Sabtu, 18 September 2010

Hariraya part 2 _ berbuka puasa di hari akhir Ramadhan

180910
Sesampai di rumah, kami disambut dengan senyuman meleret ibuku, kakak sulong, adik ku yang nombor 4 beserta isteri dan anak-anakbuahku. Setahu sekali kami akan berkumpul di rumah godang peniunggalan ayahku. Rumah ini didiami oleh anak-anak buahku bersama ayahnya. Ibu mereka iaitu adik perempuanku nombor 7 telah meminggal dunia dua tahun yang lalu. Kami mempunyai 9 adik beradik 3 lelaki dan 6 perempuan. 3 orang adik beradikku (perepuna) telah meninggal dunia. Kini tinggalah kmai 6 orang adik berdaik (3Ldan 3P) iaitu kakaka sulongku, aku, 2 adik lelakiku dan dua lagi adik perempuanku.

Ketika aku sampai, mereka sedang sibok menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Isteri membawa rendang daging dan  kuih-kuih raya. Memang seronok berkumpul adik beradaik, ipar duai dan anak-anak buah yang sudah membesar. Namun yang kecil-kecil menambahkan lagi seri di perjumpaan ini. Namun ketiadaaan kakakku nombor dua, adik perempuan nombor 5 dan 7 masih dirasai. Terutamanya ayahanda kesayangan kami.  Semoga Allah mencucuri roh mereka dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.


sedang sibok menyediakan juadah
bergotong royong
saat berbuka hampir tiba
yang sikecil ni seperti biasa la, mengalahkan orang berpuasa, tak sabar-sabar
Juadah ini di atur di atas lantai sahaja, orang kampongkan
saprah pun kertas surat khabar sahaja

nostalgia ni
dulu masa kecil-kecil begini jugalah keadaannya

12 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

kalau dah ramai begini la...sama aje...saprah suratkhabar lagi senang - terus buang..he3x...kdg2 atas meja pun diletak surat khabar jugak!

masa last day berbuka kat rumah MIL - punyalah murah rezeki jiran kiri kanan dah hantar masakan juadah raya !!! ( adat kampung - most of them Jawo..)

Azima berkata...

Salam Ayah Zain,

Best bila ramai2 berkumpul mcm ni..makin meriah jadinya..masing2 ada tugas (*-*)

Betul ckp cikgu sonata..saproh s/khabar lagi senang..lepas makan buang jer!!!

Wassalam

mama ju berkata...

Salam AZ

Seronok keluarga besarkan. ..
Pinggan bunga kangkung tu pinggan warisan ke? Saya mengumpul pinggan2 tu sekarang...beli melalui online..agak mahal!

Apa2pun moga bahagia semua.

afeezz berkata...

salam az : meriah nyer berbuka... ermm..

Unknown berkata...

salam AZ..

meriah sungguh keluarga AZ , kaum lelaki pun sama2 turun padang , gotong royong sediakan juadah..

sama jer di mana2 , di kampong ummi pun makanan dihidang beralaskan s.khabar .. mudah dibuang .

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

sama kita AZ
guna surat khabar...guna..buang
tak payah penat basuh saprah

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam SAK,

memnag meriah gitu bila berkumpulal reramai.

teringat masa az di muar dulu pun begitu. masyarakat jawa hanta juadah raya pada waktu berbuka di akhir ramadan

Ayah Zain berkata...

salam azima,

hehhe saprah surat khabra. kita buat recycel

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

hehhe, kira-kira gitu la hehhe.
adik ipar az di perak memnag sedang mengumpul pinggan bunga gitu

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

sure, meriah tahap gaban

Ayah Zain berkata...

salam umi,

hehhe, sonang kan macam tuh.

Ayah Zain berkata...

salam rozali

betul tu, tidak syak lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...