190910
Apa khabar di petang minggu?
AZ baru sahaja sampai di rumah setelah 24 jam berada di luar kawasan.
Semalam az dan mrszain dengan diiringi oleh 3 orang anak bergerak ke Muar menghadiri majlis perkahwinan anak kawan, kemudian bergerak ke Pucung Perdana menghadiri Rumah Terbuka adik perempuan mrszain dan terus berhari raya ke rumah bapa dan ibu saudara mrszain di Padang Balang Gombak. Dan acara kemuncak ialah pertemuan para blogers di Rumah Kak Sidah di Kg. Nakhoda. Meriahnya kerana majlis dihadiri oleh Hanis, Sinomosa, Atikah, Taj, Afeez dan Atok berserta Isterinya.
AZ terpaksa meinggalkan majlis kerana az perlu bergerak menghantar anak-anak ke kolej kediaman mereka di UIA PJ, UiTM Puncak Alam dan UNIKL MIAT di Sepang. Seterusnya singgah di kampong az menyelesaikan sedikit urusan yang belum selesai. Akhirnya pukul 7.30 malam az selamat sampai di rumah.
Niat hati hendak juga singgah di rumah Umi Umaira dan kak su tetapi masa yang terhad, terpaksa hajat itu ditangguhkan dulu. Kepada anakanda Musafir Islam, az mohon maaf kerana tidak dapat menunaikan hajat anakanda kerana tak dapat bersama di Majlis Tahlil petang tadi. Harap di maafkan juga hendaknya. kepada Kak Sidah terima kasih melayan az yang pagi-pagi minggu sudah menjelma di depan pintu dan menikmati hidangan yang lazat sekali. Kak Sidah memang pakar masak memasak sebab itu CL sudah terpikat dengan air tangan kak sidah.
Indahnya suasana raya di Sepri, Rembau NS
32 ulasan:
salam AZ...
seronoknya dpt beraya bersama rakan blogger , tp ummi sekarang patah kaki ( tak der kenderaan) tak leh jalan2 raya ler ..
salam az : tak dan gak az nak ke rumah sy walaupon dah dekat ngan umah mama sidah
Salam Az,
Terima kasih kerana sudi dtg sekeluarga bertandang berhari raya dirumah akak..masakkan biasa jer az..meraikan tetamu.
Mohon maaf jika ada yg terkurang dan layanan yg kurang memuaskan.
Akak suka sgt dapat berjumpa rakan2 semua..semoga pertalian silaturrahim ini berpanjangan..terima kasih pen.
salam umi
itulah. masa singkat sangat tak dan nak ke sana dan ke sini.
salam afeez,
yer ker. dah afeez tak pernah pelawa. oklah lain kali lah kalau ada kesempatan.
salam kak sidah,
wah masak biasa pun dah sodap, kalau masak yang tak biasa tu, mesti mejliat jari tu.
lain kali az ke batu cave, sure az akan melencong ke kg nahoda tu
Wahhh..dah jadi Nota Kembara..slps ni Papa Z boleh ikut jejak Merah Silu di
http://merahsilu.blogspot.com/
Apapun teruja dgn angpau raya eksklusif pen 'Ceriakan Hari-harimu'..
Hebat Papa Z !!
salam GHD
ada2 saja kamu ni.
ok nanti az tengok yer
Alhamdulillah , meriah betul suasana raya AZ dan family..Slmt Hari Raya..(Jrg2 berpeluang jenguk blog, selalu jd silent reader je)
Wassalam
Salam AZ
Terimakasih kerna saya tersenarai dlm list AZ...harap Az n Pn Rohaya tak serik ke umah saya ya...
Maaf andai terlepas kata dan terlajak taip ya...
Wslm
Assalammualikom wtb.
Kepada az, tima kasih kerana layanan yang diberi tempoh hari semasa kehadiran MI beraya di rumah az di MRSM Pontian. Seronok dapat dibawa ke Mandila. Terasa seperti satu keluarga pula, makan bersama-sama, tak pernah MI makan bersama keluarg org lain di luar.
Kehadiran Majlis tahlil semalam, tidak megapa, MI faham jarak perjalanan az untuk ke selatan- selatan Malaysia. Cukup la sekadar doa, insyaAllah.
Melihat jadual perjalanan az, terasa penat pula...yang melihat pula terasa penat....
Jika letih, banyakan berehat...eemm
salam az
ala az ni
pontian - kl kan macam gi kedai depan je
heheheheh
Salam Az
Slmt HR Idilfitri & bersua kembali d alam maya.
Pada hari2 lebaran nih kekadang suasana memang mengujakan, mana tak, nak melawat kekawan, rumah terbuka, musim cuti dah berakhir nak hantar anak2lah. Layan jer lah tapi berhati2 dijalan raya.
Tentang berjamu, no hal punya tapi tengok2 klu tali panggang dah terasa lebih ketat dari biasa, baik slow down, jaga kolestrol, bp dan blood sugar. Bukan nak mengata tapi nak khabo jer. Maaf jika terusik, kah kah kah
Salam AZ,
Silalah copy gambar dari fesbuk saya ye..
salam dari hati,
yer ker. biasa jer.
apa2pun terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak.
selamat hariraya maaf zahir dan batin
salam kak su
insya allah, tersenarai tu sebab dekat ngan tempat az, tapi tak kesempatan nak pergi. lagi terpikir kak su bz nak hantar anak juga kan?
salam MI
terima kasih sudi jemput az, tapi az tak leh nak memnuhinya. terkilan juga rasa di hati tu
salam rezeki,
mang aii, macam perli jer bunyi itu. heheheh
saalm aki44,
heheh tak mengapa. dah begitu surat takdir. hehehhe. apa-apa pun sendiri mahu ingat lah
teruskan beraya lagi....makan tu ingat2 sikit AZ...
salam sak
insya allah. makan memng kena ingat
Salam Papa Z,
Comel-comel semua.
Ada posting buat semua pe'raya' di sini..
http://mrsmmersing.blogspot.com/2010/09/foto-nostalgia-arwah-ayahanda.html
salam AZ,
Kakak tertinggal. Baru naik kerja ni. Kesihan juga lihat meja lama kena tinggal. Lebih kesihan banyak kerja menunggu. He..he..he...
AZ nak tahu rumah bapa kakak dekat dengan restoran Mandela yang AZ makan dgn MI tu. Mungkin masa tu kakak ada di kampung. Alangkah baiknya kalau kakak tahu.
Salam AZ
Wah saya tertinggal.Ada masa dtglah kat rummah saya.. dekat je kata CR mcm gi kedai je Kl Pontian!
Saya senyum2 baca Aki punya penangan...hehe bukan nak mengata Aki kata.....
Mama dah masuk fb atas nama Z....tapi tak dpt cormfirm...masuk ke?
Ahad ni klu ke kedai(KL) dtg rumah...
salam AZ,
Kalau ke Kl arah kebatu caves tu dialu2 kan ke Kg Nakhoda..tak kira bila2 pun ..pintu sentiasa terbuka utk tetamu yang sudi bertandang..
Terima ksih atas pen ceriakan hari-hari mu, sekali lagi turun kl bagi tau, boleh kita pekena teh
salam GHD,
semoga roh ayahnda dicucuri ramat Allah
salam kak zakie,
yer ker. tu le bagi lah contack boleh kita koling-koling. kalu idak mesti az ajak kakzakie datang sekali.
salam mamaju,
kalau ikutkan hati memang smunya ak pergi, apa kan daya nafsu kuat tenaga kurang kakakkaka
ahad ni ada program kat kampong kadi tak leh g kedai.
mamaju nya pen ada az titipkan kat CM
salam kak sidah
pasal g umah kk sidah no problem. sure akan sampai lagi
salam kamato
insya allah, bisa di atur
salam ayah zain...
mestilah sedap kak shidah masak sebab penuh dng kasih syang dan keikhlasan tau...
pak rezeki...
kl-bandung - kota tinggi? camner..?
waslam
Catat Ulasan