030810
Akhir-akhir ini amat terlalu sibok sehinggakan tidak larat untuk melawat blog kawan-kawan. Kadangkala terlalu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar hari sudah petang dan kemudian malam. Apabila malam terlalu begitu penat sekali, kadangkala untuk membuka mata terpaksa diampu dengan batang penyapu mancis.
Biarlah kita tinggalkan kisah kepenatan aku ini kerana aku ingin mengajak pembaca sekalian mencuba aktiviti ini.
Setiap kali selepas selesai solat kita digalakan berzikir dengan menyebut atau memuji Allah dengan bacaan subbhanallah, alhamdulillah dan allahu akbar yang mana setiap bacaan ini di baca sebanyak 33 kali.
Selama ini kita memnag melakukannya namun apa yang kita dapat rasakan?
Sekarang mari kita lakukan dengan menukar bacaannya menjadi: (sebagai latihan sahaja)
Allah, Allah, Allah
sebanyak 33 kali juga.
Setelah selesai tuan/puan membaca Allah, Allah, Allah sebanyak 33 kali apakah yang dapat anda rasakan?
Adakah anda rasa ada suatu rasa di dada ?
Adakah dada tuan/puan terasa semacam bergetar?
Adakah tuan/puan rasa mahu menangis?
Adakah anda berasa biasa sahaja
Atau tiada apa-apa perasaan dirasakan?
Apa sahaja yang anda rasakan itu hanya satu latihan sahaja untuk melihat/merasai perasaan kita terhadap pencipta kita Allah yang maha besar.
12 ulasan:
Insyaallah, Allah sentiasa bersama kita jika kita sentiasa menyebut nama Nya
salam AZ...
insyaAllah ummi akan cuba baca gitu ,nk ajak angkatan dlm rumah nie sekali..
Salam AZ..
InsyaAllah akan dipraktikkan sebagai tambahan kpd zikir/wirid yg sedia diamalkan setiap selepas solat.
Semoga Allah memberi kenikmatan beribadah kpdNya.
salam Kamato
Alhamdulillah. marilah kita sama-sama mengingati dan menyebut namaNya
salam Ummi,
Insya Allah.
Salam Aki44
Alhamdulillah.
Assalamualaikum AZ
dlm berblogpun kita cuba menulis ayat2 yg boleh mengingati Allah
Wassalam
salam AZ
nak dapat rasa mmg susah. tapi mesti terus usaha amalkan dan harap dikurniakan rasa yg tak ternilai, bila hati dah kenal PENCIPTAnya..
sapa yg tengok2 tu? comel :)
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
salam rozali,
betul tu
salam mak muda,
insya allah, kita usahakan yang terbaik
salam pinat,
alhamdulillah
Catat Ulasan