Sabtu, 13 Julai 2013

Puasa yang iyok

13072013

Masuk hari ke-4, umat Islam di Malaysia berpuasa pada hari ini. Semoga ibadah puasa kita kali ini lebih baik daripada tahun lepas dan diharapkan selepas tamatnya bulan puasa ini kita akan menjadi lebih bertakwa kepada Allah SWT.

Tetiba aku teringat ketika aku berpuasa di zaman kanak-kanak. Ayahku memang tidak menggalakkan anak-anaknya berpuasa. Dia kata masih kecil tak perlu berpuasa. Tiada paksaan langsung seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakkan ibu bapa sekarang. Malah ada yang seperti mendera mereka yang masih rebung walaupun pepatah mengatakan lenturlah buluh itu ketika masih rebung. Namun jangan dipaksa anak-anak berpuasa sekiranya mereka tidak berdaya untuk berpuasa.

Bagi aku sendiri, aku sendiri  yang ingin berpuasa apabila  melihat kawan-kawan seusia berpuasa dan ada yang mengejek tidak kurang juga memerli aku kerana tidak berpuasa. Yang paling tidak tahan ialah di saat keluarga berbuka. Ibuku menyediakan juadah untuk berbuka puasa setiap petang dan aku yang tidak berpuasa berperanan sebagai tukang rasa. Memang seronok kerana orang lain berpuasa tetapi aku tidak.

TETAPI, Di saat berbuka puasa, ayah aku akan mengarahkan kami yang tidak berpuasa duduk di serambi rumah. Mereka akan berbuka puasa di ruang dapur dan tidak dibenarkan untuk bersama-sama berbuka puasa. Malah menjengok pun tidak dibenarkan. Jadi ketika itu, aku merasakan alangkah ruginya tidak berpuasa kerana melalui celah-celah papan dinding kayu aku dapat melihat betapa seronok mereka berbuka puasa. Paling tidak tahan ialah melihat mereka minum air sirap yang di campur dengan biji selasih. Aduh, aku rindu suasana itu dan teringat akan biji selasih yang hanya menjelma di masa bulan puasa sahaja ketika itu. Di mana kah kamu biji selasih? Aku tidak tahu di mana hendak mencari selasih itu.

Sejak saaat itu aku pun berani-berani berpuasa. Ayahku tidak membantah. Dia kata, sudah le, puasa yang iyok kata ayahku. Aku tabahkan hati untuk berpuasa. Memang mencabar di hari pertama mula berpuasa. Aku tidak ingat di usia berapa aku mula berpuasa. Amat dahaga. Lapar boleh dikira juga. Mahu sahaja aku membatalkan puasa tetapi terasa malu kerana cabaran ayahku tadi. Aku mesti tunjukkan yang aku boleh berpuasa.

Pukul 3.00 petang. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk berbuka. Aku memag tidak menahan dahaga dan lapar lagi. Aku mula berkira-kira dan tanpa aku sedari aku sudah sampai di sebuah kedai runcit yang hanya seperlaungan sahaja dari rumah ku. Belek puna belek aku terbeli gula-gula berbentuk guli kecil. Tidak tahu jenama apa tetapi agak popular ketika itu. Penjual kedai tidak bertanya apa-apa pun mungkin dia tahu budak-budak tidak berpuasa.

Balik rumah seperti biasa. Buat-buat seperti segar sahaja. Tiada siapa yang sedar aku ke kedai sebentar tadi. Buat-buat baring sebentar tetapi tidak kesampaian akibat kelaparan. Baring salah, mengereng salah. Berdiri salah. duduk pun salah. Akhirnya aku ke bawah rumah dan menelan sebiji gula-gula setelah memastikan tiada siapa yang memerhatikan aku.................




4 ulasan:

afeezz berkata...

hehehe.... cara ibu bapa dulu ngan sekarang mengajar anak berpuasa tu berbeza. sy pon lebih kurang AZ, takde paksaan, sendiri yang nak puasa. Darjah 4 pon still tak puasa lagi..

rezeki berkata...

salam YB AZ

dedulu masa kekecik , kalau time kacau dodol tolong ibu, pasti tak puasa le jawabnya hehehe

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

betul la afeez. tiada paksaan. kita buat sendiri. belajar secara indireck gitu




Ayah Zain berkata...

salam rezeki

yup. sama la kita. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...