Rabu, 4 Ogos 2010

Lebah Transit

040810
Ketika aku hendak ke rest room pada suatu tengah hari pada minggu lepas, sekumpulan pelajar menyerbu ke arahku. AZ ada tebuan kat atas poko disebelah kelas kami. Tebuan? Bila tebuan tu berada di situ? Pagi tadi saya melalui kawasan itu itu, tak nampak pun. Kami pun tak perasan, tiba-tiba ada di atas dahan tersebut.

Aku menuju ke arah pokok yang dinyatakan dan diekori oleh pelajar tersebut. 
Memang betul. Cuba anda lihat

Ini bukan tebuan lah anak-anak. Ini lebah.
Daripada sarang lebah itu kita akan dapat madu lebah.
Kamu tahu apa itu madu?
Tahu lah AZ. Madu beracun pun kami tahu.
Madu beracun? Mak aiiiii, bebudak zaman sekarang.
orang bermadulah AZ ......

OK, kamu semua jangan panik dan jangan usik lebah tersebut. Bagi tahu kawan-kawan jangan di baling dengan apa-apa objek. Nanti lebah itu akan menyerang kamu dan semua yanga da berdekatan. Buat pengumuman kepada semua pelajar.
Orait, AZ...... Arahan diterima.

Kemudian aku menghubungi pihak bomba dan memaklumkan perihal lebah tersebut. Tidak lama kemudian anggota bomba pun sampai. Ketua warden bertindak memaklumkannya untuk tindakan selanjutnya.

Pihak bomba akan membuat tindakan susulan pada waktu malam kerana lebah tidak aktif. Mata lebah tu tak nampak kot. hehheh

Namun peliknya semasa aku balik daripada riadah, aku meninjau lebah tersebut. Tipulanjat jugak aku.
Cuba lihat ni

Puas aku meneliti dari satu dahan ke satu dahan. Tidak ada.
Aku menghubungi ketua warden. Ketua warden mati-mati mengatakan ada, malah lebih besar lagi daripada tengah hari tadi. Ketua warden membuat pemeriksaan dan kemudian menghubungi aku dan bersetuju dengan pendapat aku.

Maka,
aku menghubungi semula pihak bomba. Pihak bomba berterima kasih dengan pemakluman aku.
Dia mengatakan lebah itu hanya transit untuk ke destinasi yang lain.
Agaknya berkat doa Lebah itu beralih arah.
Mujur tiada apa-apa perkara byang buruk berlaku.
Alhamduliullah

10 ulasan:

kak su berkata...

Salam AZ

Alhamdulillah anak2 didik tu selamat...

Madu itu racun???
Salah madu itu penawar...elok diminum hari2 buat amalan...
'Minumlah madu Khaula' hee..hee..he...

Wslm

Unknown berkata...

salam AZ...

2@3 tahun lepas ,ummi n Awni pernah terperanjat habis bila sekumpulan lebah yg banyak melintas di depan pagar rumah .

afeezz berkata...

salam AZ : owh.. igtkan flight jer ade transit, lebah pon ade rupenye yek

shami2 berkata...

Salam Az...

Wah2..bomba tu tak kutip madu sekali ker...hehhehe
"MADU"....bebudak tu pandai jer cakap...belum hadapi lagikan..hahahah

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

madu beracun tu hidup bermadulah kak su, budak2 tu pandai berbahsa dengan saya. hehheh

Ayah Zain berkata...

salam umi,

yer ker. nasib baik tak ada lebah yang tersesat, kalau idak ............

Ayah Zain berkata...

salah afeez,

hehheh. huhuhu

Ayah Zain berkata...

salam shami2

mana ada sarang, hehhe. tak sempat nak bersarang lagi

PINATBATE berkata...

madu lebah asli tu..

Ayah Zain berkata...

salam pinat

yes, memnag asli. tapi kena tengok jenis lebah juga tuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...