Jumaat, 5 Julai 2013

SUSU IBU

05072013



Sudah bertahun-tahun para ibu memberikan air suam kepada bayinya selepas penyusuan sama ada selepas menyusu susu ibu atau susu tepung atau antara waktu menyusu. Tiba-tiba hari ini aku mendengar memberi  air suam atau air kosong kepada bayi sangat-sangat tidak digalakan. Bayi hanya perlu diberikan susu ibu semata-mata sehingga berusia sekurang-kurangnya 6 bulan. Dikatakan susu ibu itu anugerah Allah kerana di dalamnya mengandungi 88% air. Oleh itu air suam atau air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Cukuplah dengan susu ibu sahaja. Malah susu ibu adalah FREE

Begitulah yang dijelaskan oleh Jururawat Baiti daripada Hospital Pakar KPJ Seremban yang bersiaran di Radio Malaysia Negeri.FM tengah hari tadi 4/7/2013. Menurutnya SUSU IBU adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Di dalam susu ibu itu sudah sempurna dengan segala bentuk zat makanan yang diperlukan bayi. Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kerana mempunyai banyak kelebihannya kepada bayi dan ibu bayi. Antara yang dapat saya ingat ialah:

kelebihan untuk bayi:
i.  mengandongi antibodi  untuk pertahanan semulajadi
ii. Memudahkan proses penghadaman bayi


kelebihan untuk ibu
i. Menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga secara semula jadi)
ii. Mempercepatkan pengecutan rahim ibu

dan yang paling penting susu ibu adalah PERCUMA dan berperanan merapatkan hubungan antara ibu dengan anak.
Bayi yang diberikan susu ibu secukupnya tidak mudah sakit dan sekiranya sakit akan sembuh dengan cepat berbanding bayi yang menyusu susu formula.

Susu Ibu adalah yang terbaik
Teruskan penyusuan dengan susu ibu sehingga anak anda sekurang-kurangnya berusia 6 bulan. 
In Syaa Allah

10 ulasan:

idanyanyisunyi berkata...

Alhamdulillah 3 org anak2 sy menyusu susu ibu hingga cukup tempuh..cuma terpaksa bei susu botol bila bekerja..

zino berkata...

Anak kocik dah tak ado..
Cucu ado la
HEhe....

Dr K berkata...

Semestinya AZ...itu lah ajaib ya ciptaan Allah.

JunAina berkata...

Ayah zain...

Anak Aina yg pompuan emmang menyusu sampai umur 2 tahun lebih yg lelaki 6 bulan ja pas tu tak mau tp dari segi kesihatan yg perempuan tu memang cemerlang.

ieyfan berkata...

betul tu susu ibu yg paling baik, air masak tu kadang2 saja utk cuci lidah bayi yg nampak keputihan takut kuman, sbb nak cuci susah krg kena gigit. - irfan

Ayah Zain berkata...

salam ida,
Tahniah anda seorang ibu yang terbaik

Ayah Zain berkata...

salam zino

ya sokongan daripada bapa sangat penting dalam penyusuan menggunakan susu ibu

Ayah Zain berkata...

salam daddy ziyyad

Tidak syak lagi doktor

Ayah Zain berkata...

Salam junaina

wow, seronoknya mempunyai anak yang cemerlang. Alhamdulillah

Ayah Zain berkata...

salam irfan

Terimkasih Irfan sudi datang menjengok di CHHM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...