Ahad, 19 September 2010

hariraya part 3_Di pagi raya

190910
DI Pagi Lebaran, subuh-subuh lagi bekas abangiparku (suami kepada Allahyarham Kakakku) datang menemui ibuku memohon ampun dan maaf. Setiap tahun beliau akan ke rumah ibuku (tidak pernah miss). Beliau tinggal hanya  beberapa kilometer sahaja daripada rumah ibuku tidak menjadi masalah kepadanya untuk sampai ke rumah ibu ku di pagi hari raya aidilfitri.

Kami sama-sama akan bersarapan pagi memikmati juadah apa yang ada. Biasanya lemang dan rendang menjadi menu utama kami di pagi raya yang mulia itu. Nasi himpit berserta kuah kacang juga tidak ketinggalan. Ketupat jarang sekali menjadi menu di atas meja peninggalan buatan ayahku. Sudah lebih 40 tahun umur meja ini tetapi masih kukuh. Maklumlah bahannya daripada kayu resak dan memang tahan lama

ada yang bersarapan, ada yang memohon restu keampunan


itu dia meja peninggalan ayahku
sudah lebih 40 tahun umur meja ini


lagak anak bujangku (baju biru) dan anak buahku (anak sulung alahyarhamah adikhu)



sambil menunggu waktu ke masjid untuk solat sunat aidilfitri

6 ulasan:

mamawana berkata...

Salam ziarah

Seronoknyer raya....

Unknown berkata...

salam AZ..

meja kayu org dulu2 memang kukuh , berbanding meja sekarang yg dibuat dr kayu getah , guna setahun hancur...he he he

AZ tak balik beraya di Gombak ker?

sonata anak kancil berkata...

memang bagus perabot lama ni...kayu nya cukup baik sebab boleh tahan sampai ke anak cucu cicit ! yang moden2 hari ni....cepat ranap ! saya ade satu simpan kerusi antik - mahu dekat 50-60tahun lebih - kukuh lagi


selamat berhari raya lagi

Ayah Zain berkata...

salam mamawana

memang seronok apabila berkumpul reramai begitu

Ayah Zain berkata...

salam umi,

az balik go,mbak pada hari ray ke-4. Hanya sehari sahaja kerana ada urusan di Melaka. Kemudian semlama balik semula ke Gombak, itu pun sekejap sahaja. Ingat nak ziara umi tetapi tak kesampaian la.

Ayah Zain berkata...

salam sak,

wow, hebat tu. kayu dulu memnag tahan lama tetapi sayang az tidak koleksinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...