Selasa, 23 Ogos 2011

Whopssss, Sudah 2 tahun berlalu


23082011

Saat berganti saat
Minit berganti minit
Jam berganti jam
hari berganti hari,
Minggu berganti Minggu
Bulan berganti bulan
Tahun berganti tahun
maka tampa di sedari
Ceriakan Hari-hari Mu
menginjak ke tahun baru
Selamat hari Lahir ke-2 CHHM

CHHM pada 23 Ogos 2008

Ketika itu blogger pertama menziarihni ialah Hanis yang kini entah ke mana, diikuti dengan orang kuat dan Founder PDKM En Mohd Azli (CL), Noor a.k.a Kak Ngah si Panda glemer dan Ratu jelitawan PDKM Cikgu Mas. Kini CHHM yamg mempunyai pengikut berdaftar 164 (tak bergerak-gerak nombor ini) dengan sejumlah 633 n3 di kira orait lah juga berbanding dengan blog-blog yang lain. Dari aspek sejarah, CHHM pernah mencatat kunjungan tertinggi pada 29 Ogos 2010 seramai 163 pelawat yang terdiri daripada 71 buah negara yang pernah singgah menjengoknya. Catatan paling popular ialah n3 bertajuk Lubang Neraka pada 26 Jun 2010. CHHM pernah melalui zaman suram di awal 2011 apabila kehilangan mood untuk berkarya dan semalam 22 Ogos kunjungan mencecah 108 pelawat. Alhamdulillah.

Akhirkata CHHM mengambil kesempatan mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung CHHM atas sokongan yang diberikan terutamanya kepada Afeez ( menjadi satu-satunya pengunjung tetap CHHM), CR, Sonata Anak kancil, Kak Sidah, Kak Nab, Mamaju, Shami2, Atuk Razali, Hj Rosli, Che Din Advis, Luahfikiran,  Musafir Islam, Hj Arshad, Kamato, umi umairah, Shiema,  kakzacky, pinatbate , aki44( kepada yang tidak tersebut saya memohon maaf sebab tak teringat) dan semua yang sudi berkunjung ke CHHM.


10 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : uhuks... bangganya bile namaku disebut di sini. tibe2 sedih.. hahaha. anyway teruskan berkarya dan berkongsi cerita dan maklumat.

rosli berkata...

Hj AZ,

Tahniah. Moga dipermudahkan semuanya

atuk berkata...

Assalamualaikum Tn Hj AZ

Tahniah
Syabas
moga terus maju jaya

cuma penyumbang terlalu kecil untuk kecemerlangan CHHM

Wassalam

shami2 berkata...

Salam az..

ya dalam suka2 berblog sebenarnya kita juga telah mencatat sejarah penulisan kita sendiri..dari sehari kesehari...masa silih berganti..tulisan dan idea juga berubah2...dari yang baik kepada yg terbaik..insyallah

tahniah AZ...teruskan menulis utk kami...dimaya

Ayah Zain berkata...

salam afeez

seperti afez yang pertama. Terima kasih sudi menjengok. Awat sedih pula, az terharu yang amat sangat dengan sokongan yg diberikan

Ayah Zain berkata...

salam hj rosli

terima kasih kembali

Ayah Zain berkata...

terima kasih atuk atas sokongan.

apa maksud dengan penyumbang? Actually dengan adanya kawan2 macam atok dah kira ok dan orait

Ayah Zain berkata...

salam shami2.

betul tu. Alhamdulillah. Tiap kali nampak shami2, air lioq melelih teringat kambing panggang pak ngah

rezeki berkata...

salam az

tahniah

moga terus berkarya di CHHM hingga sampai jubelee emas hehe

Ayah Zain berkata...

salam rezeki

terima kasih atas sokongan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...