020910
Salam Ceria
Hari ini az hendak tips yang didapati daripada Facebook. Sejak dua menjak berFB banyak juga info yang diperolehi. Justeru ada kebenaran daripada penulisnya, az beranilah menyedut untuk tatapan peminat CHHMU.
Selamat mencuba
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Cubalah amalkan tip-tip tersebut untuk kebahagaian diri sendiri dan orang disekeliling kita.
Anda mampu mengubahnya
8 ulasan:
Salam Ramadhan AZ
Alhamdulillah
tips yg baik sekali
terima kasih
Wassalam
Salam Ayahanda,
Alhamdulillah, perkongsian yg manfaat..
salam AZ : insyaAllah, akan cube untuk mengamalkannya
Salam AZ,
Suka dengan tips yg. diberi. Kecantikan yang hakiki....
Salam az...
Ermmm tu sepinggan laksa juga menu yang baik untuk tubuh badan kita...yg dalam pantang jaga2 jgan dicoba....hehehe
Ya betul tips berwuduk tu....bila kita berwuduk specialy bila dah berniat sapu air kat muka ratakan air biar air serap masuk dalam kulit...bak kata basuh betul2...gosok rata2..insyallah wajah kita akan nampak putih bersih berseri2....tgoklah wajah2 ulama2 dan orang alim2..putih dan berseri wajah mereka...itulah rahsianya lebih2 lagi bila berwuduk utk soalt malam kala dinihari...sama2lah kta amalkannya..
Salam AZ,
anda buat anda dapat...
selamat beramal...
Salam AZ,
Alhamdulillah...perkongsian yg menarik dan bermanfaat..
Mekasih & selamat berpuasa...
Wassalam
salam AZ.
terima kasih kerana sudi melawat rumah.
ni kali pertama saya melawat disini..insyaAllah..saya akan ikuti perkembangan blog Az selepas ini..
Catat Ulasan