Khamis, 30 September 2010

Beraya bersama blogger PDKM

300910

Berkesempatan berhariraya di Rumah Kak Sidah di Kg. Nakhoda, Bt. Caves Selangor.
Sebenarnya program berhariraya dengan Kak Sidah sepatutnya berlaku di Kg. Tanjung Penajis, Rembau Negeri Sembilan pada 2 hariraya tetapi kerana kesibokan masing-masing  berhariraya, program ini ditangguhkan kepada suatu hari yang lain.
Akhirnya pada Ahad 19 Sep, program ini dapat dilaksanakan juga.

Tidak menyangka langsung bahawa pada hari tersebut kak sidah mengundang sama-sama rakan-rakan bloger PDKM, maka dengan itu dapatlah az bertemu dengan Hanis, Syima, Atikah, taj, Atok dan isteri serta   sipemalu   Zzeefa Laffa.

Kerana tidak menyangka yang rakan-rakan blogger turut sama aku mendahului mereka kerana KS mengajak bersarapan pagi di rumahnya. Hanya diperjalanan barulah aku ketahui duduk perkara sebenarnya

tu dia sarapan/minum pagi tersedia di atas meja
mee goreng special ala Rembauan, Soto, rendang Tok dan kueh raya
Tengok tu susunan pinggan mangkok ala hotel
kellas gitu kak sidah


tuan rumah melayan mesra mrszain dan anak-anak
budi naik tuan rumah tidak dapat dilupakan

Sedang enak makan, di luar kedengaran tetamu datang lagi, mari kita lihat

tu dia ketibaan Ratu PDKM


kenal ke dengan bidadari PDKM ini?
Taj 
di ikuti oleh atok dan keluarganya


3 jelitawan sedang menunggu giliran
sabar nooo, az tinggal sikit jer lagi ni
Taj dah  tak sabar, bangun dulu nampaknya

wow, meriah anak-anak dara ini menikmati juadah


tu dia si Zzeefa Laffa, berdiri hormat
 si  panglima kecil Wangsa menyambut sebagai tanda  hormat 

gendang gendung tali kecapi

kenangan terindah di Rumah Kak Sidah
Sajak nampaknya si ratu itu, macam ngam aje
macam pinang dibelah dua
mudah-mudahan
amiiin


8C Sebab Suami Benci Isteri

300910


Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah




8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.



C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan &tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…



C3. CELUPAR

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.



C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.



C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik

lewat overtime dah syak yg bukan2…



C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.



C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….



C8 CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.






8C Sebab Suami Benci Isteri

Rabu, 29 September 2010

Relaks Sekejap -adegan yang tidak mahu dilihat

290910

Kepada yang terlewat sampai ke masjid/surau
 jangan terburu-buru untuk membentuk jamaah
kena akur dengan tata cara berada di rumah Allah
kalau dah jadi macam ni?
Sendiri mahu ingatlah


Bila saya fikir-fikir
dan menjadi sangsi .............
"adakah video ini   sengaja diada-adakan untuk  mempersendakan Islam?"

Relaks Sekejap - The Chosen One


290910
Alhamdulillah, aman sedikit hari ini
sementara itu marilah kita menikmati halwa telinga daripada 
MAHER ZAIN

Sebenarnya inilah kali pertama aku dapat menghasilkan item ini
puas mencuba, akhirnya berjaya juga

Selasa, 28 September 2010

Kunjungan anakanda tersayang

280910

Alhamdulillah, pada Jumaat yang lepas (17 Sep) rumah az  dikunjungi oleh  seorang pemuda yang mulia, penuh sopansantun dan baik tingkahlakunya. Semoga kedatangannya menambahkan lagi keberkatan rumahku ini. Benarlah kedatangan tamu akan membawa kebajikan yang tidak terhingga justeru kita dituntut melayan tetamu sebaik mungkin selama 3 hari.

ini dia wajah pemuda yang mengunjugi rumah az temph hari. Siap baju melayu lengkap bersamping tu

mrszain menjamu mee goreng sahaja
harap dipersudikan jua

Seterusnya kami membawa pemuda ini ke restoran untuk makan malam . Biasanya aku akan membawa tetamu ke tempat makan yang  menjadi feveret aku apabila menjamu tetamu teristimewanya daripada PDKM. Tiada tempat makan yang lebih baik di Pontian ini selain daripada Restoren Mandela kira 45 minit berkereta daripada rumahku.
special menu : siakap masak stim, sotong goreng tepung, kangkung goreng belacang

mana cukup, maka ditambah dengan tomyam udang, telor dadar, udang goreng tepung


tu dia udang goreng tepung, very der crunch

                                                                          Bismillah

makan, jangan tak makan
senyuman meleret menikmati hidangan yang lazat hingga menjilat jari


apa pulak ni? mari kita lihat siapa yang kena

Buah tangan yang dibawanya : bola-bola cokelat
Terima kasih MI kerana sudi mengunjungi az sekeluarga.
Jangan serik yer, lain kali datang lagi


Isnin, 27 September 2010

Pedihnya bagai dihiris sembilu

270910
Semuanya sudah ditakdirkan
belum lagi habis kes si Taha
aku didatangi dengan satu peristiwa yang menjadi satu lagi lipatan sejarah dalam kehidupanku.
Satu lagi pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan.
Kalau teringat tidaklah sampai mengalirkan airmata hehehheh
Kisah ini berlku pada pagi sabtu, 2 hari yang lepas

Semuanya bermula di sini
aku terpesona dengan aloi ini
lagi pun satu daripada rim si Karim aku itu bengkok
kalau lari 100km, stereng gegar semacam

Setelah puas befikir, tolak itu dan tolak ini
aku membuat keputusan untuk menukar kepada aloi tersebut
tidaklah berapa mahal, kira bolehlah

Si Karim dalam proses penukaran aloi



saat kenangan terakhir

Setelah menunggu hampir satu jam, kerja-kerja menukar aloi selesai. Si Karim di bawa ujipandu untuk menentukan tiada masalah yang timbul.
Mekanik mengatakan ok. Tiada masalah.

Namun saat aku mahu memandu pulang, aku rasakan seuatu yang tidak kena. AKu merasakan pemanduan aku tidka berapa lancar. Seperti ada yang tidak kena. Maka aku memperlahankan kereta dan membuat pusingan U di satu sipang trafiklite kembai ke kedai tayar tadi.

oooopocotttttttttttttttttttt
berdegau darah aku
apa yang berlaku?
 Lu tengok sendiri
Sebiji tayar hadapan sebelah kiri tercampak keluar
satu gegaran berlaku
Cuba u fikir di sebatang jalan yang sibok di sebuah trafik lite
La haw la wala qu wata illa
Inna lillah ..........


Mekanik tiba dan buat-buat terkajuit
hai ya bukan wa yang pasang kata mekani itu
ini olang talak ikat skru ketat

habis disk sikarim ni


mud guard pun rebeh
sodey modey
Bukan itu sahaja bonet depan tidak boleh dibuka
bersanggit antara satu sama lain
lama juga aku 'berunding dengan mekanik itu'
aku tidaklah sampai bertekak
akhirnya pemilik kedai sanggup membawa sikarim ke bengkel
dan   pembaikpulih mesti di buat
semua kos ditanggung oleh pemilik kedai itu
Kos yang perlu ialah ketuk dan cat semula
kalau idak itu dalam boleh cerita.

Aloi sudah dipasang semula

Walaupun sikarim ini dibaikpulih tetapi aku tidak tahu sama ada condition nya ok ataupun tidak. Satu perasaan timbul semasa aku hendak memandu sikarim daripada Pontian ke Kuala Lumpur. Walaupun ke KL seperti pergi kedai (kata si rezeki), dihati kecil ku berkata, adakah selamat aku memandunya lagi.

nota: Pagi tadi aku menghantar Karim ke bengkel dan sehingga pukul 6.30 petang tadi, si karim masih belum siap, kerana hujan kerja-kerja menyembur chat tidak boleh dilakukan
makanya
tunggu lagi
maka aku tunggu terus menunggu

Kes dengan Si Taha juga masih menunggu


Jumaat, 24 September 2010

Sentiasa ceria

240910

Terlebih dahulu az minta maaf sekiranya az membuat onar di sini
sesungguhnya tiada niat apa-apa
sama ada mengusik atau sebagainya

sesungguhnya semasa itu (semalam yang berlalu)   aku menjadi buntu dengan gelagat En. Taha
Semuanya tentu tahukan dengna EN Taha?
Kalau tak tahu, buat-buat tahu
 kalau tidak?
nahas
PENDEK UMUR

hahahhahaha

Bulan Julai yang lalu aku mendapat tawaran daripada En Taha
En Taha memberi tawaran sama ada menerima atau tidak
Dalam tawarannya En Taha memberi kata dua
Terima
atau
Menolak

Ada ke patut dia buat tawaran macam itu.
Kalau tidak menerima, En Taha mengatakan tawaran ditutup - tiada peluang lagi dalam masa bebrapa tahun terdekat

Setelah menimbangkan dengan mengambil kira semua faktor
aku menerima tawaran itu
aku suami isteri menerima tawaran itu
aku faks kan borang penerimaan itu bagi diriku dan isteriku
Aku telefon wakil En. Taha dan mereka mengesahkan telah menerima borang tawaran aku itu.

Tidak beberapa lama kemudian
isteriku mendapat lampu hijau, permohonannya di terima
namun aku seperti menunggu buah yang tidak jatuh

aku menghubungi En Taha dan menerangkan daripada A hingga Z (macam nama aku jer tu)
Wakil En Taha mengatakan tidak menerima borang terima
?%$#>><&^

Apa sudah jadi?
Aku mohon wakil En Taha membuat semakan

Akhirnya En taha mengatakan borang aku ada dalam rekod mereka
Wakil itu pun pelik dan mengatakan berlaku masalah teknikal dan berjanji akan menyelesaikan permasalahan tersebut.

Kebetulan aku menemui sebuah agen yang menguruskan urusan yang dilakukan oleh En. Taha. Agen ini memang berdaftar dengan  Taha
(Aku mengemukakan dokumen apa yang diperlukan.)

Seterusnya isteriku mendapat lagi arahan memperlengkapan proses yang diperlukan oleh En. Taha.
Namun aku? Tiada apa-apa, tahi kambing aje bulat-bulat
Aku mnghubungi   wakil En Taha kesekian kalinya
Kali ini wakil En Taha mengatakan bahawa isteriku terpilih melalui agensi swasta.

Itu kisahnya.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan berganti bulan
hingga ke hari ini aku masih seperti menunggu buah yang tidak jatuh
Pihak Taha lepas tangan
En Taha berkata, kes aku  bergantung kepada agen yang aku pilih
agen berkenaan mesti mengemukakan nama aku kepada Taha
kemudian Taha akan menukarkan stutus menunggu kepada LULUS

Masya Allah
begitu halnya
aku menghubungi agen berkenaan dan agen masih memberikan  jawapan Isya Allah

Begitulah halnya
bukan aku merjauk itu dan ini'
tetapi memikirkan perihal Taha
En. Taha sangat suka kalau ramai orang yag berurusan dengan agen
apa tidaknya kerana Taha akan menolak lebih 7K daripada setiap peserta yang mengikuti rombongan agen
Lagi ramai yang turut serta dalam pakej swasta
lagi banyaklah Taha mendapat laba.

Sehingga ke hari ini
status aku masih dalam status MENUNGGU
aku meunggu dan terus menunggu
menunggu terus menunggu
menunggu terus
terus tunggu

Rabu, 22 September 2010

dingin

220910

dikeDinginan malam
terasa  dingin  sampai ke tulang hitam
membuatkan otak ku beku
 tiada kata secantik bahasa
untuk titipan anda semua
semuanya buntu
semuanya kaku
membeku

kini aku dalam dilema
adakah mahu aku meneruskan
bingkisan demi bingkisan
yang dulu ceria
yang dulu bahagia
kini terasa hambar
ibarat gulai tiada rasa
di mana aku yang dahulu
kemana hilangnya semangat membara
satu persatu menghilang tiada berita
aku menjadi lesu
lesu selusunya

kepada anda semua
aku memohon ampun dan maaf
andai ada terkasar bahasa
andai ada terlajak kata dan bicara
menyinggong
menguis
menggores
menghiris
aku dengan rendah diri
dari jauh disudut hati
menyusun jari sepuluh
daripada hujung rambut ke hujung kaki
memohan kemaafan
atas segala apalah jua kesalahan
disengaja atau tidak sengaja
yang zahir di mata
yang tidak nampak di alam nyata

andai ada waktu kita berbicara
kita tunggu sahaja dilain masa
namun aku berpesan
salam ceria
ceriakan hari-harimu
semoga mentari bersinar kembali


Ahad, 19 September 2010

34 Jam di Jalanraya lagi

190910
Apa khabar di petang minggu?
AZ baru sahaja sampai di rumah setelah 24 jam berada di luar kawasan.

Semalam az dan mrszain dengan diiringi oleh 3 orang anak bergerak ke Muar menghadiri majlis perkahwinan anak kawan, kemudian bergerak ke Pucung Perdana menghadiri Rumah Terbuka adik perempuan mrszain dan terus berhari raya ke rumah bapa dan ibu saudara mrszain di Padang Balang Gombak. Dan acara kemuncak ialah pertemuan para blogers di Rumah Kak Sidah di Kg. Nakhoda. Meriahnya kerana majlis dihadiri oleh Hanis, Sinomosa, Atikah, Taj, Afeez dan Atok berserta Isterinya.

AZ terpaksa meinggalkan majlis kerana az perlu bergerak menghantar anak-anak ke kolej kediaman mereka di UIA PJ, UiTM Puncak Alam dan UNIKL MIAT di Sepang. Seterusnya singgah di kampong az menyelesaikan sedikit urusan yang belum selesai. Akhirnya pukul 7.30 malam az selamat sampai di rumah.

Niat hati hendak juga singgah di rumah Umi Umaira dan kak su tetapi masa yang terhad, terpaksa hajat itu ditangguhkan dulu. Kepada anakanda Musafir Islam, az mohon maaf kerana tidak dapat menunaikan hajat anakanda kerana tak dapat bersama di Majlis Tahlil petang tadi. Harap di maafkan juga hendaknya. kepada Kak Sidah terima kasih melayan az yang pagi-pagi minggu sudah menjelma di depan pintu dan menikmati hidangan yang lazat sekali. Kak Sidah memang pakar masak memasak sebab itu CL sudah terpikat dengan air tangan kak sidah.


Indahnya suasana raya di Sepri, Rembau NS



hariraya part 3_Di pagi raya

190910
DI Pagi Lebaran, subuh-subuh lagi bekas abangiparku (suami kepada Allahyarham Kakakku) datang menemui ibuku memohon ampun dan maaf. Setiap tahun beliau akan ke rumah ibuku (tidak pernah miss). Beliau tinggal hanya  beberapa kilometer sahaja daripada rumah ibuku tidak menjadi masalah kepadanya untuk sampai ke rumah ibu ku di pagi hari raya aidilfitri.

Kami sama-sama akan bersarapan pagi memikmati juadah apa yang ada. Biasanya lemang dan rendang menjadi menu utama kami di pagi raya yang mulia itu. Nasi himpit berserta kuah kacang juga tidak ketinggalan. Ketupat jarang sekali menjadi menu di atas meja peninggalan buatan ayahku. Sudah lebih 40 tahun umur meja ini tetapi masih kukuh. Maklumlah bahannya daripada kayu resak dan memang tahan lama

ada yang bersarapan, ada yang memohon restu keampunan


itu dia meja peninggalan ayahku
sudah lebih 40 tahun umur meja ini


lagak anak bujangku (baju biru) dan anak buahku (anak sulung alahyarhamah adikhu)



sambil menunggu waktu ke masjid untuk solat sunat aidilfitri

Sabtu, 18 September 2010

Hariraya part 2 _ berbuka puasa di hari akhir Ramadhan

180910
Sesampai di rumah, kami disambut dengan senyuman meleret ibuku, kakak sulong, adik ku yang nombor 4 beserta isteri dan anak-anakbuahku. Setahu sekali kami akan berkumpul di rumah godang peniunggalan ayahku. Rumah ini didiami oleh anak-anak buahku bersama ayahnya. Ibu mereka iaitu adik perempuanku nombor 7 telah meminggal dunia dua tahun yang lalu. Kami mempunyai 9 adik beradik 3 lelaki dan 6 perempuan. 3 orang adik beradikku (perepuna) telah meninggal dunia. Kini tinggalah kmai 6 orang adik berdaik (3Ldan 3P) iaitu kakaka sulongku, aku, 2 adik lelakiku dan dua lagi adik perempuanku.

Ketika aku sampai, mereka sedang sibok menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Isteri membawa rendang daging dan  kuih-kuih raya. Memang seronok berkumpul adik beradaik, ipar duai dan anak-anak buah yang sudah membesar. Namun yang kecil-kecil menambahkan lagi seri di perjumpaan ini. Namun ketiadaaan kakakku nombor dua, adik perempuan nombor 5 dan 7 masih dirasai. Terutamanya ayahanda kesayangan kami.  Semoga Allah mencucuri roh mereka dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.


sedang sibok menyediakan juadah
bergotong royong
saat berbuka hampir tiba
yang sikecil ni seperti biasa la, mengalahkan orang berpuasa, tak sabar-sabar
Juadah ini di atur di atas lantai sahaja, orang kampongkan
saprah pun kertas surat khabar sahaja

nostalgia ni
dulu masa kecil-kecil begini jugalah keadaannya

Hari raya part 1

180910
Pukul 3 petang (9 Sep) aku dan famili bertolak balik ke kampung halaman di Negeri Sembilan berkonvoi dua buah kereta. Sebuah kereta tidak mencukupi kerana saiz badan anak-anak sudak membesar dan MPV tidak dapat menampungnya lagi. Anak daraku mengenderai kereta ibunya bersama anak ku yang nombor 2,3 dan putera bongsu sementara aku bersama isteri tercinta dan anak lelaki yang nombor empat.

Namun, sesuatu yang memeranjatkan ketika aku ingin melepasi plaza tol Simpang Ampat, Melaka, aku mendapati teket tol tiada bersamaku. Agak panik juga dan terbayang aku yang yang didenda dengan jumlah tol maksimum. Tidak silap aku harganya mencecah RM60.00 iaitu mengambil kira kadar tol maksimum. Itulah harga yang perlu di bayar sekiranya kita kehilangan tiket tol.

Ketika di tanya oleh juru tol, aku dengan muka seposen menjawab bahawa aku mengambil tiket tol di Plaza Tol Simpamg Renggam justeru juru tol mengarahkan aku mengenepikan kereta untuk memberi aku peluang mencari teket tol. Habis kereta aku geledah. Namun sia-sia.... Kemudian datang seorang pengawal plaza tol   dan mencadangkan aku berunding dengan ketua plaza tol  di Pejabat Tol Simpang Ampat.

Orang bersalah dan terdesak seperti kerbau dicucuk hidung mengikut sahaja cadangan itu dan aku ke pejabat tol. Di sana aku menceritakan masalah aku dan ketua balai meminta aku membayar sejumlah RM60.00 kerana kehilangan tiket tol. Yang kelakarnya aku bercakap dengan ketua balai melalu speaker di Pagar Pejabat Plaza Tol. Memang canggih. hehheh. Aku cuba merayu namun tidak diendahkan. Aku tidak berputus asa dan mencadangkan kepadanya menghubungi plaza tol Simpang Renggam (SR).

Beliau bersetuju dan menghubungi plaza tol SR. Good News. Pihak Plaza SR mengatakan ada satu tiket yang tidak di ambil..............

Mak datuk, tak pernah aku cuai sebegini .......... Dengan itu aku tidak perlu membayar RM60.00 cukuplah membayar kadar sebenar walaupun tanpa mengemukakan tiket tol. Alhamdulillah. Matahari bersinar kembali dan aku meneruskan perjalanan ke kampung halaman ku yang kira-kira 30 minit sahaja daripada Plaza Tol Simpang Ampat, Melaka itu.




Khamis, 16 September 2010

Bertemu kembali

160910

Salam bertemu kembali di alam maya setelah seminggu berada di suasana lenbaran 1431H.
Selama itu aku tidak tidak bersiaran kerana ketiadaan masa dan disamping saluran  jalur lebar yang terhad.
Hari ini aku sampai semula di rumah kediamanku di Ayer Baloi oleh itu Tidak banyak yang dapat aku ceritakan di sini kerana badan masih  penat  dan ketiadaan idea untuk menulis. Tentunya mood raya masih ada atau hanya tinggal nyawa-nyawa ikan heheh. Namun di Johor selagi belum habis bulan Syawal, kunjung mengunjung tetap berlaku.

kaum keluarga bapa saudaraku di hariraya ke-2

AZ mengucapkan salam takziah kepada umi umairah sekeluarga kerana musibah yang berlaku. Namun syukur ke Hadzrat Allah kerana tiada kecederaan yang berlaku. Semoga Umi dan abihanan tabah menghadapi dugaan/ujian Allah dan bersabar. betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Ahad, 12 September 2010

Muhasabah diri....

120910

Hari ini masuk hari raya ketiga kita berhari raya. Justeru marilah kita sama bermuhasabag diri kepada perkara yang ingin aku berkongsi kali ini yang aku dapati daripada FB Shamsudin Yatim

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa


1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60th - 70th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... .
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa'' 

Jumaat, 10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

100910

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

( korus )

Terdengar suara takbir
Memuji nama Illahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu

Kini tiba masanya
Hati gembira di Hari Raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keikhlasan
Sebelum kita menyambut hari raya, marilah kita sama-sama membuat semakan atas perkara berikut:

1. Iman/akidah kita semakin mantap
2. Kita semakin bersemagat untuk beribadah dengan solat jaah di surau, terus membaca al-Quran dll
3. Akhlak kita bertambah hebat ; sabar, kurang cakap, penayang, tenang, pmurah, pemaaf dll
4. Kita berjaya mengekang nafsu - nafsu makan, nafsu amarah, nafsu seks tidak bertempat, dll
5. Semakin bertakwa dan beriman - melakukan apa yang disukai Allah dan menghentikan apa yang dimurkai Allah


Selamat Hari Raya Aidilfitri, 
maaf zahir dan batin

 
Ayahzain menyusun sepuluh jari memohon ampun daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran kata, tingkah laku dan sebagainya sama ada yang tidak sengaja atau yag sengaja di adakan selama kita berblog di ruang alam maya ini.
 
Semoga tali ukhwah kita semakin dipereratkan
amalkan ziarah menziarai
Salam Ceria
'Salam Sayang'

Khamis, 9 September 2010

Majlis Khatam al-Quran

090910

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
dgn ingatan tulus ikhlas
drpd Ayahzain

Pada 30 Ogos 2010 berlangsunglah majlis Khatam al-Quran di surau maktab kami.
Majlis kali ini dihadiri oleh semua pelajar Islam lelaki dan perempuan, guru-guru, Timbalan-timbalan Pengetua, Pengetua, AJK dan YDP MUAFAKAT maktab.
Majlis bermula tepat pukul 5.30 petang dengan persembahan nasyid putera dan diikuti dengan Majlis Khatam al-Quran oleh 20 orang pelajar putera serta 6 orang warga kerja.
Setelah itu majlis diadakan pula majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak Yatim oleh IKRAM Cawangan Johor.
Setelah ucapan YDP MUAFAKAT (PIBG) dan Pengetua, majlis ditutup dengan Tazkirah yang disampaikan oleh salah sorang ustaz maktab.

Barisan Penghatam

Barisan pelajar Putera

Barisan pelajar puteri
Majlis Berbuka puasa
Sebotil aor mineral dan kurma Yusof Tayob
Selepas Solat Magrib
Jamuan makan di Dewan Selera

Meja VVIP
Beryani Kambing

Rabu, 8 September 2010

Zakat

080910

Terlalu cepat masa berlalu. Rasanya baru semalam kita berpuasa, rupanya sudah sebulan rupanya kita berpuasa. Hari ini ialah hari ke-29 kita berpuasa dan petang ini beberapa tempat di Malaysia akan menjadi tumpuan para pencerap  melihat anak bulan. Kalau anak bulan Syawal kelihatan maka besok kita berhariraya.

Sedihnya Ramadan akan menutup tirai dan kita tidak tahu sama ada Ramadan akan datang kita dapat bertandang lagi. sama-sama mengimarakan Ihya Ramadhan. Hanya Allah yang menentukan.

Sekiranya anak bulan Syawal tidak kelihatan maka malam ini akan menjadi Malam Terakhir kita bersolat Terawih. Sayu pulak untuk meninggalkan Ramadan ini. Itulah ketentuan Allah. Setiap yang bermula akan berakhir. Setiap pembukaan ada penutupannya. Begitu putarannnya sehingga kita menutup mata. Pergi tidak akan kembali.

Namun sebelum kita menutup mata,
tugas, amanah yang dipertanggungjawabkan mestilah kita tunaikan.
 agi idup agi ngalaban (betul ke ayat ni abang sulung)
selagi hidup selagi itulah meraban (mak datuk ke situ palak perginya az)

Bukan itu yang az maksudkan.
Dalam bulan Ramadan ini ada satu kewajiban kita ialah membayar Zakat Fitrah.(Az petik daripada e-zakat )yang mengatakan


Gambar hiasan

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

  ZAKAT Fitrah ini wajib di bayar oleh Orang Islam yang mempunyai syarat-syarat seperti berikut yakni :
Mereka wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya iaitu)

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 Zakat Ftrah ini wajib di bayar mengikut kaedah yang telah ditetapkan seperti berikut:

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim

Seterusnya berapakah kadar fitrah yang perlu di bayar oleh orang-orang Islam yang diwajibkjan ke atasnya?


Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Justeru az di Johor kadar zakat fitrah yang perlu az bayar ialah RM7.50 seorang. Sebenarnya di Johor kadar Zakat Fitrah ini ada dua kadar, satu kadar lagi ialah RM5.50.

Bila pulak masa-masa membayar zakat fitrah ini?

Zakat fitrah bukannya boleh di bayar pada bila-bila ikut suka kita tetapi ada masa-masa yang telah ditetapkan di sepanjang Bulan Ramadan ini.  Ada 5 masa untuk membayar zakat yang terdiri daripada waktu wajib, waktu  yang paling afdal, waktu  sunat, waktu makruh dan waktu  haram

 WAKTU WAJIB

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL

Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT

Sepanjang bulan Ramadhan
(digalakan kita mmebayar pada waktu ini untuk mengelakan daripada sebarang kesulitan yang timbul)
WAKTU MAKRUH

Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM

Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.


Selasa, 7 September 2010

Sengaja mengucapkan

070910
No 7?
hari ini 7 hb?
no 7 ini memberikan satu sentimental value kepadaku
mengapa?
kerana tarih lahirku ada 3 angka 7
hehehh
oleh itu di hari 7hb ini aku mengambil kesempatan mengucapkan

walaupn masih ada 3 hari lagi Syawal akan menjelma
aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan
SHRMZB kepada anda semua
terasa sayu dengan Ramadan akan meninggalkan kita beberapa hari lagi
kita tidak tahu tahun depan kita akan bertemu dengan Ramadan lagi
hanya Allah yang maha mengetahuinya.

kepada yang memandu, berhati-hati dijalanraya
trafik mesti heavy tambahan lagi sekarang musim hujan
jalan jem, tingkatkan kesabaran
polis trafic ada di mana-mana memerhatikan anda
Biarlah lambat sampai sedikit jangan tak sampai-sampai langsung

kepada yang menaiki pengankutan awam juga perlu berhati
banyak kali berlaku   kemalangan melibatkan bas ekspres
saban tahun ada sahaja bas yang kemalangan dan melibatkan banyak jiwa terkorban

oleh itu apa sahaja kenderaan yang anda naiki
jangan lupa membaca doa perjalanan
agar Allah memelihara keselamatan kita
kepada Allah kita berserah
kepada Allah kita memohon pertolonga
semoga Allah memudahnya

Akhir kalam,
salam Ceria, salam sayang daripada
ayahzain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...