Ahad, 5 September 2010

Tadarus al-Quran

050910
Tahun ini di bahagian pentadbiran di tempat kerjaku,
kata sepakat telah diambil untuk bertadarus al-Quran.
Inilah julung kalinya Program Tadarus dijalankan, mungkin sebelum ini pernah berlaku tetapi aku kurang pereksa kerana aku baru berada di tahun ke-2 di sini.

 Idea tadarus yang datangnya daripada Boss ini lambat dikemukakan,
Juteru satu langkah drastik telah di ambil dengan membentuk 10 kumpulan yang terdiri daripada  3-4 orang dalam satu kumpulan.
Setiap kumpulan diamanahkan untuk membaca 3 juz al-Quran.
Kami ke surau pada pukul 3.00 - 3.30 petang namun kerana masa  yang terhad yang diperuntukan itu membuatkan kami membaca ditempat-tenpat tertentu yang nudah untuk kami bertadarus.

tu dia, seorang membaca, seorang lagi membuat semakan
itulah namanya tadarus


Alhamdulillah,
Idea spontan ini dapat dilaksana dengan lancarnya.
Majlis Khatam Quran telah berjaya disempurnakan pada 30 Ogos 2010 yang lalu.
 Majlis Khatam al-Quran dijalankan serentak dengan Majlis Khatam Quran pelajar dan selepas ini diikuti dengan  Majlis Berbuka Puasa Merdeka.



8 ulasan:

INUDIRIN berkata...

Salam Ayah Zain,

Alhamdulillah majlis yang sama berlangsung di sekolah saya juga. Moga kita sama-sama diberkati.

wasalam

Ayah Zain berkata...

salam Ku Din

salam perkenalan. terima kasih datnag meninggalkan jejak.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Sekarang dimana-mana banyak yang mengadakan majlis khatam Quran. Maklumlah memang dah sepatutnya pun kerana ramadhan pun dah berada di penghujung....

Kita dah berusaha. Allah jua yang menilainya. Insya-Allah...

atuk berkata...

Salam 27 Ramadhan AZ

moga majlis itu akan berterusan

malam tadi majlis khatam Al Quran di surau taman ssaya

Wassalam

rezeki berkata...

salam az

insyallah, benda baik akan dipermudahkan Allah

Ayah Zain berkata...

salam kakzakie

Insya Allah. Sama-sama kita menghidupkan amalan di bulan ramadan

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

alhamdulillah. Semoga di berkati Allah swt

Ayah Zain berkata...

salam rezeki,

Insya Allah. Allah sentiasa memudahkan hamba-hambaNya yang bertakqwa kepada Nya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...