Sabtu, 4 September 2010

Hajat Menggunung

040910
Apa khabar anda semua?
Semoga di akhir-akhir Ramadan ini, kesihatan sentiasa dalam keadaan baik, sihat dan sejahtera
Sedar tak sedar, pejam celik-pejam celik kita sudah memasuki hari yang ke-25  berpuasa
tidak beberapa hari lagi kita akan menyambut aidilfitri
terasa sayu Ramadan akan meninggalkan kita
sama ada kita berjumpa lagi di Ramadan akan datang
hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Berita RTM sekejap tadi
TPM Malaysia mengingatkan umat Islam di Malaysia
agar tidak mempercayai khabar angin
mengatakan Hariraya akan disambut pada Khamis 9 September 2010
(mak datok tak sabau sabau orang-orang kita ini hendak berhari raya.)
TPM mengingatkan dengarlah perisytiharannya nanti.
Tarikh melihat anak bulan Syawal mestilah pada 29 Ramadan bersamaan 8 Sep 2010
apa-apapun kita tunggu sahajalah pada 8 Sep itu
jangan buat spekulasi
bagi az Raya Puasa tahun ini ialah Jumaat 10 Sept
hasil daripada pengamatan dan pemerhatian selama ini
kalender kuda tak pernah miss lagi tentang tarikh hari raya aidil fitri
anak bulan sukar kelihatan di langit Malaysia kerana liputan awan yang tebal
namun apa-apa pun kita tunggulah perisytiharan yang akan di bacakan oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu nanti.


Sebenarnya AZ ada hajat yang hendak disampaikan kepada follower/pembaca/peminat CHHM.
Hajatnya  hendak mendapatkan alamat   agar  dapat AZ menyampaikan sesuatu kepada anda semua.
Walapun ianya tidak seberapa tetapi ia adalah satu tanda kenangan dan ingatanAZ kepada   anda yang tidak jemu-jemu datang menjengok dan meninggalkan jejak di CHHM.
Semoga hajat az ini tidak dihampakan,

Alamat anda boleh di hantar ke emel az


jangan tidak-tidak,
az menunggu dengan hati menggunung
kecil tapak tangan dulang ditadahkan
tidak kisahlah alamat rumah atau pejabat yang penting souvenir ini dapat disampaikan.
Cenderahati ini terhad, siapa cepat dia dapat.

Juga manalah tahu kan kalau az hendak membuat majlis keramaian
maka mudahlah kad jemputan di kirimkan.

gambar hiasan




11 ulasan:

atuk berkata...

Salam 25 Ramadhan

tangan yg diatas lebih baik drp tangan yg dibawah

ukhwah yg berkekalan

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam Rozali

alhamdulillah. Dah hantar ke belum alamatnya

afeezz berkata...

salam AZ : betul3.. kalender kuda mmg tak pernah salah.. tahniah kepada kuda tu. AZ nak bg aper ni? nnt sy bg alamat yer

Ayah Zain berkata...

Salam afeez

tak ada apa la. Sebenarnya semalam nak jumpa afeez tu ada niat nak bagi afeez dan kengkawan di sekitar kl. Dah abis bz lagi pun ada kematian kan, tak apa la

kak su berkata...

Salam AZ

Salam Rayer....

Laa..ngapa tak masukkan terus dlm kak Su nya letter box...

Kan dah sampai dah...ulur2 laa...
buzyy sesgt...nii...

reserve satu utk den yaa...nanti raya singgah umah lagi yer...
kali nii dah beli garam 10 kilo utk rayer nii...don't worry...


Wslm

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

alahai, tak sempatlah semalam. sampai dah kul 430 petang kat Puncak Alam, then nak berkejau balik Pontian. Tak apa, alamat kak su dah ada dalam tangan.

مسافر اسلام berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
مسافر اسلام berkata...

Salam az, apa kabar? Semoga sentiasa sihat selalu. Tidak perlu untuk kita mengkhisahkan tarikh keramat Hari Raya Aidilfitri ini. Sebainya kita bertanyakan pada diri ini, sejauh mana ketaatan kita pada Allah, sejauh mana sudah kita mengikut sunnah Rasullah s.a.w. Berapa banyak hal-hal sebagai seorg hamba telah kita laksanakan. Sudahkan ditunaikan hak saudara muslim. Adakah amalan kita diterima dan dimana kita disisi Allah. Allahhuakbar..
-Semoga Allah memberi kita kefahaman dan taufik hidayahNya-
jazakaAllah

Ayah Zain berkata...

salam MI,

mana menghilang? bz dengan mengulangkaji pelajaran yer. Semoga sukses.

Mana alamat rumahnya, emelkan yer

Naz Mohamed berkata...

Salam AZ,

Kalau org dah berhajat sebesar gunung nie, nak kena tunaikan. InsyaAllah saya bg alamat kat email AZ.

Ayah Zain berkata...

salam ina

ok thanks. bagi, jangan tak bagi yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...