Rabu, 8 September 2010

Zakat

080910

Terlalu cepat masa berlalu. Rasanya baru semalam kita berpuasa, rupanya sudah sebulan rupanya kita berpuasa. Hari ini ialah hari ke-29 kita berpuasa dan petang ini beberapa tempat di Malaysia akan menjadi tumpuan para pencerap  melihat anak bulan. Kalau anak bulan Syawal kelihatan maka besok kita berhariraya.

Sedihnya Ramadan akan menutup tirai dan kita tidak tahu sama ada Ramadan akan datang kita dapat bertandang lagi. sama-sama mengimarakan Ihya Ramadhan. Hanya Allah yang menentukan.

Sekiranya anak bulan Syawal tidak kelihatan maka malam ini akan menjadi Malam Terakhir kita bersolat Terawih. Sayu pulak untuk meninggalkan Ramadan ini. Itulah ketentuan Allah. Setiap yang bermula akan berakhir. Setiap pembukaan ada penutupannya. Begitu putarannnya sehingga kita menutup mata. Pergi tidak akan kembali.

Namun sebelum kita menutup mata,
tugas, amanah yang dipertanggungjawabkan mestilah kita tunaikan.
 agi idup agi ngalaban (betul ke ayat ni abang sulung)
selagi hidup selagi itulah meraban (mak datuk ke situ palak perginya az)

Bukan itu yang az maksudkan.
Dalam bulan Ramadan ini ada satu kewajiban kita ialah membayar Zakat Fitrah.(Az petik daripada e-zakat )yang mengatakan


Gambar hiasan

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

  ZAKAT Fitrah ini wajib di bayar oleh Orang Islam yang mempunyai syarat-syarat seperti berikut yakni :
Mereka wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya iaitu)

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 Zakat Ftrah ini wajib di bayar mengikut kaedah yang telah ditetapkan seperti berikut:

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim

Seterusnya berapakah kadar fitrah yang perlu di bayar oleh orang-orang Islam yang diwajibkjan ke atasnya?


Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Justeru az di Johor kadar zakat fitrah yang perlu az bayar ialah RM7.50 seorang. Sebenarnya di Johor kadar Zakat Fitrah ini ada dua kadar, satu kadar lagi ialah RM5.50.

Bila pulak masa-masa membayar zakat fitrah ini?

Zakat fitrah bukannya boleh di bayar pada bila-bila ikut suka kita tetapi ada masa-masa yang telah ditetapkan di sepanjang Bulan Ramadan ini.  Ada 5 masa untuk membayar zakat yang terdiri daripada waktu wajib, waktu  yang paling afdal, waktu  sunat, waktu makruh dan waktu  haram

 WAKTU WAJIB

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

WAKTU YANG PALING AFDHAL

Sebelum sembahyang Hari Raya

WAKTU SUNAT

Sepanjang bulan Ramadhan
(digalakan kita mmebayar pada waktu ini untuk mengelakan daripada sebarang kesulitan yang timbul)
WAKTU MAKRUH

Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

WAKTU HARAM

Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.


12 ulasan:

aznaz berkata...

salam from makkah


satu infromasi yang amat berguna apagi diri saya ..

syukran atas paparan ini

wslam

Ayah Zain berkata...

salam CL

alhamdulillah. ingat mengingati

Naz Mohamed berkata...

Salam AZ,

Usai solat subuh tadi tiba2 terasa sedih & sayu mengenangkan hanya tinggal hari ini & esok utk berpuasa. Bila bermuhasabah diri, mungkin tak smpai 50% amalan2 sunat yg saya lakukan.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam AZ,

Hanya yang tahu tangung-jawab akan melunaskannya mengikut nas yang telah ditetapkan.

Masih ada ke org yang tak bayar zakat????...

Unknown berkata...

SALAM,

LF MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA OELH ALLAH SWT

atuk berkata...

Salam 29 Ramadhan AZ

Alhamdulillah
saya bayar zakat pada tahun ini kepada hasnaf mualaf
(moga dia mendapat hidayah senantiasa)

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam Ina,

orang kata itu tanda Iman telah meningkat. ALhamdulillah berkat amalan disepanjang ramadan

Ayah Zain berkata...

salam kakzakie,

masih ada lagi yang tidak berkesempatan membayar zakat fitrah. ada yang betul tak sempat kerana urusan dunia dan ada juga yang sengaja buat-buat lupa

Ayah Zain berkata...

Salam LF

dikerendahan hari az meminta ampun dan maaf di atas keterlanjran kata, tingkahlaku semasa pengendalian CHHM. Semoga amalan kita diterima Allah swt

Ayah Zain berkata...

salam Rozali,

sama juga. yang penting kita mengeluarkan zakat. Namun ada pendapat mengatakan lebih molek kita bayar amil yang dilantik. Allah hu aklam

rezeki berkata...

salam az

dah berzakat minggu lepas

saya suka berzakat fitrah di tempat saya mencari rezeki

alhamdulillah

Ayah Zain berkata...

salam CR

alhamdulillah. anda berzakat pada waktu sunat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...