Jumaat, 24 September 2010

Sentiasa ceria

240910

Terlebih dahulu az minta maaf sekiranya az membuat onar di sini
sesungguhnya tiada niat apa-apa
sama ada mengusik atau sebagainya

sesungguhnya semasa itu (semalam yang berlalu)   aku menjadi buntu dengan gelagat En. Taha
Semuanya tentu tahukan dengna EN Taha?
Kalau tak tahu, buat-buat tahu
 kalau tidak?
nahas
PENDEK UMUR

hahahhahaha

Bulan Julai yang lalu aku mendapat tawaran daripada En Taha
En Taha memberi tawaran sama ada menerima atau tidak
Dalam tawarannya En Taha memberi kata dua
Terima
atau
Menolak

Ada ke patut dia buat tawaran macam itu.
Kalau tidak menerima, En Taha mengatakan tawaran ditutup - tiada peluang lagi dalam masa bebrapa tahun terdekat

Setelah menimbangkan dengan mengambil kira semua faktor
aku menerima tawaran itu
aku suami isteri menerima tawaran itu
aku faks kan borang penerimaan itu bagi diriku dan isteriku
Aku telefon wakil En. Taha dan mereka mengesahkan telah menerima borang tawaran aku itu.

Tidak beberapa lama kemudian
isteriku mendapat lampu hijau, permohonannya di terima
namun aku seperti menunggu buah yang tidak jatuh

aku menghubungi En Taha dan menerangkan daripada A hingga Z (macam nama aku jer tu)
Wakil En Taha mengatakan tidak menerima borang terima
?%$#>><&^

Apa sudah jadi?
Aku mohon wakil En Taha membuat semakan

Akhirnya En taha mengatakan borang aku ada dalam rekod mereka
Wakil itu pun pelik dan mengatakan berlaku masalah teknikal dan berjanji akan menyelesaikan permasalahan tersebut.

Kebetulan aku menemui sebuah agen yang menguruskan urusan yang dilakukan oleh En. Taha. Agen ini memang berdaftar dengan  Taha
(Aku mengemukakan dokumen apa yang diperlukan.)

Seterusnya isteriku mendapat lagi arahan memperlengkapan proses yang diperlukan oleh En. Taha.
Namun aku? Tiada apa-apa, tahi kambing aje bulat-bulat
Aku mnghubungi   wakil En Taha kesekian kalinya
Kali ini wakil En Taha mengatakan bahawa isteriku terpilih melalui agensi swasta.

Itu kisahnya.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan berganti bulan
hingga ke hari ini aku masih seperti menunggu buah yang tidak jatuh
Pihak Taha lepas tangan
En Taha berkata, kes aku  bergantung kepada agen yang aku pilih
agen berkenaan mesti mengemukakan nama aku kepada Taha
kemudian Taha akan menukarkan stutus menunggu kepada LULUS

Masya Allah
begitu halnya
aku menghubungi agen berkenaan dan agen masih memberikan  jawapan Isya Allah

Begitulah halnya
bukan aku merjauk itu dan ini'
tetapi memikirkan perihal Taha
En. Taha sangat suka kalau ramai orang yag berurusan dengan agen
apa tidaknya kerana Taha akan menolak lebih 7K daripada setiap peserta yang mengikuti rombongan agen
Lagi ramai yang turut serta dalam pakej swasta
lagi banyaklah Taha mendapat laba.

Sehingga ke hari ini
status aku masih dalam status MENUNGGU
aku meunggu dan terus menunggu
menunggu terus menunggu
menunggu terus
terus tunggu

15 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Salam AZ,

Kak Nab doakan agar masalah AZ dgn en TAHA tu akan segera mendapat penyelesaiannya...InsyaAllah, semoga niat suci murni AZ & isteri untuk ke Tanah Suci akan termakbul. Ini hanyalah dugaan kecil yang perlu dilalui untuk menguji kesabaran anda berdua. :)

~ Senyum sikitttt AZ ~

geraugebang berkata...

Salam,
Saya juga doakan moga Allah permudahkan perjalanan Az ke rumah Allah. InsyaAllah...isteri AZ memerlukan mahram...Insyaallah dipermudahkan Allah...Perbanyakkanlah lagi doa...Allah itu maha mendengar...

Penunggu Hujung Dunia berkata...

En TAHA ialah pengurus2 hasil didikan kita dgn acuan kemerdekaan Melayu adat..masih terpengaruh dgn sikap2 pemimpin mitos melayu zaman hindu.Kapitalis memakai baju Islam

sonata anak kancil berkata...

semoga dipermudahkan semua urusan...sentiasa berdoalah...insyaAllah dapat tu....Ini semua ujian dari Dia juga...jika sudah rezeki tidak ke mana dengan apa cara sekalipun

Atikah berkata...

Salam AZ,

Semoga dipermudahkan segala urusan....

Azima berkata...

Salam ceria AZ..

Saya doakan agar Allah mempermudahkan niat suci AZ & isteri untuk ke tanah suci..InsyaAllah..sama2lah kita semua berdoa..

Wsalam

Unknown berkata...

salam AZ

itu ujian ALLAH namanya...sabar dan byk kan doa..insyallah berkat doa kawan2 dpt tempatke sana

Penunggu Hujung Dunia (PhD) berkata...

WANG BERLAMBAK2 & KUASA MANYAK MAKA DONIA NI CAM SORGA=LEH WAT MASJID BANYAK2, LEH GI HAJI & UMRAH SETIAP TAON (TABUNG HAJI TAWAR HAJI TIAP TAON SIAPA SIMPAN LEBIH RM SEJOTA !!), LEH HANTAR ANAK GI SEKOLAH2 AGAMA & TAHFIZ SWASTA, LEH BELI MAKANAN, SUSU & PRODUK KESIHATAN ISLAM YG BAGUS UTK ANAK ISTERI, LEH DPT SPITAL 1ST CLASS, LEH WAT RUMAH SELESA FULLY AIRCOND & TANPA HABUK & HAMA, LEH DERMA JOTA2 WAT PAHALA TANAM MODAL,LEH BELI ALAT SENAMAN MAHAL2, ALAT URUT MAHAL2,


LEH BUAT AKUPUNTUR & BEKAM MAHAL2 & MANYAK KALI,LEH KAWIN RAMAI2 & COMEI2(SBB MOSTI LEH TERIMA PINANGAN)LEH CUCI MUKA GUNA PRODUK KULIT LEMBUT CAM SOSILAWATI ,IMAM & OSTAD SAYANG COZ MAYAK DERMA JOTA2, TOK GURU BG ILMU & BUAH SILAT KAW2..KAWAN2 & SETIA CAM LOMBU,LEH BELI BAJU MAHAL2 & AKSESORI DIAMOND & EMAS MAHAL2,LEH BULAN MADU HARI2 KAT SWITZERLAND & WINTER SONATA, LEH GI ENGLAND GI TGOK MANCHESTER U MAIN BOLA..BADAN SENDI SAKIT LEH INJECT KASI POWER..HUHU

baca lagi kat blog ambe..he3

Unknown berkata...

salam AZ...

bersabar n berdoa lah yer AZ ... insyaAllah ujian sblm kesana jer tu , mudah2an bila di sana kelak dipermudahkan semuanya...

semoga AZ n kak dpt menunaikan haji lagi tahun ini , insyaAllah

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Insyaallah niat suci akan dimakbulkan..berdoa lebih2 yer az..dan teruskan senyuman tu ceria2kan diri jgn beku lagi yer..

rezeki berkata...

salam az

rasanya hari ni semua dah settel , bila jangka keberangkatannya ?

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Dulu Kakak pun dalam senarai menunggu. Dah banyak kali Hubby kakak naik-turun tangga pejabt En. TAHA tu. Dari anak no. 3 belum lahir sampai dah lahir. Akhirnya dapat juga bila anak yang no. 3 dah lahir.

Nasihat En. TAHA pergi sebelum berusia tapi bila kita ke sana dia kata kita masih muda lagi. Alhamdulillah kena solat hajat selalu. Insya-Allah niat kita akan terkabul jua.

Kakak doakan AZ & kak Aya dapat ke sana tahun ini. Insya-Allah. Bersedia saja mental dan fizikal. Nanti bila dah dipanggil taklah sibuk nak membeli itu-ini lagi.

Penunggu Hujung Dunia (PhD) berkata...

Kak Zakie

Betul tu..
Cuma bimbang kali ni bukan dijemput ke Rumah Allah tapi dijemput bertemuNya..

Ayah Zain berkata...

Kepada semua rakan-rakan az mengucapkan terima kasih atas perhatian dan sangat-sangat terharu.

kepada PhD doakan kan az selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air semula. Memang tersangat bimbang apa yang kamu cakap tu .

Guru Hujung Dunia berkata...

Papa Z

Kita semua ni tak kira muda atau tua hanyalah puppet Allah shj. Jadi sebagai puppet hanya berserah kpd penciptaNya. Nak fikir2 pun takut juga..Yelah tgh seronok2 tiba2 gelap gelita sumbat dlm lahad & Game Over !!
Papa Z saya doakan pergi & kembali dgn selamat sbb saya dah x ada orang tua (ayah) mlainkan Papa Z

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...