Khamis, 30 Disember 2010

Manasik Haji-ku (MHK)


Alhamdulillah, aku cuba memulakan perkongsian kerja-kerja haji yang telah ku lakukan pada musim haji 1431H (2010) dengan klip video hasil kreatif putera keduaku. Ia dapat menceritakan detik-detik keberangkatan aku suami isteri ke Tanah Suci. Insya Allah, perlahan-lahan aku coret paparkan apabila aku mempunyai kelapangan. Doakan agar aku dapat merealisasikan perkongsian ini untuk manfaat kita semua terutamanya kepada mereka yang bercadang untuk mengerjakan Haji pada musim yang akan datang. Insya Allah.


Selain daripada sanak saudara yang berada di Di Kompleks Haji Kelana Jaya telah sedia menunggu Kak Sidah dan Suaminya . Kemudian Musafir Islam juga menyusul. Seronoknya apabila ramai sanak saudara, ipar duai yang meraikan keberangkatana kami ke Tanah Suci. Kak Sidah membekali kami dengan sambal ikan bilis sementara Musafir Islam menghadiahkan aku dengan kain serban yang akhirnya menjadi sejadah ketika aku di Lapangan Terbang Madinah solat subuh. Jazakallahuhaira.

Jumaat, 24 Disember 2010

Alhamdulillah Syukur


Alhamdulillah kepada Allah yang memberi rahmat. kami amat bersyukur kerana berlaku peningkatan dalam pencapaian Gred   A dalam semua subjek yang di ambil  oleh pelajar sekolah kami dalam PMR 2010. Walaupun peningkatanya hanya sedikit, kami tetap bersyukur dan berbangga kerana berlakunya peningkatan tersebut. Peratusan straight A's  meningkat  daripada 61% kepada  65% dan meletakan kami di ranking ke-13 daripada 36 buah MRSM seluruh negara. Meningkat 2 mata tangga daripada tahun 2009 yang berada di tangga ke 15 daripada 29 MRSM.Sekali lagi terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang bertungkus lumus memastikan pencapaian pelajar dalam PMR 2010. Semoga pelajar tingkatan 3 2011 dapat melipatgandakan lagi usaha agar peningkatan ini berterusan. Amiiin.

Khamis, 23 Disember 2010

Alhamdulillah.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Akhirnya  penantian yang ditunggu tiba jua akhirnya. Keputusan PMR yang diumumkan tadi membuahkan hasil lumayan kepada kami semua. Pencapaian GPS telah meningkat daripada 1.12 pada tahu 2009 kepada 1.08   tahun 2010. Ayahzain mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang bertungkus lumus dalam menaikan prestasi sekolah terutamanya subjek sains yang meningkat demgam lompatan saujana daripada 78.1% A kepada 95.7% A dalam PMR 2010. 6 orang sahaja pelajar yang mendapat B. Subjek matematik juga meningkat drpd 97.7% A kepada 99.3% A di mana seorang sahaja pelajar medapat B sementara subjek Kemahiran Hidup semua pelajar mendapat A (100% A). Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang meberi nikmat. Namun debaran masih belum reda kerana menantikan ranking keseluruhannya. Tahun lepas berada di kedudukan Top 15

Ahad, 12 Disember 2010

Dilema

Alhamdulillah, akhirnya aku berada di depan komputer aku semula setelah hampir dua bulan meninggalkannya. Selama ini aku ke udara melalui telefon bimbitku yang begitu terhad penggunaannya kerana kejahilan aku mengendalikannya. Namun aku kekurangan idea untuk merealiasikan coretan aku semasa di dua Tanah Suci atau aku tidak lagi berminat untuk meneruskannya. Puas aku memikirkan bagaimana hendak memulainya...................

 Bergantunglah kepada keadaan yang menentukan sama ada aku berjaya melalui cabaran ini tambahan lagi  kesebukan masa dan tugas-tugas yang bertimbun menantiku di pejabat. Maklumlah awal tahun mesti banyak kerja perlu dirancang dan paling perit sekali ialah untuk menghasilkan planer tahunan.

Besok aku akan mula masuk pejabat setelah seminggu aku berehat. Berehat? Mana ada rehat... Setiap hari pasti aku akan berada di Lebuhraya Utara Selatan memenuhi urusan yang macam-macam. Orang kata, 40 hari sekembalinya daripada Tanah Suci mesti duduk di rumah namun ...........  aku tidak dapat berada di rumah. Hari Khamis yang lalu aku tersentak dengan berita yang disampaikan oleh isteriku bahawa abang kepada kawannya telah meinggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Abangnya baru sahaja beberapa hari balik daripada tanah suci. Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang diterima. Kecut juga hati ini seketika kerana sejak aku berada di Tanah AIr sabtu lalu aku telah berada di Kuala Lumpur, kemudian di Seremban, kemudian di Melaka, semalam di Muar, dan hari ini aku berada di Johor Bahru menghadiri majlis perkahwinan bekas anak buahku di Taman U. Lewat petang tadi baru aku sampai di Pontian. Alhamdulillah.

syahdunya
ya Allah aku ingin menjadi tetamu di rumah Mu lagi
Permudahkanlah ya Allah

Khamis, 9 Disember 2010

Ulangtahun perkahwinan

Salam Ceria.

Alhamdulillah, diam tak diam hari ini 9 Dis 2010 adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 26 tahun. Semoga perkahwinan kami terus kekal hingga ke akhir hayat. Nampaknya kami meraikannya di HUKM kerana sekejap lagi mrzain akan membuat foloup checkup dengan doktor di HUKM heheh. Tak ada apa-apa cuma pemeriksaan biasa hasil daripada pembedahan lebih 10 tahun yang lalu.Semuanya dalam perancangan Allah.

Sabtu, 4 Disember 2010

alhamdulillah

Salam, Alhamdulillah. AZ & Mrszain telah selamat sampai ke Tanah Air malam tadi. Saudi Air SV5522 selamat mendarat di KLIA tepat jam 1.15 pada  3 Dis 2010. Namun ujian masih berterusan apabila bagasi kami tidak mendarat bersama kami. Lebih kurang 50 jamaah yang senasib dengan kami. Setelah mengisi borang yang diperlukan kami meninggalkan KLIA pada pukul 3.30 pagi dengan  hati yang reda, pasrah akan ujian Allah. Ketika ini kami berada di Melaka untuk seketika  di samping menguruskan beberapa urusan peribadi dan mungkin besok akan berangkat balik ke Pontian. Terima kasih atas keprihatinan anda semua yang mendoakan kesejahtaraan kami terutamanya kepada Umi Humairah, Kak Sidah, Hjh Zainab, Aki44, Rozali, Rosli, Kakzakie, Kak Su, afeez, CM, ayahanda, Rezeki, Sonata, Nadz, KakLongwiduri, Guru PhD, Shami2, Musafir Islam, LF, Nurazah8. Taj, Limizia, Pinatbate dan yang lain-lain yang tak tersebut namanya. Juga tidak lupa kepada CL dan Hj Arsyad yang meraikan kami di Tanah suci dengan nasi mandi (CL, teringgat daging unta hehhe). Budi baik kalian hanya Allah sahaja yang membalasnya. Sampai jumpa lagi.

Rabu, 1 Disember 2010

salam dari makkah 10

sayu hati bila berada dihari-hari terakhir di bumi penuh baraqah ini.  kalau minggu lalu tak sabar untuk kembali ke tanah air namun selepas taklimat kebrangkatan PULANG oleh dato pengerusi, tiba-tiba hati teraSA SAYU. ENTAH BILA PULA BOLEH MENJADI TETAMU ALLAH LAGI. SESUNGGUHNYA HAJI ITU SATU JIHAD YANG MEMERLUKAN PENGORBANAN, KESUNGGUHAN DAN KEYAKINAN.                                                                                  KESAYUAN TERUS DIRASAI  APABILA IMAM SOLAT ISYAK masjidil haram  TADI TIDAK DAPAT MENERUSKAN BACAANYA KERANA ESAKAN TANGISANNYA, RUGINYA TAK TAHU SURAH APA YANG DIBACA NAMUN TENTUNYA BERKAITAN DENGAN AZAB ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG ALPA DAN LALAI....

Khamis, 25 November 2010

salam dari makkah 9

salam ceria dr makkah. diam tak diam sudah 9 n3 dapat az keluarkan. dalam kepayahan line yang tidak meentu di hotel azeeb mawadah ini namun sambutan pembaca chhm menguatkan az mengusahakan n3 ini.kadangkala n3 sudah siap, line pula kong jadi tutup dan belah begitu sahaja.                                                pagi ini hati mulai sayu kerana melihat satu kumpulan syarikat yang az sertai ini berangkat balik. giliran az berangkat ialah ,minggu depan dan dijangka sampai di klia pada malam 3 dis.                                            MALAM TADI MEMANG MENYERONOKAN APABILA BERTEMU CL DAN HJ ARSYAD BERSAMA TETAMU MEREKA YANG LAIN. TAK SANGKA PULA DEPA BUAT PARTI MAKANK-MAKAN NASI MANDI, SIAP KUEH RAYA LAGI MEMANG HEPENING. DIJANGKA USTAZ ZAMRI RADIO IKIM TIBA TAPI BATAL.  SESUNGGUHNYA MUNASIK HAJI KALI INI AMAT BERMAKNA SEKALI BERBANDING PADA TAHUN 1988 LALU DENGAN PROGRAM PENGISISIAN ROHANI YANG DIADAKAN OLEH PIHAK PAKEJ YANG AZ SERTAI.       kepada pengulas sekalian az ucapakan terima kasih atas doa, dorongan, motivasi dan sebagainya. az tak dapat nak menjawab kerana masalah line. JUMPA LAGI

salam dari makkah 8

Alhamdulillah, hari ini sampai jua hajat menziarahi CL di Tingkat 12 Sawfa Towers. Kunjungan yang tidak dirancangkan ini amat menyeronokan apabila disajikan dengan nasi mandi berlauk ayam dan kambing. Malah kepala kambing pun ada.
                                                                                                AZ MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA CL DAN HJ ARSHAD YANG TELAH SUDI MENJAMU AZ BERSETA DENGAN TETAMU YANG LAIN. SEMOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI KALIAN.
                                                                              Dikesempatan ini az mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Cikgu Mas yang ke 3? Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditambahkan lagi cahaya mata. (tak kan cukup 2 orang sahaja).                                  HJ ROZALI, AZ DAH SAMPAIKAN SALAM TUAN KEPADA CL

Sampai jumpa lagi

Isnin, 22 November 2010

salam dari makkah 7

petang tadi aku berkesempatan menunaikan solat asar di masjid raiya atau masjid bendera di kalangan masyarakat tempatan. bagi orang malaysia masjid ini terkenal dengan nama masjid kucing. satu keistimewaan bersolat di masjid ialah sesei tazkirah selepas solat asar yang disampaikan dalam bahasa arab dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. kebetulan petang tadi terjemahan disampaikan dala bahasa indonesia. ia berkisar tentang kepatuhan kepada allah. ramai orang takutkan setan dan jin atau mahluk lain tetapi tidak takutkan allah. oleh itu jangan takut selain drpd allah kerana kepada allah adalah tempat kita brgantong dan meminta pertolongan. jangan berbuat maksiat. anda boleh buat maksiat tapi jangan di bumi allah, atau anda boleh buat maksiat teapi  ditempat yang allah tidak boleh nampak. maka carilah tempat itu sekiranya anda boleh menjumpainya.

Khamis, 18 November 2010

salam dari makkah 6

alhamdulillah, semua kerja munasik haji telah selesai pagi tadi dan az telah pun balik ke makkah dp drpd mina bernafar awal. az mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kelancarankerja munasik haji tersebut. sesungguhya ia satu yang meninggalkan kesan mendalam terutama melalui ujian ujian drpd allah. ia menguji kesabaran darisegi fizikal dan mental. tiada kata untuk az nyatakan  ketika ini semasa melalui pengalaman yang pelbagai terutamanya dalam melihat tingkahlaku manusia semasa menerima ujian drpd allah.  insya allah kita akan berjumpa kembali dengan laporan bergambar setelah az kembali ke tanah air nanti. sampai jumpa lagi.

Selasa, 16 November 2010

salam dari makkah 5

ALHAMDULILLAH, AZ SUAMI ISTERI SUDAH SELESAI MENYEMPURNA RUKUN HAJI IAITU NIAT HAJI PADA 8 ZULH, WUKUF DI ARAFAH PD 9 ZULH, TAWAF N SAIE PD 10 ZULH. SUBUH TADI KAMI DAPAT BERTAHALUL AWAL APBILA MELONTAR JAMRATUL KUBRA DAN BERGUNTING DAN SELEPAS ITU BERJALAN KAKI KE MASJ HARAM DRPD MINA UNTUK MELAKUKAN TAWAF N SAEI HAJI. BERMAKNA@KAMI SUDAH MELAKUKAN TAHALUL THANI YANG MEMBEBASKAN DRPD SEMUA 13 PANTANG LARANG KETIKA BERIHRAM.  MALAM INI DAM MALA, BESOK KAMI AKAN BERMALAM DI MUAISER DAN MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH PADA 11 N 12. ALHAMDULILAH SELEPAS ASAR NANTI KAMI AKAN BERJALAN KAKI SEMULA KE MINA DAN TERUS KE MUAISER.

Ahad, 14 November 2010

salam dari makkah 4A

salam bertemu kembali. SEKEJAPLAGI kami akan berangkat ke arafah (8 zulh). kami dijangka begerak seawal 9 pagi untuk mengelakkan kesesakan. dijangka kami akan sampai ke arafah sebelum waktu zohor. doakan semoga pergerakan kami bergerak lancar.   SEMOGA SEGALA URUSAN MANASIK HAJI KAMI DIPERMUDAHKAN ALLAH SWT DENGAN MEDAPAT HAJI YAG MABRUR. ANTARA PERKARA YANG DISUNATKAN DI ARAFAH PADA HARI WUKUF BESOK IALAH TIDAK BERPUASA SUNAT. SUBHANAALLAH.                                                                                          

Sabtu, 13 November 2010

salam dari makkah 4

SEMASA SOLAT JUMAAT DI DATARNN LUAR HARAM SEMALAM AZ MEMBAYANGKAN PERHIMPUNANAN KECIL PADANG MASYAR DI BAWAH PANAHAN SANG MENTARI YANG BEGITU TERIK. AKU BERGERAK DR HOTEL PUKUL 11 PAGI SEDANGKAN SOLAT AKAN BERMULA PUKUL 12.05 THARI. SEMUA LALUAN KE PINTU MASJID TELAH DITUTUP OLEH POLIS MAKA PARA JEMAAH MEMBUAT SAF DILUAR SAF SAMPAI MEMENUHI JALANRAYA YANG ADA DI SEKITAR HARAM. ADAKAH AKU BOLEH BERTAHAN? DENGAN BERBEKALKAN SEKAKI PAYUNG AKU MENAHAN KEPANASAN SINARAN MENTARI. AKU MULAKAN SESI ITU DENGAN SOLAT HAJAT MEMOHON KEPADA ALLAH AGAR PANAHAN MATAHARI TIDAK MEMBERI KESAN KEPADAKU. ALHAMDULILLAH KELIHATAN TOMPOK2 AWAN HITAM MULA MENGHALANG CAHAYA MATAHARI NAMUN IA TIDAK LAMA, NAMUN CUKUPLAH UNTUK SEKETIKA. KADANGKALA TIUPANAN ANGIN DAPAT MENDINGINKAN BADAN BUAT SEKETIKA. SUBHANAALAH BEGITULAH NIKMAT ALLAH KEPADA HAMBANYA. DISAUJANA MATA MEMANDANG DALAM LAUTAN JEMAAH AKU DAPATI PELBAGAI CARA JEMAAH MENGHALANG SINANARAN MENTARI. ADA YANG MENYELITKAN KERTAS DI KOPIAH (MACAM TENTERA JEPUN PULAK), ADA YANG MELINDUNGI DENGAN TONG PLASTIK AIR ZAMZAM YANG KOSONG, DENGAN BEG SANDANG MALAH DENGAN SEJADAH PALING BANYAK KELIHATAN. PELUH MERECIK DI MUKA MASING2 NAMUN PARA JEMAAH BEGITU SABAR MENUNGGU MASUKNYA WAKTU SOLAT. KELIHATAN BEBERAPA JEMAAH MEMBASAHI KEPALA YANG BERKOPIAH DENGAN AIR ZAMZAM YANG DINGIN. YG BERKULIT HITAM TIDAK BEGITU KETARA TETAPI YANG BERKULIT PUTIH KELIHATAN SEPERTI UDANG KEPANASAN. TIBA2 MATA TERPANDANG SEORANG KANAK2 LELAKI MUNGKIN 2TAHUN BERMAIN2 MATA BERSAMA IBUNYA TANPA MENGIRAUKAN PANAHAN SONARAN MENTARI.                                                     

BEGITU KERDIL RASANYA DIRI HAMBA ALLAH INI. BAGAIMANA DI HARI PENGADILAN NANTI? PANAS YANG HANYA SEKELUMIT BEGINI TIDAK TERTAHAN, YA ALLLAH ENNGKAU AMPUNILAH DOSA HAMBA MU YANG HINA INI. HAMBAMU YANG SELALU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI. DI UDARA DERUAN ENJIN HELIKOPTER  MENJADI PERHATIAN SEKETIKA, BEGITU KETAT PENGAWSAN KERAJAAN SAUD INI, SELAIN POLIS, ASKAR BERADA DI MANA-MANA, MALAH SATU KEM SEGERA DIDIRIKAN TIDAK JAUH DR HARAM. AKU TERUS BERDOA, BEZIKIR DAN SESEKALI MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DIPAPARKAN NANTI.  APABILA AZAN BERKUMANDANG, NAFAS KELEGAAN KEDENGARAN DAN KEMUDIAN KHUTBAH JUMAT MULAI BERKUMANDANG. KHATIB BEGITU SEMANGAT MEMBACA KHUTBAH. ALANGKAH BAGUSYA KALAI AZ DPT MEMAHAMI BAHASA ARAB. NAMUM KITA BOLE MENAGKAPNYA KERANA IA BERKISAR TENTANG HAJI. NASIHAT AGAR TETAMU ALLAH INI BERSABAR DENGAN UJIAN ALLAH. BENARLAH HADIS NABI BAHAWA HAJI ITU KUSUT MASAI. ALHAMDULILLAH HINGGA SAAT INI AKU SIHAT WALAFIAT, KESAN BAKARAN MATAHARI SEMALAM TIDAK MENJADIKAN AKU DEMAM. SYUKUR ALHAMDULILLAH. BEGITU  BESAR NIKMAT ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG BERSYUKUR KEPADANYA. DILUAR UDARA  HOTEL MULAI KEDENGARAN BUNYI HELI.... (N3 INI DIBAWA OLEH NOKIA E72)

salam dari makkah 3

salam kepada semua penggemar chhm. alhamdulillah berkat doa kalian, az suami isteri sihat walafiat. kami sekarang sedang menyimpan tenaga untuk keberangkatan ke arafah pada lusa iaitu ahad 8 ZZULH. ALHAMDULILLAH JUGA PETANG TADI SELEPAS ASR AZ BERSAMA RAKAN SEBLIK KENDIRI MAKAN ROTI BERSAMA SAMBAL GORENG HADIAH DARIPADA KAK SIDAH. MASING2 MEMUJI KESEDAPAN MASAKAN KAKSIDAH ITU. TERIMA KASIH DAUN KELADI. AZ MINTA MAAF KERANA TAK DAPAT MENKAWAB KOMEN KERANA MASALAH TEKNIKAL HEHEH. DAPAT RELEASE N3 INI PUN KIRA ORAIT LAH. OK NAK P DENGAR CERAMAH

Jumaat, 12 November 2010

salam dari makkah 2

ALHAMDULILLAH, JUTAAN BAKAL HAJI MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT YANG MELEMPAHRUAH HINGGA KE SELURUH JALAN DISEKITAR HARAM HINGGA SAMPAI KE PINTUK-PINTU HOTEL. DIANGGARKAN LEBIH 6JUTA ORANG TADI. CUACA PANAS TERIK TIDAK DIHIRAUKAN OLEH JEMAAH MALAH KANAK-KANAK KECIL DAN BABY TURUT SAMA MENYERTAI IBUBAPA MEREKA  DILAUTAN MANUSIA TERSEBUT. SUBHANALLAH. (GAMBAR TIDAK DAPAT DIPAPARKAN KERANA MASALAH TEKNIKAL HEHEH)

Khamis, 11 November 2010

salam dari makkah 1

TERIMA KASIH KEPADA AZIMA, KAK SIDAH, KAKZAKIE,AKI,LF,AFEEZ, DLL YANG MEMBERI KOMEN PADA N3 SEMALAM. DOAKAN AZ SENTIASA SIHAT UNTUK WUKUF ISNIN INI. HANYA BATUK SIKIT, CUACA PANAS SANGAT. JEMAAH TERUS PADAT.

salam dari makkah

APA KABAR PEMINAT CHHM? SEMOGA SIHAT SEJAHTERA. TIDAK BEBERAPA HARI LAGI KAMI AKAN BERANGKAT KE ARAFAH. DIKESEMPATAN INI AZ MEMOHON AMPUN DAN MAAF DI ATAS APA JUA KESALAHAN, KESILAPAN SELAMA KITA BERBICARA DI ALAM MAYA INI. WALAUPUN DI HOTEL INI ADA WIFI TETAPI KETIADAA LAPTOP MENGEHADKAN AZ KE ARENA INI. SEMOGA KIA BERJUMPA LAGI. SIARAN INI DIBAWA OLEH HF NOKIA E72 YANG KADANGKALA IKUT ANGINNYA

Rabu, 20 Oktober 2010

hepi besday anakanda MI

  201010
wow, ngam betul nombor ini. Cantik sekali
Selamat Hari Lahir anakandaku Sayang MI
Semoga dipanjangkan umur,
dimurahkan rezki
disihatkan tubuh badan
dipercepatkan bertemu jodoh
dan berbahagia selalu
di bawah lindungan dan keberkatan Allah swt.
Doakan ayahanda semoga dipermudahkan segala urusan di Tanah Suci Madiah yang berkah ini

hepi besday 2 u

Salam Ceria

Selasa, 19 Oktober 2010

Insya Allah

181010
Ya Allah ya Tuhanku
Tatkala ini , Aku dan isteriku sedang  berangkat menuju RumahMu, menjadi tetamuMU
Terimalah aku dan isteriku sebagai tetamuMu
TetamuMu yang paling istimewa
TetamuMu yang paling istimewa
TetamuMu yang paling istimewa, Ya Allah
Engkau permudahkanlah
aku datang untuk memperbaiki diriku
aku datang untuk bertaubat kepadaMu ya Allah
akau datang penuh harapan menyerah  diri kepadaMu ya Allah
Engkaulah Allah yang aku sembah dan kepada Engkaulah aku meminta pertolongan
Engkau permudahkanlah segala urusan hambamu
bermula darpada kami meninggalkan rumah sehinggalah ke Kompleks Haji Kelana Jaya
drpd Kelana Jaya ke KLIA
dan daripada KLIA ke Madinah
hindarkanlah daripada sebarang kesulitan kami diperjalanan ya Allah

Ya Allah ya Tuhanku
aku ini penuh dosa
aku datang untuk membasuh segala dosa
aku sering menzalimi diri sendiri
hanyut dengan gejolak nafsu
oleh itu engkau ampunilah segala dosa-dosaku
Ya Allah ya Tuhanku
Engkau peliharalah ahli keluargaku, anak-anakku, adik beradikku, rakandan taulanku
Engkau permudahkanlah segalanya ya Allah
dengan limpah rahimMu
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Engkau ampunilah segala dosa-dosaku
Tiada tuhan yang dapat mengampuni dosa-dosaku
hanya Engkaulah Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Isnin, 18 Oktober 2010

Ya Allah, Permudahkanlah


 
181010
Sayu hati
tiada kata terucap
hanya hati yang berkata-kata
memohon yang terbaik daripada Yang Maha  Esa
Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Agung. Yang Pengasih dan Penyayang
Allah Rabbul Jalil, Allah yang menguasai Hari pembalasan

Pagi yang syahdu ini
aku bersalaman-salaman - Salam jamiat
dengan jemaah surau as-Siddik, memohon ampun dan maaf
mohon Allah mempermudahkan segalanya
Budi baik tuan-tuan amat meruntun jiwa
sebagai bekalan kekuatan semangat
menunaikan Rukun Ke-5
Ya Allah, permudahkanlah, permudahkanlah, permudahkanlah

Kepada Semua pembaca Ceriakan Hari-harimu
ayahzain memohon maaf
selama kita berintraksi di alam maya dan nyata
tentunya ada tingkahlaku az yang ter'over'
oleh itu az mohon apalah sudi kiranya memaafkan az
doakan az semoga Allah mempermudahkan urusan ini bermula daripada melangkah keluar daripada rumah tengah hari nanti sehinggalah ke Kompleks Haji Kelana Jaya
seterusnya ke KLIA dan berangkat terus sampai ke Madinah.

Salam Ceria


Ahad, 17 Oktober 2010

Hepi besday Sophie

171010
Cantik nombor ini
Selamat Hari Lahir Datin Sophie
Semoga Panjang Umur
dimurahkan rezeki
disihatkan tubuh badan
berbahagia di samping insan-insan yang disayangi.
hepi besdey 2 u
Salam Ceria

Sabtu, 16 Oktober 2010

Penyembur wuduk

161010
Bekas air wuduk mrszain
Bekas air ini amat penting kepada jemaah haji yang berada di dalam lautan manusia di dalam masjidil haram. Mrszain beruntung mendapatnya daraipada si TAHA kerana stok masih ada sedangkan az tidak ada rezeki kerana nama az lambat mendapat kelulusan daripada Tabung Haji. Tidak mengapalah. Semasa az menyerahkan pasport antarabangsa kepada tabung haji, mereka hanya memberikan buku doa sahaja, bekas airnya tidak ada.........


i got the idea, bravo
Bekas air wuduk az. Recyle daripada bekas ubat semburan mata Permata Hijrah.

Tengah hari tadi selepas solat zohor sempat az bertanya kepada ustaz Salehuddin mengenai kaedah mengambil air sembahyang menggunakan semburan air begitu. Rupanya apabila kita menyemburkan air kepada anggota wuduk dan ia mestilah diratakan dengan menyapu dengan tangan. Ratakan supaya air itu mengenai semua anggota yang wajib dibasahi dengan air wuduk itu. Jadi di sini lah kita kena berhati-hati. Semasa meratakan wuduk dengan tangan, tangan tidak boleh diangkat kerana jika di angkat maka air wuduk itu akan menjadi air musta'mal. Maksudnya kena berlatihlah nampaknya. Untuk membasuh/menyembur  muka, tangan dan kepala nampaknya tidak ada masalah tetapi apabila hendak membasuh / menyembur kaki ada sikit susah hehhe. Dalam lautan manusia yang berjumlah lebih 3 juta itu, dengan kawsan yang agak sempit sudah semestinya ......... silap haribulan tersembur orang sebelah heheh. Alah bisa tegal dek bisa. Praktis. Syukurlah hanya sekali sahaja proses nya tidak perlu 3 kali kerana ia perkara sunat sahaja. Jelas bahwa Islam itu mudah. Namun kena ingat kalau tidak sempurna maka orang yang solat itu hanya akan mendapat penat dan payah sahaja
bayangkan dalam lautan manusia begini, solat akan dimulakan bila-bila masa sahaja, wuduk anda terbatal .......... apa anda hendak lakukan? .................bekas air semburan itu amat membantu.

Jumaat, 15 Oktober 2010

10 Perkara Mengenai Jin

151010
(Ust Ismail Kamus)



1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).



5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” Sala Mun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Jazakallahu khairo

151010

ihsan Atok
Hanya ucapan terima kasih yang dapat aku ucapkan kepada teman-teman maya yang memberikan kata-kata motivasi, ucapan, doa dan sebagainya. Terharu yang amat dirasaikan. Terasa begitu ikrab kita di maya ini. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada  teman-teman, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan teman-teman di dunia dan di akhirat. Budi baik teman-teman maya tidak akan dapat az lupakan terutamanya kepada anakanda Musafir Islam, YB, Rezeki a.k.a. Pak Itam drpd High Castle, Imanshah, Kak Long Widuri,  Hajah Zainab, Aki44, Ummufaiz , Afeez, Kak Sidah, Kakzakie, ainhany , Rozali , Umi Azuddin, shami2, atikah, hj arshad, Pinatbate, Mamaju, Rosli  dan lain-lain yang tak tersebut serta pembaca CHHM sekalian . Kepada Atok-baik, terima kasih atas n3 khas mu itu. Terkajuit la. Tidak lupa kepada CL yang memperkenalkan az kepada dunia Bloggers ini.

Rasa terharu yang amat sangat juga amat dirasai atas layanan jemaah Surau Perkampungan Anak-anak Bugis Pt. Keroma. Budi baik tuan-tuan akan menjadi pegangan semangat kepada ku menghadapi cabaran di Tanah Suci. Semoga kami suami isteri dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dengan bantuan doa daripada penduduk Pt Keroma dan teman-teman maya sekalian. Kami amat menyayangi kalian. Insya Allah ditahun mendatang anda sekalian akan menjadi tetamu Allah jua. Insya Allah nanti az seru-serukan nama kalian di Tanah Suci.


kenangan kerja-kerja di Menara Jam
.

Khamis, 14 Oktober 2010

Doakan saya

141010
Ya Allah ya Tuhanku
Engkaulah yang kami sembah, Engkau menciptakan kami dan kami adalah hambaMu yang terikat dengan janji-janji yang akan dilaksanakan semampu kami, Kami mengakui segala nikmat yang Engkau Berikan dan kami mengakui segala dosa yang telah kami lakukan. Oleh itu Engkau ampunilah dosa-dosa kami kerana Engkau sahaja yang dapat mengampuninya.

Ya Allah ! Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai. Ya Allah! peliharalah kami dan mereka daripada keburukan dunia dan kerosakannya. Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan takwa dalam perjalanan ini dan juga amalan-amalan yang Engkau redahi. ya Allah, kami bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan kami disepanjang perjalanan kami dan kurniakanlah kami disepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan harta benda, sampaikanlah maksud kami mengerjakan Haji dan mengunjungi Maqam NabiMu, Muhammad SAW.

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung denganMu daripada segala mara bahaya di dalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan, jauhilah buruk pandangan kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sabahat handai kami.

Ya Allah, letaklah kami dan mereka sekalian didalam peliharaanMu. Janganlah Engkau lucutkan  nikmatMu dari kami dan mereka, janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami dan pada mereka wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha penyayang.
Majlis Kesyukuran sudah disempurnakan sebentar tadi
di Surau Anak Bugis Pt Keroma
Terima kasih tidak terhingga kepada semua jemaah yang hadir


Beg juga telah tersedia
Insya Allah. Tarikh mendaftar di Kompleks Haji Kelana Jaya pada 18 Okt 2010 jam 6.30 petang.

Rabu, 13 Oktober 2010

Subahana Allah

131010

Subahana Allah
Hirisan daging yang dipotong  tertera kalimah Allah

Selasa, 12 Oktober 2010

Adegan yang tidak mahu didengar

121010
Semasa dalam perjalanan ke bandar Pontian petang tadi terjadilah satu peristiwa yang sekiranya benar-bernar berlaku kepada ku akan menjadi satu   asam garam dalam kehidupanku. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat. Aku terhindar daripada sesuatu yang boleh mendukacitakan aku.

Semasa aku hendak memotong sebuah kereta di garisan berkembar aku terpandang sebuah kereta peronda polis (melalui cermin sisi) betul-betul di belakang keretaku. Aku mengucap panjang dan membatalkan niatku. Kontrol macho gitu. Aku terus memandu mengikut peraturan, 60km gitu. Aduh! satu pemanduan yang begitu membosankan. Tapi yang tak sedapnya kereta peronda itu  terus-terusan mengekori aku. Aku jadi serbasalah ...........aku insan yang lemah, hanya mampu berserah.

Di hadapanku satu que yang agak panjang. Deretan kereta kerana dihadapan sekali ialah sebuah lori yang memandu agak perlahan. Di kawasan garisan putus-putus aktiviti memotong sukar kerana adanya kereta yang bertentangan arus. Hendak tak hendak aku hanya bersabar.

Seterusnya kami melalui jalanraya yang mempunyai laluan motosikal......makanya sebuah lori ayam (mungkin telah hilang sabar) telah memotong kereta di hadapan menggunakan laluan motosikal  itu. Hati kecilku terus berkata "alamak, nahas kau lori ayam.......

Memang betul, kereta peronda di belakang aku tadi terus memecut dengan siren dibunyikan dan mengejar laju lori ayam tersebut............memaksa lori ayam itu memberhentikan lorinya. Semasa aku melintasi lori ayam tersebut, pemandu lori ayam yang berseluar kantong hanya tersenyum buat-buat muka seposen memohon ampun kepada polis peronda. Mataku hanya sempat melirik pandangan sahaja dan terus berlalu. Semoga polis peronda itu bersimpati dengannya. Kalau aku sempat menembak tadi, mungkin boleh memaparkan gambar kenang-kenangan di n3 ku ini. Mana  mungkin! bahaya pak menembak sambil memandu.

moral of the story: kalau hendak overtake tengok cerrmin hadapan, cermin sisi manalah tahu kok ada uncle yang sedang memerhatikan kita. Memang sepatut untuk memotong kita kena hati-hati.
Hati-hati di jalan raya, anda mampu mengubahnya.


Gelap yang Lima

121010
Abu Bakar As-Siddiq bekata:
GELAP ada 5, PELITANYA 5.

1.Cinta kpd dunia adaleh gelap.Pelitanya adalah tqwa.

2.Dosa adalah gelap. Pelitanya adalah taubat.

3.Kubur adalah gelap. Pelitanya bacaan Laailahaillallah Muhammadurrasulullah.

4.Akhirat adalah gelap. Pelitanya amal soleh.

5.Jembatan di atas neraka adalah gelap. Pelitanya adalah yakin
(yakin kpd Allah,
yakin adanya syurga & neraka
 beriman kpd perkara yg ghaib & tidak ada keraguan padanya).

sumber: FB-Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Isnin, 11 Oktober 2010

hepi besday

111010


Selamat Hari Lahir kepada Kak Sidah
Padanlah KS telefon saya pagi tadi
maafkan adik KS yang manja ni yer
Terlupa langsung
kat FB tiada tarikh hari lahir
huhuhu

Semoga Allah merahmati KS
Semoga dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki
diberi kesihatan yang baik
hidup aman dan gembira bersama keluarga tercinta


apa ke bendanya ni? (2)

111010

Terlalu cepat masa berlalu. sesungguhnya masa tidak menunggu sesiapa. Semalam az begtu teruja dengan nombor yang begitu cantik. Hari ini 101010 telah menjadi kenangan. Menjadi sejarah. Akan menjadi nostalgia   malar segar kepada mereka yang mengalaminya

bermula daripada beg seperti ini
anak ke-4 az menguntingnya
dilipat kepada dua pulak
di jahit kedua-dua sisi 
whopss! bertukar warna? heheh
warna biru belum siap semasa gambar ini di ambil
inilah hasilnya
hasil buatan anak ku untuk ibu dan ayahnya
beg ponjot menyimpan selipar untuk memasuki Masjid Nabawi atau Masjidil Haram


ngam untuk sepasang selipar

 
yang warna hijau untuk ibunya
berwarna biru untuk ayahnya
Semoga Allah memelihara anak-anakku sepeninggalan kami nanti
semoga urusan mereka dipermudahkan segalanya


Ahad, 10 Oktober 2010

Pen Ceriakan Hari-harimu

101010

Alhamdulillah. akhirnya hajat az hendak menyampaikan tandamata kepada folower CHHM tercapai juga. Walaupun ada yang hilang diperjalanan (posmen tak jumpa rumah heheh) namun dapat juga disampaikan melalui tangan. Kini stok semakin berkurangan.
Mana-mana yang memberikan alamat, udah az kirimkan. Yang tak bagi tu, tak dapeklah az nak kirimkan.

   terharu pulak  apabila teman-teman memaparkan tandamata yang tidak seberapa ini di  dalam blog masing-masing. Macam-macam kreativiti mereka ini.
Alhamdulillah.

n3 en rosli
n3 Rosli
FB Ku Din

n3 en Rozali
Gunalah pen itu Atok, ada rezeki nanti az buat yang lain pulak.

n3 umi umairah

n3 en Rezeki


Semoga ukhwah kita berpanjangan.
az seronok berkenalan dengan kalian.

solat di dalam laut - Subhanallah

101010


hendak seribu daya, itulah yang berlaku kepada pekerja sebuah Syarikat Minyak Arab Saudi. Mereka bekerja 4-5 jam setiap hari di dalam laut. Sekiranya ketika itu masuk waktu solat, mereka akan bersolat. Mengapa tidak? Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud. "Beza di antara orang Islam dengan orang kafir ialah meninggalkan solat". dan juga "pencuri yang paling besar sekali ialah sipencuri solat"
 Oleh itu kita yang berada di atas daratan ini marilah sama-sama kita menjaga solat agar kita tidak disamakan dengan orang-orang bukan Islam. Na'uzubillah.


ke mandela lagi

101010

Alhamdulillah Majlis Pernikahan ANgkasawan Negara Pertama dengan pasangannya telah selamat disempurnakan tengah hari tadi di Masjid Tuanku Mizan Puterajaya. Dengan sekali lafaz sahaja Dr Sh Muzafaar telah bergelar suami kepada Dr Harlina yang jelita. TAHNIAH, semoga kekal bahagia disamping anak cucu hingga ke akhir hayat.

Semalam aku bersama famili ke Mandela buat ke sekian kalinya. Maklumlah minggu depan kami  suami isteri akan berangkat ke Tanah Suci. Doakan semoga kami suami isteri dipermudahkan  Allah segalanya sehingga kami dapat Haji Mabrur.


inilah restoran mandela
selama ini kami datang malam, justeru gambarnya kelam aje hehhe

aman sungguh persekitarannya

Ibuku, isteriku dan 3 drpd 5 orang anakku sedang menunggu pesanan.
Kejap lagi sampailah tu

tu dia sotong goreng tepung mendahului senarai

ketam blackpaper sudah mari

siakap 3 rasa
ok cukup lah tu dengan udang goreng kunyit dan kailan ikan masin
so apa lagi, doa makan sudah dibaca
ayuh kita mulakan perjuangan





Marhaban di rumah boss

101010
eei, cantiknya nombor ni
Siapa yang bernikah hari ini?


Malam tadi boss membuat openhouse dan marhaban dikediammnya.
Tetamunya mestilah daripada anak-anak buahnya
mesti meriahkann? Rumah Boss

suasana menunggu ketibaan para tetamu
bertanya kabar
Marhaban dimulakan
makan time



wow, awat tak masuk dalam rumah?
ooooo suka di sini  sambil menikmati hembusan bayu malam
antara menu yang disajikan.

Suatu kenangan kemeriahan yang sukar digambarkan dan dilupakan. Memnag hepening.
Sesungguhnya tetamu yang datang membawa seribu kebaikan, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Terjalinlah ukhwah sesama kita. Semoga bertemu lagi di Aidilfitri yang akan datang.

Salam Ceria
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...