Selasa, 9 Julai 2013

Salam Ramadan Kareem 2013

09072013

Akhirnya Penyimpan Mohor Raja-raja Melayu telah mengishtiharkan tarikh permulaan puasa di Malaysia pada hari Rabu bersamaan 10 Julai 2013. Perishtiharan ini dimaklumkan dalam berita utama TV Malaysia pada pukul 8.15 malam 8 Julai 2013.

Sebagai mengulangkaji ibadah puasa yang akan bermula besok hari, secara ringkas kita lihat sekilas pandang tentang   puasa Ramadan seperti di bawah ini.


Yang paling penting dalam ibadah puasa Ramadan ialah 2 rukun puasa Ramadan iaitu

i. niat puasa ramadan dan
ii.  menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Niat Puasa:
Mengikut Mazhab Shafie, Kita perlu berniat berpuasa Ramadan pada setiap malam di sepanjang bulan Ramadan. Tanpa niat, puasa kita tidak sah dan  puasa pada hari tersebut perlu di qada pada bulan seterusnya.


Oleh kerana sebagai manusia, ada kalanya  kita terlupa untuk berniat justeru kita dibenarkan berniat mengikut mazhab Maliki iaitu berniat keseluruhan  sebulan puasa Ramadan dengan syarat berniat di awal Ramadan iaitu pada Malam 1 Ramadan seperti berikut




Doa Berbuka Puasa Ramadan

Ketika berbuka kita disunatkan membaca doa berbuka puasa seperti berikut


Sumber: Kuliah Maghrib di Surau Bukit Pulau, Melaka oleh Ust Zamzam bin Che Man pada 7 Julai 2013

Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada ketelanjuran kata sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan semasa kita berblog. Semoga amalan puasa kita pada tahun ini adalah puasa yang terbaik dan menjadi lebih bertakwa selepas tamatnya Ramadan yang mulia ini. Salam Ramadan Kareem.

8 ulasan:

Dzureen Darwis berkata...

Salam Ramadhan cikgu :)

Ayah Zain berkata...

salam ramadan dzureen

Temuk berkata...

Salam, Ayah Zain
Paparan ini amat membantu terutama utk dikongsi dengan mereka yang masih kanak-kanak. Ringkas dan jelas. Mohon kebenaran, ini juga Pak Temuk ingin kongsikan dengan anak-anak melalui emel. Maaf zahir batin. Ya, mudah-mudahan kita diizinkan Allah utk melakukan puasa terbaik tahun ini.

Ayah Zain berkata...

salam tuan,

Insya Allah. Silakan dengan senang hati

azieazah berkata...

Terimakasih info yang berguna. Semoga sama-sama mendapat manfaat.

Selamat menjalani ibadah puasa buat Ayah Zain sekeluarga.

Ayah Zain berkata...

terimaq kasih azieazah. Sekadar bekongsi agar dapat dimanfaatkan.

Dr K berkata...

Selamat menjalani ibadah puasa buat AyahZain sekeluarga...Moga kita sama sama berlumba lumba tingkatkan amalan kita di bulan ini

Ayah Zain berkata...

sama-sama DZ. Semoga amalan puasa kita diterima Allah SWT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...