Sabtu, 18 September 2010

Hari raya part 1

180910
Pukul 3 petang (9 Sep) aku dan famili bertolak balik ke kampung halaman di Negeri Sembilan berkonvoi dua buah kereta. Sebuah kereta tidak mencukupi kerana saiz badan anak-anak sudak membesar dan MPV tidak dapat menampungnya lagi. Anak daraku mengenderai kereta ibunya bersama anak ku yang nombor 2,3 dan putera bongsu sementara aku bersama isteri tercinta dan anak lelaki yang nombor empat.

Namun, sesuatu yang memeranjatkan ketika aku ingin melepasi plaza tol Simpang Ampat, Melaka, aku mendapati teket tol tiada bersamaku. Agak panik juga dan terbayang aku yang yang didenda dengan jumlah tol maksimum. Tidak silap aku harganya mencecah RM60.00 iaitu mengambil kira kadar tol maksimum. Itulah harga yang perlu di bayar sekiranya kita kehilangan tiket tol.

Ketika di tanya oleh juru tol, aku dengan muka seposen menjawab bahawa aku mengambil tiket tol di Plaza Tol Simpamg Renggam justeru juru tol mengarahkan aku mengenepikan kereta untuk memberi aku peluang mencari teket tol. Habis kereta aku geledah. Namun sia-sia.... Kemudian datang seorang pengawal plaza tol   dan mencadangkan aku berunding dengan ketua plaza tol  di Pejabat Tol Simpang Ampat.

Orang bersalah dan terdesak seperti kerbau dicucuk hidung mengikut sahaja cadangan itu dan aku ke pejabat tol. Di sana aku menceritakan masalah aku dan ketua balai meminta aku membayar sejumlah RM60.00 kerana kehilangan tiket tol. Yang kelakarnya aku bercakap dengan ketua balai melalu speaker di Pagar Pejabat Plaza Tol. Memang canggih. hehheh. Aku cuba merayu namun tidak diendahkan. Aku tidak berputus asa dan mencadangkan kepadanya menghubungi plaza tol Simpang Renggam (SR).

Beliau bersetuju dan menghubungi plaza tol SR. Good News. Pihak Plaza SR mengatakan ada satu tiket yang tidak di ambil..............

Mak datuk, tak pernah aku cuai sebegini .......... Dengan itu aku tidak perlu membayar RM60.00 cukuplah membayar kadar sebenar walaupun tanpa mengemukakan tiket tol. Alhamdulillah. Matahari bersinar kembali dan aku meneruskan perjalanan ke kampung halaman ku yang kira-kira 30 minit sahaja daripada Plaza Tol Simpang Ampat, Melaka itu.




20 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

mereka tak nak tenguk muka, nanti mereka kesian, itu mereka guna speaker kut

tapi..apa2pun...Alhamdulillah

Wassalam

kak su berkata...

Salam AZ

Sah2 lah AZ x sabar nak balik sampai awek kat tol pun dah tak nak pandang dah! ha..ha..ha...

Wslm

Unknown berkata...

SALAM,
TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG LA NI ! APAPUN, SESUATU YANG BERLAKU ITU ADA HIKMAHNYA. ALLAH SAHAJA YANG TAHU

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

kak nab teringat pulak suami akak yg tak ambik tiket parking ---> terlupa...bila palang dah terangkat dia terus pandu...kena denda jugak ---> RM20!!

Ayah Zain berkata...

salam rozali

hehheh, agaknya kot. nanti dia tak leh tidur malam

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

hheheh, tak lah sampai k situ. pikir juga mengapa sampai jadi begitu?

Ayah Zain berkata...

salam LF

mungkin juga kot. hehheh. sampai sekarang masih tidak dapat mempercayainya, megapa lupa ambil teket tol itu

Ayah Zain berkata...

salam KN,

yer ke, maka azpun teringat akan dialog pak pandir ke mak andir

" ........ rupanya bukan anak aku sahaja yang mati ..... hehheh

مسافر اسلام berkata...

Assalamulakom...lupa nak tanpa sapai ini semalm. Tetapi allhamdullah semua sudah selesai, segalanya mudah. Semoa ia tidak berulang kembali.

rezeki berkata...

salam az

hehehehe

banyak makan semut, tu yg terlupa hehehe

Ayah Zain berkata...

salam rezeki,

bukan semut la, kepala ikan kembung. dah ranggup sangat, tu yang habis dubedal sampai ke kepalanya sekali

Ayah Zain berkata...

salam MI,

apa tu? tak berapa faham. apa yang yang tidak akan berulang kembali itu.

KAMATO berkata...

salam az, saya pernah jadi dulu tiket tu terbang bawah seat, terpaksa berhenti dan cari tepi pondok tol

sonata anak kancil berkata...

tak sabar nak tunggu episod seterusnya ...ade berapa part???

Chik Att berkata...

Salam AZ ....

tak sabar nak beraya ke AZ.... sambil tiket tol pun tak sempat nak ambik.....

mama ju berkata...

Salam AZ

Terimakasih call. Wah canggih jugak guna speaker...taklah sibuk2 mengadap kat dalam.

Tapi yg canggihnya tu tak kena byr rm 60!

Unknown berkata...

salam AZ...

mcm2 cerita suka duka , nangis n ketawa di hari raya... he he he . ummi dah ceria .

Unknown berkata...

salam AZ :

huhu..kalau tak..mau terbang rm60.

alhamdulilah..semua berjalan lancar..

Aida Ali berkata...

Saya pun first time balik kampung beraya 2 kereta. Anak-anak seronoklah sangat..

afeezz berkata...

salam AZ : hahhaha.... lawak le az ni. camner le boleh tak amik tiket tuh.. dah tak sabar2 nak balik kg le tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...