14072013
Entah mengapa atau secara kebetulan aku mesti mengingati tarikh ini 14 Julai 1789 apabila pemberontak Perancis menembusi Penjara Bastille semasa berlakunya Revolusi Perancis. Tarikh ini telah dijadikan hari Kebangsaan Perancis.
Namun entry kali ini bukannya berfokus kepada Negara Perancis tetapi lebih kepada kueh-kueh kegemaran aku dengan kedatangan Ramadan. Kueh-kueh ini akan menjadi penyeri di meja makan ku pada setiap kali kedatangan Ramadan. Kadangkala boleh menjadi berkali-kali dengan menu yang sama. Mungkin telah terbiasa di masa kecil di mana kueh-kueh ini menjadi menu utama kegemaran yang disediakan oleh ibuku. Mungkinkah cara penyediaannya yang mudah aku sendiri tidak pernah bertanya kepada ibuku. Kebetulan pula setelah berkahwin, menu ini juga menjadi penyeri utama dimenja makan kami di bulan Puasa. Kalau dahulu disediakan oleh ibuku, kini juadah ini disediakan pula oleh isteriku.
Kueh Kelopong a.k.a Buah Melaka
Kueh Cara
8 ulasan:
kueh cara yang enak
salam mokde, lama x ziarah az yer
Anyway salam ramadan. selamat berpuasa
salam AZ : kuih fevret sy gak tuh.. takde la fevret sgt, makan la juge
Saya baru semalam buat Buah Melaka. Sepinggan besar dapatnya.
Tak tau pulak ada nama lain utk kuih buah melaka ni. Saya jarang buat kuih bukan jarang rasanya tak kot, anak2 bila dah makan nasi kuih2 dah tak pandang.
salam afeez. hehe. fav tp x la sngt. i like
best kan azie buat sendiri. beli kat param x menepati citarasa sendiri
ye jun. itulah nama kueh buah mlk yg dipanggil ditempat saya.
Catat Ulasan