09072013
Sengaja berkongsiRamadhan: Memiliki Taqwa
RAMADHAN: MEMILIKI TAQWA
Puasa itu di siang hari. Inilah masa yang terbaik untuk sang jiwa pulang, sedar kuat ke Allah iaitu diketika saat sang jasad melemah.
Bukan melebihkan malam berbanding siang kerana yang WAJIBadalah berpuasa di siang harinya sedangkan malamnya adalah ibadah SUNAT yang dituntut.
Ketika malam, sang jasad sudah mendapatkan apa yang diinginkan. Menghalang sang jiwa untuk ke Allah. Di malam hari, adalah istirehat untuk keduanya (jiwa dan jasad) dengan bersolat terawih.
Puasa itu BUKAN bertujuan untuk menyekat nafsu jasad. Tapi sekatan itu adalah CARA yang disediakan Allah bertujuan untuk sang jiwa… iaitu kesedaran kita lebih kuat menyedari Allah.
Walaupun seringkali dikatakan puasa untuk merasai bagaimana rasa orang miskin yang tidak makan dan sebagainya, namun pengertian ini adalah bukan tujuan Allah mewajibkan puasa.
Tujuan puasa adalah sama seperti syahadah, solat, zakat dan haji. Semuanya melatih diri agar mampu SEDAR ALLAH… kembali ke Allah… berserah pada Allah.
Tujuan puasa harus difahami dan disebarkan agar lebih ramai yang faham dan sedar tujuan puasa ini.
Seandainya tujuan puasa sekadar ingin merasai bagaimana rasa orang miskin yang tidak makan…. maka dapatlah sekadar lapar dan dahaga.
Kerana itu ramai yang berpuasa… tapi ada yang tidak solat. Masih membuka aurat berjalan di bazar Ramadhan. Masih ramai yang mengumpat, membuat persepsi dan fitnah. Masih ramai ego. Bangga diri.. riak.. takabur…
Semuanya kerana pengertian dan tujuan berpuasa itu tidak difahami.
Apakah dengan berlapar dan dahaga serta menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, kita mampu mencapai TAQWA? Tidak!!!
Taqwa itu adalah tuntunan baik dari Allah yang hanya akan dimiliki ketika kita SEDAR PENUH pada Allah dalam setiap detik hidup ini.
Puasa melatih agar kita mampu SEDAR ALLAH SETIAP SAAT diketika sang jasad yang sering menggangu disekat kehendaknya. Ketika ini kita akan memahami, mengerti, mengetahui, mendapat idea, memiliki kekuatan dan seumpamanya untuk mengaturkan kehidupan ini.
Inilah TAQWA di mana kita diberi tuntunan, petunjuk dan kekuatan dalam melakukan ibadah baik yang dilakukan atas Nama Allah.
Kita juga mampu bersabar, tidak melakukan perkara mazmumah dan seumpamanya hasil dari kekuatan jiwa yang mendapat ilham TAQWA yang diberikan oleh Allah. Bukan menahan keburukan dengan saranan-saranan paksaan di fikiran kita hasil ciptaan kita sendiri namun jiwa masih mahu melakukan perkara mazmumah.
Jiwa taqwa, jiwa yang mendapan tuntunan langsung dari Allah. Akan membuahkan fikiran yang baik, sifat yang baik dan sikap yang baik.
Fahamilah kewajipan berpuasa agar kita mampu memiliki TAQWA yang dijanjikan Allah SWT.
Artikel RAMADHAN: MENJADI SANG PEMERHATI memberitahu jelas bahawa kita jangan duduk rehat bersama sang jasad. Seharusnya sang jiwa itu kuat sedar ke Allah.
Ketika siang, sang jasad disekat kehendaknya. Tidak lagi menghalang sang jiwa yang sentiasa ingin kepada fitrahnya iaitu pulang ke Allah.
Inilah jihad. Melepaskan diri dari terikatnya sang jasad. Membiarkan sang jasad lemah akibat tidak dipenuhi kehendaknya.
CARANYA:
1. Saudara harus kenal Allah dengan benar sehingga mampu menyedariNya.
1. Saudara harus kenal Allah dengan benar sehingga mampu menyedariNya.
2. Lalu pertahankan kesedaran pada Allah setiap saat dalam apa jua hal yang kita sedang lakukan. Beradalah sentiasa pada saat ini. Jangan dilepaskan kesedaran ini. Seandainya terlepas, cepat-cepat sedar semula.
3. Pertahankan kesedaran Allah setiap saat dalam apa jua aktiviti yang dilakukan.
INILAH TUJUAN BERPUASA. Inilah yang akan membawa kepada TAQWA. Yang melatih diri untuk PULANG ke Allah. Akhirnya kesedaran kepada Allah SWT menjadi kukuh agar di bulan lainnya kita mampu untuk SEDAR ALLAH SETIAP SAAT.
Di malam harinya adalah waktu istirehat jasad yang melemah akibat disekat kehendaknya. Istirehat dengan melakukan Solat Sunat Terawih. Bersama dengan sang jiwa yang sudah kuat sedar ke Allah.
Pasti Solat kita lebih baik dari sebelumnya kerana kita mampu sedar Allah setiap saat hasil latihan puasa di siang harinya.
Sebulan berpuasa, pasti kita mampu sedar Allah SWT setiap saat. Kita sudah kembali kepada fitrahnya sang jiwa. Lalu kita menyambut kemenangan jihad kita ini dengan merayakannya bersama-sama serta bermaaf-maafan untuk benar-benar suci dari dosa sesama manusia.
Bacalah di artikel RAMADHAN: MENJADI SANG PEMERHATI…. inshaAllah ada PENGERTIAN PUASA yang dijelaskan di sana namun dalam bentuk sebuah cerita agar mudah memahami.
Mulakan dengan latihan… MEMPERTAHAN KESEDARAN AKAN ALLAH… Sedang bekerja… pertahankan kesedaran kepada Allah berapa lama yang mampu. Selalu latih…. setiap hari. InshaAllah akhirnya nanti kita akan benar-benar menyedari Allah dalam hidup ini.
Apabila sedar Allah sentiasa…. nanti di saat itu inshaAllah kita akan lebih memahami jalan hidup ini. Lebih memahami apa yang kita perlu lakukan… what next…. what next…
Itulah ilham taqwa dari Allah. Tujuan PUASA untuk mendapatkan taqwa… sebuah tuntunan Allah kepada kita di dalam melaksanakan tugas sebagai wakilNya.
Ketika ini, diri akan dilepaskan Allah dari nafsu mazmumah. Bukan guna rekacipta fikiran sendiri.. tetapi fikiran positif datang dari jiwa positif… jiwa yang diilhamkan taqwa oleh Allah di ketika kita KUAT SEDAR KEPADANYA.
Seharusnya orang yang berpuasa itu… solatnya tidak berasa beban. Solatlah banyak rakaat seperti solat terawih, namun tetap kuat. Tidak terkejar-kejarkan sesuatu.
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu sesungguh sabar dan solat amat berat KECUALI bagi mereka yang khusyuk….. yang asyik dengan Allah kerana yakin sedang bertemu dengan Allah. Yang asyik memuji dan memohon pada Allah. Yang sentiasa MENYEDARI ALLAH.
Kerana diri sudah kuat sedar ke Allah hasil dari berpuasa. Dan pertemuan dengan Allah DISEDARI lalu merasa dan menyedari keTuhanan Allah dan kehambaan diri. Lalu yakin dan bergantung hanya pada Allah.
Diri akan mencapai TAQWA setelah diilhamkan taqwa oleh Allah hasil dari kesedaran penuh pada Allah. Diri akan dituntun kepada jalan kebenaran dan sifat yang baik. Jiwa sentiasa ingin lakukan kebaikan.
Tiada lagi rasa bagus, ego, riak, takabur, hebat dan seumpamanya dalam jiwa. Bukan dibuat-buat… tetapi benar-benar tiada sifat mazmumah itu hasil dari ilham taqwa yang diberikan oleh Allah.
Diri akan lebih memahami jalan hidup ini. Syahadah kita benar. Solat, Sedekah… zakat… umrah di dalam bulan Ramadhan akan memberikan impak yang lebih kuat bagi jiwa yang berpuasa.
Kita benar-benar kembali kepada fitrahnya kita… suci dan sentiasa sedar akan Allah… menjadi saksi yang menyaksikan lalu bersaksi…Tiada tuhan melainkan Allah (Tidak ada hak makhluk melainkan semuanya adalah hak Allah) dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Kita semua ini adalah Wakil Allah.
Semoga saudara semua memahami dan seterusnya menjiwai serta melaksanakan ibadah PUASA ini seperti tujuan sebenarnya.
Semoga jihad kita ini mampu membuatkan kita mencapai tujuan berpuasa. SEDAR ALLAH SETIAP SAAT.
SEDARILAH ALLAH….. PERTAHANKAN…. lepaskan ikatan jasad yang melemah. Inilah jihad utama kita.
BismillahiAllahuakbar!BismillahiAllahuakbar!
BismillahiAllahuakbar!
BismillahiAllahuakbar!
Fuad Latip
http://www.fuadlatip.com
http://www.facebook.com/fuadlatip
http://www.fuadlatip.com
http://www.facebook.com/fuadlatip
4 ulasan:
Terimakasih.
Selamat berpuasa.
Assalam, Ayah Zain
Selamat menyambut Ramadhan mulia. Semoga dapat meraih segala ganjaran hebat yang menanti dari Allah khususnya sepanjang bulan penuh barakah ini.
Mohon izin menghantarkan artikel bermanfaat itu kepada anak-anak Pak Temuk. Terima kasih.
Salam Mamaju
Selamat berpuasa juga.
salam pak Temuk
silakan share, saya juga share drpd en Puad
Catat Ulasan