Ahad, 12 September 2010

Muhasabah diri....

120910

Hari ini masuk hari raya ketiga kita berhari raya. Justeru marilah kita sama bermuhasabag diri kepada perkara yang ingin aku berkongsi kali ini yang aku dapati daripada FB Shamsudin Yatim

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa


1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th
> 70th
60th - 70th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... .
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa'' 

10 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM,
LF TELAH MEMBACANYA DAN BANYAK PERINGATAN YANG DIBERI. TERIMA KASIH

Unknown berkata...

salam Az.

Terima kasih diatas peringatan. entry ni membuatkan aku berfikir sejenak. haih..betapa ruginya kita

sonata anak kancil berkata...

sesungguhnya Allah telah berfirman ...kita manusia sentiasa dalam kerugian !

Ayah Zain berkata...

salam LF, Madey dan SAK

memang az lupa tentang perkara ini. kadangkala ingat,tapi buat terlupa, semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa ku ini.

aznaz berkata...

salam from makkah..


terimaksih atas papran peringatan ini untuk cl..


wslam

Unknown berkata...

salam eidul fitri AZ...

kadang2 dlm sibuk mengejar kehidupan dunia kita lupa sebahagian yg lagi satu ... terima kasih ingat mengingati ...

belum terlambat , terima kasih , ole2 yg dikirimkan...

IMANSHAH berkata...

salam,,,gerun memikirkan betapa sedikit amalan untuk jadik bekal di sana

Ayah Zain berkata...

salam CL, Umi dan ImanSyah

samasamalah kita memperbaiki iman kita terutama diri az sendiri yang mempunyai iman yang sangat rapuh ini

Penunggu Hujung Dunia berkata...

Salam Raya Papa Z,
Maaf Zahir & Batin

Bukti bahawa manusia sentiasa dlm kerugian ialah hanya kurang 0.03% keupayaan otak digunakan oleh majoriti manusia. Kebanyakan apa yg kita fikir atau sebut adalah pengulangan subjek yg sama puluhan ribu satu hari.
Mengikut pakar pembelajaran, satu otak manusia seumpama sebuah komputer sebesar benua Amerika Selatan jika ingin dibina !!
Walhal dalam Al-Quran disebut tiada suatu kejadian sia-sia walaupun seekor semut !!
Jadi kenapa manusia hanya sibuk berkisar tentang hal2 yg rutin & tidak mencabar minda, hati & perasaan..
Rabiatul Adawiyah ada menyebut dalam munajatnya kpd Allah :
Wahai kekasihKu, Engkau berilah syurga kepada manusia2 yg sgt mendambakannya. Engkau masukkan aku ke neraka seandainya itulah syarat Cinta Engkau terhadap aku Ya Allah

Love is to Explore
Life is to Explore

Use your Truth Mind to aquire Truth Love & Life

Mentakab , 9:38

Ayah Zain berkata...

aduh GPD

hebat pemikiran cikgu yer. tak tercapai dek akalku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...