Rabu, 18 Ogos 2010

Jam Makkah

180810
Alhamdulillah akhirnya Jam Makkah  khabarnya telah beroperasi pada 12 Ogos yang lalu. Aku sendiri tidak pasti di mana Jam ini diletakkan sama ada di Zam Zam Tower atau di bangunan yang lain.



Jam ini dapat dilihat daripada 4 penjuru alam dengan lebar 45meter dan diterangi oleh dua juta lampu LED yang menjadikan suasasa malam begitu indah sekali (macamlah az dah pergi lihat). Pada masukknya waktu solat lampu ini akan bertukar-tukar warna daripada hijau ke putih  yang dapat menggamit umat Islam untuk menunaikan solat fardu.
Lebih hebat lagi jam ini boleh dilihat  dalam jarak 28.8 KM. Subhanallah.


Sungguh cantik dan indah sekali


Perhatikan kalimah Allah di Menara Jam itu.
Jam ini beroperasi dengan Waktu Arab Saudi kira-kira 3 jam lebih awal daripada GMT atau 5 jam lewat daripada waktu Malaysia. Jam ini akan menandingi Big Ben di London dan usaha sedang di buat untuk menjadikan Waktu Arab Saudi  menggantikan GMT kerana daripada kajian mendapati Makkah benar-benar terletak di Pusat Bumi



di atas puncak jam tersebut terdapat lengkungan bulan sabit sebagi lambang Islam dan diberitakan menara setinggi 600 meter itu   menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia

Begitulah hebatnya manusia yang diberikan akal oleh Allah untuk memperlihatkan kekuasaan Allah. Lebih membanggakan jam ini dibangunkan oleh anak Malaysia (khbaranya 14orang). Hj Arshad (Kehidupan Makkah) pernah memaparkan kerja-kerja pembinaan jam ini tidak berapa lama dahulu dengan tajuk Bergadai Nyawa pada 24 Julai 2010. Sila ke http://hjarshad.blogspot.com/2010/07/bergadai-nyawa.html




10 ulasan:

atuk berkata...

Salam Ramadhan AZ

kita bcerita dahulu
kita berangan agan dahulu
mohon doa kpd Allah
Insyaallah
akan menjadi tetamuNya nanti

Wassalam

kak su berkata...

Salam AZ

Amin doa Atuk...

Huh! macam tak caya..dah ada pengulas baru pasal bumi Macca.
Caya lah AZ...dapat liputan dari mana nii...???

Salam Ramadhan lagi ya...(Thn nii cikgu cikgi jgn la raya sakan ya.. cuti panjang nampak...

Wslm

sonata anak kancil berkata...

rasa tak sabar nak tengok sendiri di sana...!

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

betul tu. mula2 kena berangan, then usaha barulah jadi realiti

Ayah Zain berkata...

salam Kak Su,

drpd internet lah kak su.

Ayah Zain berkata...

salam sak,

semua orang tak sabar nak lihat sendiri macam kita ni

aznaz berkata...

salam ayah zain..


subhanallah...canteeekknyerr....


waslam

Ayah Zain berkata...

SALAM cl,

tAK APA, MINGGU NI BILA cl BALIK KE mEKAH, CL AKAN DAPAT MENIKMATINYA. Insya Allah

ainhany berkata...

salam AZ,

Subhanallah
Hebatnya teknologi yg diilhamkan ALLAH dan diaplikasikan...
Setiap nanosaat jam itu akan bertasbih kepada ALLAH tapi bagaimana degn kita yg telah lama diciptakan..???
Semuga berpeluang menikmati detik jam di MH..insya ALLAH

terimakasih AZ..info yg mantOp

Ayah Zain berkata...

salam ainhanny

terima kasih atas dorongan. Info itu az dapat daripada internet juga untuk perkongsian mata kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...