300910
Berkesempatan berhariraya di Rumah Kak Sidah di Kg. Nakhoda, Bt. Caves Selangor.
Sebenarnya program berhariraya dengan Kak Sidah sepatutnya berlaku di Kg. Tanjung Penajis, Rembau Negeri Sembilan pada 2 hariraya tetapi kerana kesibokan masing-masing berhariraya, program ini ditangguhkan kepada suatu hari yang lain.
Akhirnya pada Ahad 19 Sep, program ini dapat dilaksanakan juga.
Tidak menyangka langsung bahawa pada hari tersebut kak sidah mengundang sama-sama rakan-rakan bloger PDKM, maka dengan itu dapatlah az bertemu dengan Hanis, Syima, Atikah, taj, Atok dan isteri serta sipemalu Zzeefa Laffa.
Kerana tidak menyangka yang rakan-rakan blogger turut sama aku mendahului mereka kerana KS mengajak bersarapan pagi di rumahnya. Hanya diperjalanan barulah aku ketahui duduk perkara sebenarnya
tu dia sarapan/minum pagi tersedia di atas meja
mee goreng special ala Rembauan, Soto, rendang Tok dan kueh raya
Tengok tu susunan pinggan mangkok ala hotel
kellas gitu kak sidah
tuan rumah melayan mesra mrszain dan anak-anak
budi naik tuan rumah tidak dapat dilupakan
Sedang enak makan, di luar kedengaran tetamu datang lagi, mari kita lihat
tu dia ketibaan Ratu PDKM
kenal ke dengan bidadari PDKM ini?
Taj
di ikuti oleh atok dan keluarganya
3 jelitawan sedang menunggu giliran
sabar nooo, az tinggal sikit jer lagi ni
Taj dah tak sabar, bangun dulu nampaknya
wow, meriah anak-anak dara ini menikmati juadah
tu dia si Zzeefa Laffa, berdiri hormat
si panglima kecil Wangsa menyambut sebagai tanda hormat
gendang gendung tali kecapi
kenangan terindah di Rumah Kak Sidah
Sajak nampaknya si ratu itu, macam ngam aje
macam pinang dibelah dua
mudah-mudahan
amiiin
24 ulasan:
Salam AZ,
Bestnyer dpt berkumpul ramai2 mcm ni...terasa sungguh istimewa ukhuwah yg terjalin di alam maya ke alam realiti..
InsyaAllah..moga2 saya dapat bertemu dgn Az dan rakan2 blogger yg lain nanti..
salam AZ...
kemeriahan n kemesraan yg diceritakan AZ , dpt ummi rasai nya...
mudah2an lepas ni (hujung tahun ker) ada lg perjumpaan untuk semua ...
Assalamualaikum AZ
seronok dapat jumpa sesekali macam tu
moga berkekalan
kereta AZ dah ok yer
Alhamdulillah
Wassalam
Salam AZ
AZ tarih tu 19 Okt? betul ke?
Ahad ni kalau pegi kedai dtg rumah mama ya...maybe geng dtg ptg..
mamaju.
salam AZ : org blog maner kenal Zzeefa Laffa... itu kat fb jer.. heheh
saya je tak sampai2 lagikkk....banyaak no alasannya !!! oh rakan2 seperjuangan sekalian...bilakah kita dapat bertemu lagi.....semoga ukhuwah islamiah berpanjangan....
Alhamdulillah meriah suasana raya....
salam az
seronok
dah dapat no KT ke belum ?
Salam AZ,
Seronoknye beraya sakan. Yang tukang sedia makanan tu tambahlah seronok bila org suka makan....
Sudah makan jangan lupa cuci pinggan tau....
Salam az..
Meriah nampak..tuh alhamdulillah
Aminn..saya ikut mengaminkan doa AZ tu..mmg sama bujang sama padan tu ;)
salam azima
betul tu, kalau azima ada lagi special
salam umi,
semoga kita dapat berkumpul ramai-ramai lagi macam dulu
salam rozali
Insya Allah. Semoga Allah memberkati hubungan kita
salam mamaju
hhehe, terima kasih yer.
ahad? kedai mana tu? Kat Belahan tampok ke
salam afeez
tidak mengapa. lama-lama depa kenal juga nanti
Salam SAK
Tak apa, nanti ada masa dan katika kita akan dapat bertemu kembali
salam Hj Arshad
Alhamdulilllah. memmang meriah bila bloger PdKM bertemu dan berkumpul ramai2 gitu
salam rezeki'
alhamdulillah, belum rasmi lagi. nanti saya bagi tahu
salam kakzakik
hehheh. betul tu, ks tersenyum lebar bila tetamu datang.
basuh pinggan? anak-anak dara tu basuk kot heheh. az balik dulu
salam shami2
alahmdulillah. memang seronok tahap gaban.
salam pinat
insya allah , moga dipermudahkan jodoh mereka
Salam Az,
Wah akak dah tertinggal n3 ni..sibuk laa az tak sempat nak jengah..anyway akak pun terharu kerana kesudian az dan geng PDKM hadir kerumah akak..semoga jalinan persahabatan ini kekal berpanjangan..AZ org KL beraya lagi..
salam kak sidah.
sama-samalah kita meupuk perhbungan ini sehinga ke akhir hayat.
Catat Ulasan