07072013
pelangi buatan - pancuran air siraman
Gambar-gambar di atas aku rakam semasa lawatan aku ke Tashken, Uzbekistan pada pertengahan Mei 2013. Ketika melintasi sebuah taman di hadapan hotel penginapanku, aku terkasima dengan pancaran pelangi hasil daripada semburan air (sprinkle water) yang menyirami pokok di taman tersebut. Tiba-tiba Aku terleka dengan gerakan tarian pelangi yang bergerak mengikut arus semburan air siraman tersebut di pagi yang indah dengan pancaran mentari pagi yang cerah. Begitulah pelangi buatan yang berwarna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan unggu yang biasanya kelihatan selepas hujan turun namun kini terbentuk daripada semburan siraman air yang berputar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan