooo beriayani


13082011

Semalam, Surau Anak Bugis meraikan jemaahnya dalam Majlis Berbuka Puasa. Kira-kira 80 orang ahli  jemaah berkumpul dalam majlis tersebut yang dimulakan dengan Bacaan Yasin dan Tahlil serta doa selamat. Majlis kali ini di taja oleh Koperasi Pekebun Kecil (KEPAK) Daerah Pontian. Ahli jemaah di hidangkan dengan nasi beryani talam, kueh serimuka dan kurma. Alhamdulillah. Selepas majlis berbuka, semua jemaah menunaikan solat Maghrib berjemaah, solat Isyak dan solat terawih. Meriah sungguh majlis pada petang semalam. Juga satu lagi berita yang menggumbirakan ialah  Majlis Perkahwinan namun aku tidaklah menunggu majlis tersebut kerana ada urusan yang lebih penting.

Sebahagian jemaah sedang menunggu masa untuk berbuka puasa
Hidangan nasi beryani 
Sorang aje untuk satu talam? Meh kejap lagi az akan bantu yer hj

10 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Tn Hj AZ

kan 2 orang 1 talam, ajak ler saya...

SELAMAT BERBUKA

Wassalam

rezeki berkata...

dia ada geng tu, tapi tgh ambek gambar hehehe

zue berkata...

assalamualaikum AZ,
sy smpai hari ni lum rasa lagi brbuka dgn nasi berani.

mkn dlm dulang mmg brselera.

selamat brpuasa AZ dan slmat brbuka.

Ayah Zain berkata...

salam atuk,

malam besok ada lagi nasi baryani, jom atok, Ini saya ajak bagi pihak tuan rumah

Ayah Zain berkata...

salam CR,

betul,memang dia sorang2 sebab dia jadi bilal hehhe, then kami sertai

Ayah Zain berkata...

salam zue,

kami puasa tahun ni berbuka dengan baryani je. hhehh

mama ju berkata...

Salam AZ

Wah AZ hari2 makan sedap, ada je rezeki..

Ayah Zain berkata...

alhamdulllah mamaju. memang bulan2 puasa, orang kat sini cengitu. meriah. Malam ini baryani lagi. Jom join sama

rosli berkata...

Hj Aza,

Sedap tu, arini apa pulak menu di sana

Ayah Zain berkata...

salam rosli

hheeh, hari ini?baryani juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...