240810
Siapa yang tidak kenal dengan pucuk ubi
sejenis tumbuhan yang paling senang untuk tumbuh di dunia
campak sahaja batang ubi kat mana -mana tanah (jangan atas simin atau jalan berturap)
akan keluar lah tunasnya dan terus membesar terutama dalam musim hujan
pucuk ubi
Pucuk ubi ini sedap di buat sayur
boleh masak lemak dengan ikan kembung
atau direbus/celur begitu sahaja dan makan dengan sambal belacan.
tapi hari ini az nak cerita satu menu hasilan pucuk ubi
tak tahulah kalau kak sidah, kak su , nadz atau CM pernah melakukannya
pisahkan daripada tangkainya
kemudian dipotong-potong ikut suka
kemudian di goreng di dalam kuali sehingga agak garing
Apabila garing, pucuk ubi ini boleh digaulkan dengan apa sahaja yang kita suka
kali ini mrszain menggaulkan pucuk ubi itu dengan burung puyuh goreng
ini dia burung puyuh Goreng bersama pucuk ubi
memang sodap
ikan parang pucuk ubi
pun lazat juga
ibuk-ibuk kalau nak ubah selera bolehlah mencuba
tak rugi mencoba, tambahan pulan di bulan puasa yang seleranya kadangkala berkata
apa aku nak makan hari ini?
27 ulasan:
Salam AZ,
Akak selalu buat goreng gareng jugak tapi dgn cili kering dan ikan bilis ..sedap jugak..nanti lain kali boleh cuba yg ini pulak..tk
salam from Makkah...
nampak sedap jer ayah zain pucuk ubi dng ikan parang....
wasalm
Assallamualaikum AZ,
Inilah pertama kali mama tahu bahawa pucuk ubi boleh digoreng...nak cubalah...kat kebun mama banyak pucuk ubi ni..
mama hanya buat ulam, masak lemak dan kerabu jer pucuk ubi ini..
salam kak sidah,
nanti nak suruh MZ goreng pucuk ubi dengan ikan bilis pulak. hehhehe.
Cubalah, memnag sedapppppppp
salam Lie,
memnag sedap. wa tak tipu lu. tapi goreng dia kena betul la, kalau idak pahit hehheh
salam nadz,
az pun baru tahu juga. Masa makan pertama kali, tanya MZ, sayur apa ni, dia kata pucuk ubi, macam tak caya jer.
cuba la, goreng berlada, jangan lupa garam. dia tak boleh terlalu garing nanti dia kering, pahittttttt
salam AZ : sonang jo resepi ni
Salam AZ:
Pucuk ubi sedap tapi jgn makan bbyk berangin ahaks..
Salam Ramadhan AZ
tak pernah dengar lagi
selalu rebus atau masak lemak ajer
Wassalam
salam AZ...
ummi cuba larikan diri dr pucuk ubi , kalu dekat pantang tengok , nk makan tp lepas tu kena cari minyak panas ler , x tahan berangin...hui hui hui
salam AZ
Org Mandailing menjadikan pucuk ubi tumbok sebagai menu rasmi. Pucuk ubi ditumbok hingga hancur dan ditambah rimbang, kantan dan dimasak lemak. Saya bercadang buat n3 berkenaan menu tu nanti utk dikongsi. Memang sodap.
salam AZ,
macam sedap je... nanti kalau ada pucuk ubi kakak nak cuba.
Salam AZ
Pucuk ubi?...Oh! teringat pokok ubi aruah mak...walau di mana kami menyewa rumah kat KL nii..aruah pasti tanam pokok ubi... sebatangnya jer, tapi rendangnya dapat mengulai utk 7 branak.....
Wslm
Salam Az...
Wah menu menarik ni..kat belakang rumah mak banyak pucuk ubi boleh cuba...gakk..
kat kg cuma celur jer.tak biasa masak lemak pun..shami jer makan..lepas ni bleh cuba biar depa rasa heheh...
Pssssst Az nanti boleh masuk menu kat kedai hahahahah
salam Afeez
sonang eh, afeez buatlah untuk ibu dan bapak n adik2 kat umah
salam AZ,
kak nab belum biasa makan camni..nanti boleh cuba..
Salam AZ<
Nampak sedap dengan puyuh dan ikan parang, dlm bulan puasa ni semua sedap.....tu belum lagi pucuk ubi celur dengan sambal belacan.....kecur air liur dah ni
salam syima,
iyer ke. az makan, biasa jer.
salam rozali,
yer k. hehhe. takapa, nanti boleh cuba. senang je buatnya.
salam umi,
yer ker. psikologi jer tu.mavamlah dulu az tak leh makan kambing. orang kata itu lah, inilah.
then az makan, selamat. alhamdulillah
salam YB,
mrszain kata nenek dia biasa masak rimbang dengan pucuk paku.
ok,nnati yb masukkan dalam n3 yer
salam kak zakie,
cubala, senang jer. jangan lupa letak lada, garam secukup rasa hehh
salam kak su,
yer ke.Ubi ni memnag banyak guna dia kan? tinggal hendak dengan tak hendak aje
salam shami
yer betul tu. ada pelbagai menu, custemer ada pilihan.
salam kak nab,
yup, cuba la kak nab, sedapnya sehigga menjilat jari
salam rosli,
memnag sedap.tambah pulakbulan2 puasa ni kan?
x penah rasa...nk try la resepi ni...lg pun pucuk ubi ni bgs kaya dgn B17...anti kanser..
Catat Ulasan