07072013
Semasa Ustaz Z, menyampaikan Kuliah Maghrib berkaitan subtopik perkara membatalkan puasa, tiba-tiba ustaz termenung sebentar, keningnya berkerut seperti hendak menyuarakan sesuatu..........
... dan akhirnya ustaz bersuara, Ana bimbang betul dengan ibu bapa yang mengahwinkan anaknya di saat berakhirnya Syaban. Ana ni pada 6 dan 7 ni (Julai) dapat lagi undangan ke majlis perkawinan. Ana risau betul. Apabila pasangan penganti baru memandang antara satu sama lain,di siang hari ketika mereka berpuasa, Suami pandang isteri, isteri pandang suaminya, ........ isteri pulak memakai pakaian yang seksi almaklumlah berhias untuk suami ........... akhirnya......??#$@% ...... waktu berbuka dah tak lama lagi hanya beberapa jam sahaja lagi. Kalu tak tahan iman ............. siapa nak jawab tu. Kena bayar kafarah lah jawabnya kepada si suami. Yang isteri hanya perlu qada puasa sahaja.
Para makmum ada yang tersenyum, ada yang tertawa kecil malah ada yang bersahaja dengan statement ustaz tersebut. Terdengar juga suara-suara kecil yang mengulas...........
Agak-agak apakah perkara yang membatalkan puasa itu dan sipelakunya wajib membayar kifarah dengan menyembelih se ekor unta. Sekiaranya tidak mampu perlu berpuasa 60 hari berturut-turut atau sekiranya masih tidak mampu sipelaku perlu memberi makan 60 orang miskin.
Begitulah beratnya hukuman kepada sipelaku yang melakukan perkara ini di waktu siang pada bulan Ramadhan. Semoga para pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan pada hari semalam (6 Julai) atau pada hari ini (7 Julai 2013), perlulah memahami betul-betul perkara yang boleh membatalkan puasa dan hukumannya adalah terlalu berat seperti dinyatakan di atas.
ihsan Idaman Pengantin
4 ulasan:
alahai..jgnlah batalkan puasa dengan terpaksa bayar kifarah! minumlah dulu air..cuma berdosa sebab batalkan puasa dn kena ganti je..Islam kan mudah..tak menyusahkan umatnya..
salam nyanyisunyi,
itulah dia. sekadar berkongsi. manalah tahu dek kerana terlalu excited terlupa nak batalkan puasa dahulu
Aah, kalau kahwin lepas puasa lebih best...
ye teeana Tna. itulah yang sepatutnya.
Catat Ulasan