Khamis, 11 Julai 2013

Riak


11072013




Sekilas Riak di air aku tahu jantan atau betina. Itu adalah bidalan menunjukkan betapa hebatnya seseorang itu. Namun riak di hati  adalah satu yang amat menakutkan/merugikan  kerana sifat riak akan mendatangkan kemurkaan Allah. Riak datang tanpa disedari, riak datang dengan sekelip mata. Kita menjadi riak dengan kebajikan yang kita lakukan. Kita berasa bangga dengan apa yang kita lakukan. Kita merasa begitu hebat dengan pencapaian kita.  Memang sukar kita hendak melepaskan daripada perasaan riak ini. Mentelahan lagi apabila hati telah rosak dan mati.  Akibatnya   tertolak segala amalan dengan adanya perasaan riak di hati. Oleh itu mari kita  bermuhasabah diri agar terhindar daripada sifat ini dengan beristigfar, bertaubat memohon ampun kepada Allah agar terhindar daripada persaan riak yang diibaratkan seperti api dalam sekam. Membakar dalam senyap dan di akhirat kita bangkrup amal.

8 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum THAZ

sama2 kita mohon kpd Allah agar kita tidak termasuk dlm gulungan orang2 yg riak

Ayah Zain berkata...

yer atuk, inilah yang menjadi ketakutan kepada kita andainya apa yang kita lakukan adalah riak semata-mata. Semoga Allah mengampuni kita hambanya yang lemah ini

Unknown berkata...

Moga kita kena ingat ni, apa yg kita buat semata2 kerana Allah.

azieazah berkata...

Bila dah jadi blogger terkenal pun, tanpa sedar entri kita ada ciri ciri riak dah, kan? Allahuakbarrr

Unknown berkata...

As salam AZ

Hanya Allah SWT yang lebih mengetahui niat/maksud yang ada di dalam hati kita semua dalam setiap sesuatu tindakan kita.

Semoga Allah SWT mengampunkan kita semua.

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju

Ins syaa Allah mamaju

Ayah Zain berkata...

salam azieazah

kekadang terasa juga macam tu. bermuhasabah diri la nampaknya

Ayah Zain berkata...

salam Disham

itu memnag tidak dinafikan. Hanya kepada Allah tempat berserah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...