Selasa, 16 Julai 2013

Ambil / terambi / curi / mencuri / tercuri

16072013

Motip!!!!!!

Sejak dua menjak ini, sudah dua kali selipar aku di ambil orang. Pertama semasa menghadiri kenduri kahwin anak kawan setaman pada bulan lepas dan yang terbaru ialah ketika pulang daripada masjid semasa solat subuh dua hari yang lepas.

kalau dahulu aku akan ambil selipar orang lain yang tertinggal di masjid atau surau dengan sangkaan selipar itu kepunyaan orang yang mengambil selipar aku. Namun selepas mengetahui perbuatan itu tidak diredai, aku hanya berkaki ayam pulang ke rumah walaupun ada selipar yang berbaki apabila semua jemaah pulang ke rumah.

Pelik difikirkan apakah perasaan orang orang mengambil hak orang lain? Adakah disengajakan atau tidak disengajakan. Hanya mereka yang terlibat sahaja mengetahuinya.

Berbalik kepada selipar aku yang hilang dua hari lepas. Aku pulang ke rumah dengan berkaki ayam. Nasib baik bawa kereta. Tidaklah ketara sangat. Namun semalam semasa solat subuh aku perasan selipar itu berada di kaki tangga masjid. Aku anggap, itu bukan milik aku.

Kebetulan setelah usai solat subuh, di saat keluar pintu masjid, aku dapati seorang yang berumur memakai selipar tersebut. Kesihan pulak di hati apabila melihat kakinya lebih besar daripada selipar itu. KONPOM memaag itu selipar aku. Tidak mengapa lah. Tak berapa sen harga selipar jepun itu walaupun masih baru.

Namun pagi tadi, peristiwa yang sama masih berlaku dan kali ini betul betul depan mataku sipemakainya memakai selipar itu, ermm... bak kato omak den, 'macam bergaghit mulut den ni nak cakap'.... namun aku tidak sampai hati hendak meluahkannya. Dalam hati, pakailah sahaja. Semoga Allah merahmati kamu.

 selipar jepun - gambar hiasan


 eh eh sejibik macam selipar aku yang hilang 


kalau buat macam ini, apa kes pulak

4 ulasan:

afeezz berkata...

pernah hilang kasut kat masjid, masa tu nak pi kenduri, last2 pinjam selipar jepun member pi kenduri

satu lagi kes, hilang sandal kat masjid gak, nak pi kenduri gak.. sib baek ade kasut spare dalam kete

Ayah Zain berkata...

itu la pasal. kena pasang cctv gamaknya afeez

azieazah berkata...

Hilang selipar di masjid, adalah fenomena biasa. Jadi jangan pakai kasut mahal or selipar berjenama hebat kalu ke masjid.

Tapi, sekali fikir, jika tak diamalkan perangai suka sarung selipar orang tanpa rasa bersalah, takkan ada kes selipar hilang...

Ayah Zain berkata...

betul tu azie.

yang hilang ni bukannya selipar atau kasut mahal tetapi selipar jopun. bukan hilang tu masalahnya tetapi balik berkaki ayam, sakit tau terpijak batu almaklom kakiku ni manja. huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...