030910
Alhamdulillah,
aku bersiaran kembali dengan peminat-peminat CHHM
hampir empat hari aku berada di perantauan
aku berada di IBu Kota kerana tugas hakikiku
namun untuk tidak menghampakan aku menggunakan 'remote control' agar kalian dapat mengikuti perkembangan di CHHM.
Sebaik sahaja sampai di rumah aku terus menatap CHHM menghilangkan kerinduan yang teramat sangat. Aku meninggalkan daerahku semenjak Hari Selasa 31 Ogos yang lalu.
Sepatutnya aku kembali semalam namun dua orang anak-anak ku mulai bercuti raya dan tamat kuliah hari ini, aku terpaksa mengambil cuti hari ini agar dapat menjemput mereka di Pusat Matrikulasi UIA Petaling Jaya dan seorang lagi di UiTM Puncak Alam. Mudah begitu, sekali kerja.
Oleh kerana putera bongsu tamat kuliah pukul 5 maka aku berkesempatan ke Bazar Ramadhan di Kampus Uitm Puncak Alam. Boleh tahan murah harganya berbanding di luar. Dengan 3 bungkus nasi putih, 2 ketul ayam masak kicap, 3 ekor udang galah, sebutir telor mata kerbau masak sos cili, sayur dan paru baru mencecah RM11.50 sahaja. Mana nak dapat rege macam tu.
Pukul 5 petang aku memecut balik melalui Lebih raya Guthrie dan ke PLUS.
Kami berbuka puasa di Plaza Tol Jasin/Merlimau. Memang lazat masakan Bazar Ramadhan di UiTIM Puncak Alam ini dan selesai Solat MagribIsyak aku memecut lagi dan selamat sampai di rumah pukul 9.30 malam. Namun kecut juga di hati apabila radio menyampaikan maklumat bahawa OpSikap ke 22 mula beroprasi hari ini. Aku hanya berdoa agar aku tidak termasuk dalam perangkap Opsikap itu. Padanlah banyak wakaf terafik di sepanjang lebuhraya namun aku dapati pegawai yang bertugas hanya duduk di dalam kemah. Tidak perasan pulak aku yang hari ini adalah hari pertama Opsikap. heheheh untuk pembaca CHHM sila berhati-hati di jalanraya.
6 ulasan:
confirmed ! blogger tegar ...he3x
alhamdullilah selamat sampai...hrp tak ade le kena perangkap opsikap tu...tapi akhir Julai nama saya naik kena perangkap ! yang bawak hubby otw balik ke Melaka dari Kluang...lebih sikit je drp hadnya...hubby kata baik bawak lebih laju ! baru berbaloi kena...
selamat hari raya - maaf zahir & batin
Salam AZ, cerita pasal saman ekor ni ....... memang memeningkan, saya ada banyak
Salam 25 Ramadhan, AZ
sambut merdeka kat KL ke
Alhamdulillah
selamat sampai
Wassalam
Salam SAK,
iyer ke, bayau aje ler dah nak buat macam kan, kekadang penat kontrol laju ni, rasanya macam perlahan tetapi dah lebih had laju rupenye.
salam kamato,
az pun sama. selagi ada kereta, selagi itulah saman terafikni tak habis-habis.
kekadang heran gak, orang yang bawak laju tak kena saman ke. selamba je mereka 'terbang' di jalan raya.
salam rozali,
tak lah sambut merdeka, cuma hari merdeka tu az ke kl. Ingat nak contak gak tetapi banyak sangat pikir tak terkontek. hehhe.
Catat Ulasan