03072013/24081434
Alhamdulillah, berakhirnya hari ini maka 6 hari lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia. Bulan ke 9 dalam kalender Islam. Bulan yang diturunkan rahmat Allah di mana ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan iaitu malam Lailatul-Qadar. Di bulan Ramadan yang hanya 30 hari dalam masa setahun amat rugi dipersiakan kerana peluang keemasan disediakan oleh Allah SWT kepada setiap hambaNya yang beriman
Justeru marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita untuk meraikan kedatangan bulan yang mulia ini dengan hati yang gumbira dan apabila tiba masanya sama-sama kita merebut setiap peluang keemasan yang disediakan seperti sebuah Festival Ibadah Ramadhan.
Adakah kita telah membuat persiapan untuk meraikan bulan Ramadhan? Sebenarnya Allah memberikan kita masa selama 2 bulan untuk membuat persiapan menjelang Ramadhan. Namun Adakah kita hanya bersahaja dengan kedatangan 2 bulan tersebut? Seperti perginya air yang mengalir dan tidak akan mudik kembali? Sungguh rugi kita kerana di kalangan kita termasuk diriku sendiri sering melupakan 2 bulan yang telah disediakan untuk menyambut kedatangan Ramadan Kareem. 2 bulan itu ialah Bulan Rajab dan Sya'ban. Inilah 2 bulan untuk kita mempersiapkan diri dan menyediakan diri segi fizikal, mental dan emosi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia.
• Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw.
apabila masuk bulan
Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Sumber Slaid : Ust Zam Zam b Che Man - Kuliah Maghrib di Surau Bukit Pulau Melaka 30/6/2013
8 ulasan:
Selamat menyambut Ramadan buat AZ sekeluarga....Moga kita semua berlumba lumba beramal...
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
yer sama-sama kita mengimarahkan ihya rahmadhan tahun ini yer daddy ziyyad
sama-sama aferz. Salam ramadhan kareem
selamat menyambut ramadhan..marhaban ya ramadan..moga tahun ni tahun terbaik kita ye...
ye ikhwan. sama2 kita meraikan festival ibadah ramadan
salam...ku seru juga ramadhan
alhamdulillah. 3 hari lagi akan mnjelma Ramadan yang mulia
Catat Ulasan