Selasa, 2 Julai 2013

Hanya sekeping KERTAS


                              02072013

Sudah masuk bulan Julai rupanya. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan Kareem akan menjelma. Semoga kita dapat membuat persediaan sepenuh untuk menyambut tetamu yang mulia ini.

Hari ini aku ingin berkongsi pasal kertas. Kertas yang tidak bermakna apa - apa sekiranya tidak dimanfaatkan.

Hanya sehelai kertas berwarna putih. Kertas ini bebas digunakan oleh sesiapa sahaja. Teerpulanglah kepada sipemiliknya untuk apa digunakan


Ini sehelai kertas berbentuk nota kerana ada pensil yang siap siaga untuk beroperasi. Catatlah apa sahaja mengikut kesuaiannya.


wow, yang ini agak antik. Kertas yang seperti kulit. Mungkin kulit kerbau, lembu atau kulit kayu. Terserah krepada anda.

Sebenarnyanya kertas ini amat berguna kepada manusia, Kertas yang tercipta di China sejak kurun kedua sebelum Masihi atau dengan penemuan kertas daripada tumbuhan papirus di Mesir Kuno yang lebih awal berbanding pencipataan kertas di China sehingga sekarang manusia bergantung kepada kertas. Kepelbagaian kegunaan kertas ini termaktub kepada sijil kelahiran, Sijil penghargaan, sijil kelulusan, sijil perkahwinan, pasport, sijil perubatan, duit malah jemputan-jemputan ke program-progran tertentu, manusia menggunakan kertas. Kertas yang berguna kepada manusia dijaga sepenuhnya seperti sijil kelahiran, sijil anugerah dan sebagainya. Namun tidak kurang juga kertas itu dilipat setelah digunakan malah lebih malang lagi kertas dikerenyok setelah digunakan mengikut  kandungan kertas itu. Kemudian dib uang begitu sahaja tanpa rasa belas kasihatan seperti penggunakan kertas tisu.

 Justeru kehidupan manusia juga ibarat kertas. Kertas yang dilipat, disimpan, dikoyak, dikeronyok atau dibuang. Kertas membuatkan manusia berasa bangga (anugerah) atau merasa sedih (transaksi peperiksaan yang tidak memuaskan, atau surat putus cinta) , merasa malu (surat tindakan displin sekolah) dan sebagainya.

Kertas-kertas yang dinyatakan di atas semuanya dapat dilihat oleh sipemilik kecuali satu kertas yang yang tidak dapat dipegang, dibaca atau dimiliki oleh sipemiliknya iaitu SIJIL KEMATIAN. Oleh itu marilah kita beramal secukupnya sebelum sijil kematian dikeluarkan oleh pihak berwajib........

Contoh Sijil Kematian yang tidak dapat dilihat oleh pemiliknya

Allahumma baarik lanaa fii Rojab wa Sya’ban wa ballignaa Romadhon [Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban dan perjumpakanlah kami dengan bulan Ramadhan]“. 




8 ulasan:

Unknown berkata...

Salam.
hehe ingat cerita pasal duit tadi.
Tak terfikir pulak mcm2 ada kat kertaskan?
Moga bahagia Tuan suami isteri. Amin.

Ayah Zain berkata...

as salam mamaju

itulah dia kehidupan kita di dunia ini

perjalanan pulang berkata...

salam...jenguk kejap

Dzureen Darwis berkata...

Dakwah secara sempoi :)

Ayah Zain berkata...

terima kasih panglima muda menjengok ayahzain

Ayah Zain berkata...

Alhamdulillah Dzureen Darwis

Jejari Menaip berkata...

kertas oh kertas...

Ayah Zain berkata...

kertas yang diperlukan. tanpa kertas apalah ertinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...