Ahad, 8 Ogos 2010

setengah hari di KK Pontian

080810
Hari ini aku dan isteri mendapat arahan membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan (KK) Pontian yang melibatkan  250 orang peserta. Waduh, ramai bangat itu pak. Mana bisa, tentu memakan masa yang lama. Kami diberikan giliran mengikut masa-masa yang ditetapkan oleh pihak KK. Fasa pertama pukul 8.00 pagi, kedua-9.00 pagi, 10.00 pagi, 11.00, 12.00 tengah hari dan 1.00 petang. Giliran aku ialah pada pukul 12 tengah hari. 

Se awal jam 11.30 pagi aku dan isteri telah berada di KK. Tertingat dulu semasa membuat pemeriksaaan di KK Muar, kami perlu datang 30 minit lebih awal.

Sampai di kaunter  pendaftaran, pihka KK tidak mahu mendaftarkan nama kami kerana bilangan yang mendapatn pemeriksaan pukul 11.00 pagi masih ramai. Aku merayu juga untuk mendaftar, rayuan aku diterima. Alhamdulillah.

Kami dipersilakan duduk sambil menunggu giliran. Tiba-tiba mataku terpandang satu baner yang mencatatkan
"sila membaca sambil menunggu giliran - jangan bazirkan masa anda'

kebetulan aku membawa sebuah buku kerana aku memang tahu banyak masa yang terluang. Namun hasratku gagal kerana aku mendapat kawan disebelah yang suka berbual dengan ku. Kami pun berbual sehinggalah isteriku memberi isyarat ' lapar'.

Rupanya jam sudah pukul 12.30 tengah hari. Padanlah perut udah berkeroncong.
Aku meminta izin dengan hormat kepada kenalan baru ku itu untuk membawa isterikan ke kedai makan. Kebetulan kedai makan tidak berapa jauh daripada KK itu. Kebetulan juga kedai makan itu ialah Gerai Shima. AKu berjalan kaki sahaja.
Jam 1.00 petang aku berada kembali di tempat menunggu. Kawanku tadi sedang asyik berbual dengan peserta yang lain. Dia memaklumkan bahawa nama kami belum dipanggi lagi.

Tiba-tiba seorang pak cik macam kehilangan sabar kerana telah meunggu daripada pukul10.00 pagi tetapi masih tidak lagi dapat membuat pemeriksaan. Aku dapati dia ke kaunter pengaduan dan berunding dengan pegawai yang bertugas. Aku tidak tahu sama ada aduannya diberikan perhatian ataupun tidak.

Nama kami dipanggil pada pukul 1.30 petang. bermakna sudah 2 jam kami menunggu. Setelah mengambil data-data yang diperlukan, aku di arahkan ke bahagian pengmabilan data berat dan tinggi. Aku dapati lebih 10 kad tersusun menunggu giliran. Aku mengambil kesempatan untuk menunaikan solat fardu zohor. Kemudian meneruskan program seterusnya itu mengukur tinggi dan berat badan. Alhamdulillah, Dengan ukuran tinggi dan berat yang diperolehi jururawat memaklumkan BMI aku  adalah unggul. Dia kata encik jangan tambah berat badan lagi yer kerana BMI sekarang ini adalah bersesuaian dengan ketinggian dan keberatan aku. Kemudian tekanan darah pula di ambil. Keputusan menggalakan. Tiada masalah tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah. Perfeck 110/80

Seterusnya aku  diarahkan ke bahagian makmal. Di sini menunggu lagi . Lama juga menanti. Di bahagian ini, sedikit darah di ambil untuk menguji tahap gula dalam darah, kategori darah dan kepekatan darah. Hasilnya Random Blood Sugar  ialah 12.0/mml. kategori darah ABpositif dan satu lagi ujian aku tak tak mengetahuinya.

Menunggu lagi untuk  ke bahagian pemeriksaan lelaki   untuk mengenal pasti simpton hernia. Pemeriksaan yang dilakukan di sini ialah dengan menekan di bahagian ari-ari. Alhamdulillah, lulus kemudian ke bahagian ECG pulak. Di sini beberapa kabel dipasangkan ke dua-dua lengan dan kaki serta beberapa kabel yang dipasangkan ke bahagian dada. Bacaan ialah dalam bentuk graf yang aku sendidri tiada ketahuan.

Kemudian aku di arahkan untuk berjumpa doktor dengan membawa segala data-data yang diperolehi melalui ujian klinikal tadi.

Di bahagian inilah yang begitu mencabar kerana terlalu lama masa menununggu. Aku dapati peserta-peserta yang lain mempunyai persepsi sendiri. Ada yang sabar, ada yang hilang sabar dan pelbagai lagi. Aku hanya memerhatikan sahaja gelagat mereka. Dalam hati ku juga begitu......... namun ku pujuk hati ini agar bersabar dengan alasan :  petugas-petugas KK melayan karenah peserta ujian begitu sabar dan dedikasi sekali. Mereka berada seawal pagi jam 7.00 pagi. Entah makan tengah hari atau tidak  aku tidak mengetahui.  Tambahan pula mereka  bertugas di hari minggu. Dengan itu aku sabarkan hatiku dan alhamdulillah. Emosiku stabil. Tiada masalah. Ini baru ujian awal, di Padang Masyar nanti kita tidak tahu bagaimana hebatnya cabaran pengadilan Yang Maha Besar. Aku pasrah.

Aku memerhatikan sahaja   kaunter giliran bertukar ganti. Begitu lambat sekali untuk giliran aku muncul. Namun apabila hampir sampai giliran aku, sepatutnya nombor isteriku akan dipanggil tetapi nombor itu melambung jauh tersasar daripada nomborku. Ini sudah lebih. Paling mencabar seorang kenalan ku yang datang pada pukul 1.00 petang sudah juga berada bersama-sam ku untuk menunggu giliran berjumpa doktor. Ketika itu jam sudah pukul 3.30 petang. Bermakna aku sudah menunggu lebih 4 jam sedangkan kawan ku itu baru 2 jam sahaja menunggu.

seterusnya giliran isterinya pula di panggil. Apa sudah jadi dengan nombor aku? Macam-macam teori yang kami hujahkan bersama kawan ku itu. hehheheh.

Dia kata, orang-orang yang lanjut usia perlukan masa lebih dengan pemeriksaan ynang teliti berbading dengannya yang masih muda. Hello, patutnya aku warga emas diberikan laluan ekspress. hahahhaha

Sambil itu nombor ku muncul juga dan membuatkan isteri terasa juga kerana nombor dia yang lebih awal daripada nombor ku. Aku kata kepadanya, itu rezeki aku, nanti giliran dia di pintu yang lain. hehehh

Doktor meneliti keputusan daripada data-data ujian klinikal dan memaklumkan kepadaku bahawa:

1. Aku gagal mengawal paras gula kerana bacaan HBA1C yang tinggi iaitu 8.5mm/l. RBS  sebentar tadi juga tinggi. Sepatutnya 8mml. Maka bersyarahlah doktor india itu ..........pet pot pet pot .......Aku tidak mengawal  diet seperti yang diarahkan. Aku hanya berdiam diri dan akur kepada kata-kata doktor itu. AKhirnya aku bersuara, bahawa aku tidak tahu lagi nak buat macam mana, aku beriadah 3 kali seminggu degan bermain tenis heheh, aku tidak mengambil air bergula, aku tidak makan buah-buahan tempatan sepertu durian.

2. Buah pinggang ok.
3. ECG ok. Tiada masalah jantung.
Yang lain-lain ok. Semuanya ok cuma aku perlu mengawal paras gula sahaja.

Akhirnya aku keluar daripada bilik doktor. Tidak lama kemudian isteriku keluar daripada bilik yang lain. Kawanku juga sudah keluar juga. Ketika itu jam sudah pukul 4.30 petanag. 
Huh, satu marathon pemeriksaan yang begitu panjang yang pernah aku alami. Lebih 5 jam. Sayang aku tidak mengambil gambar disekitar pemeriksaan tadi. Entah mengapa aku pun tidak tahu, mungkin aku menghormati peraturan di KK yang tidak membenarkan mengambil gambar hehehhe.


6 ulasan:

geraugebang berkata...

Salam,,,
Ayah Zain nak pi Haji tahun ni ya? Moga semuanya selamat.

Ayah Zain berkata...

salam gg

terima kasih sudi ziarah yer. sapa x nak pergi hajikan.

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,

Kesabaran itu janjinya seluas syurga.....
Betul..membuat pemeriksaan begitu memang memakan masa yang lama..tahun 2008 dulu mama dan Pak Shaikh begitulah dekat 5 jam juga kat PKK daerah sini.menguji kesabaran tahap gaban.
seronoknya nak ke mekah!!!

Ayah Zain berkata...

salam mama nadz,

itulah dia cabarannya. Itu baru sedikit berbanding yang sebenarnya nanti

Naz Mohamed berkata...

Salam AZ,

Bak kata dlm cerita Laksamana Do Re Mi...COBAAN!!!!. Kalau saya mahu tekanan darah normal terus naik tinggi mcm roket. Mungkin paras gula naik sebab AZ baru lepas mkn kot. Biasanya, kalau nak test gula dlm darah ini kena posa minimum 2 jam.

Ayah Zain berkata...

salam Ina,

itulah pasal. saya dah explain kepada doktor, tapi dia kata saya tadak gagal mengawal paras gula. Maksudnya saya tak pantang, sebat jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...