Khamis, 5 Ogos 2010

Salam Ramadan

050810
Alhamdulillah tak sangka malam ini aku dapat menghadiri Majlis Ilmu di Surau Anak-anak Bugis di Pt. Keroma Ater Baloi. Majlis Ilmu ini bermula selepas tamatnya Majlis Bacaan Yasin. Biasanya selepas Yasinan tiada apa-apa aktivti namun kali ini Ustaz Muda mengambil alih masa yang terluang untuk sama-sama mengingatkan jamaah surau berkaitan dengan kelebihan Bulan Ramadan.

Insya Allah hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan menymbaut Bulan Ramadhan. Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga gelincirnya matahari. Ustaz Muda berpesan kepada jamaah bahawa hanya orang-orang tertentu sahaja yang dibolehkan berpuasa pada Bulan Ramadan iaitu:
1. Islam - tidak wajib kepada orang bukan Islam
2. Akil Baligh - Lelaki yang telah bermimpi sementara keluar haid bagi perempuan
3. Orang siuman - orang gila tidak wajib berpuasa
4. Orang yang berupaya - orang-orang sakit tidak diwajibkan
5. Orang yang bermastautin - Orang musafir (lebih 2 marhalah) diharuskan berbuka

Seterusnya Ustaz Muda menerangkan syarat sah berpuasa iaitu

Beragama Islam

Berakal

Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita

Hari yang sah berpuasa.
 
Kemudian Ustaz Muda mengingatkan para jamaah agar tentang Rukun Puasa iaitu  berniat puasa pada malam hari  (terbenamnya matahari hingga terbit fajar) dan meninggalkan perkara yang membatalkan berpuasa  atau mengelakan daripada perkara yang membatalkan puasa seperti:

1. Memasukan sesuatu ke dalam rongga terbuka iaitu  Mulut, Lubang Telinga, Lubang Hidung, Qubul dan dubur (lubang di hadapan dan di belakang). adapun mata bukannya rongga yang terbuka

2. Muntah dengan sengaja

3. Bersetubuh dengan sengaja (ada ke orang  bersetubuh dengan tidak sengaja? ) Ustaz Muda kata  ada aitu kalau mengigau di siang hari. kikikik

3. mengeluarkan mani dengan sengaja atau melaui rangsangan sehingga keluar mani

4. Keluar haid dan nifas

5. Makan dan minum dengan sengaja pada siang hari

6. Gila/mabuk walaupun sekejap

7. Melahirkan anak

Ustaz Muda mengingatkan ahli jamaah   beberapa perkara yang sunat  dalam Bulan Ramadhan:

Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman

Melambatkan bersahur

Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji

Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka

Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib

Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air

Membaca doa berbuka puasa

Itu sahaja yang dapat aku ingat semasa Majlis Ilmu tersebut. Semoga kita dapat melakukan yang terbaik dalam Bulan Ramadan kali ini. Sesungguhnya Bulan Puasa itu terbahagi kepada 3 peringkat iaitu   Rahmat (10 hari pertama),   Pengampunan (10 hari seterusnya) dan   terhindarnya daripada neraka jahanam (10 hari terkahir puasa.


az mohon ampun dan maaf kepada semasa pembaca atas segala keterlanjuran kata dan sebagainya semasa pengendalian CHHM.

16 ulasan:

Unknown berkata...

salam AZ...

terimakasih ilmu yg dikongsi bersama rakan2 maya....

ingat mengingati sesama insan.... ganjaran pahala hanya Allah saja yg dapat membalasnya

Ayah Zain berkata...

salam umi,

Alhamdulillah, itu sahaja yang dapat dicatat dalam minda tadi, smpai je rumah terus tulis, takut lupa heheheh

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Syukur
Alhamdulillah
masih ada kawan sudi memberi peringatan

Wassalam

Aki44 berkata...

Salam Ayah Zain..

Puasa ramadan setahun 1x sbb 2 kena refresher course nnt ada yg trbabas.

Kita sangat2 trhutang budi ( x body) kpd ustaz2 yg xjemu beri tazkirah bilang tahun. Bertuah kita !!!

PINATBATE berkata...

Terima Kasih AZ
saling mengingatkan

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

ingat mengingati. itu puin untuk diri sendri juga

Ayah Zain berkata...

salam aki44,

betul tu. Itulah tugas ustaz2 kan?

Ayah Zain berkata...

salam pinat

alhamdulillah,

sinomosa berkata...

Salam Ayahanda,

Terima kasih atas peringatan, adakala memang perlu diingati semula supaya tiada timbulnya was-was dan ragu-ragu dalam ibadah puasa kita nanti :)

Semoga kita dapat bertemu dan menyambut Bulan Ramadhan kali nie AZ.
Semoga Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari sebelumnya..Marilah kita berlumba-lumba mentarbiahkan diri supaya menjadi hambaNya yang lebih taat dan patuh Insya-Allah.
Sy jua mohon ampun dan maaf andai terdapatnya keterlanjuran budi bahasa sepanjang mengenali AZ.
Salam Ramadhan buat AZ sekeluarga.
Jazakallahukhairo..

rezeki berkata...

salam ramadhan buat az sekeluarga dan rakan2 semua

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,

Terima kasih kerana saling memperingati dan tazkirah.

makmuda berkata...

Salam AZ
syukur pada semua yg mencintai Ramadhan smuga selamat meraikan bulan penuh barakah :)

Ayah Zain berkata...

salam syima,

insya allah, semoga amalan kita disepanjang Ramadhan kali ini diterima Allah. Marilah kita memperbaikinya

Ayah Zain berkata...

salam rezeki,

juga salam ramadan untuk pak itam dan keluarga

Ayah Zain berkata...

salam makmuda,

Insya Allah.

Ayah Zain berkata...

salam nadz

sama-sama Nadz. INgta mengingati memnag satu kewajipan antara insan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...