Sabtu, 28 Ogos 2010

kita fikir-fikirkan

280810


Saya mendapat ilustrasi ini daripada facebook Zaharudin.net,
saya suka berkongsinya  dengan anda semua
tentunya berkaitan dengan aurat wanita Islam
supaya  boleh kita fikir-fikirkan sama ada selama ini kita telah membuat pilihan yang betul atau tidak.

saya bukan arif sangat tentang perkara ini
tetapi disekeliling kita biasa melihat seperti yang terpapar
kadang  kala anak-anak kita yang memakainya begitu
isteri-isteri kita, atau adik beradik kita
dan sebagainya.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (QS:An-Nur:24:31)

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (QS:An-Nur:24:58)




8 ulasan:

afeezz berkata...

salam AZ : rasanya pemakaian tudung skrg ni dah jadi trend. tudung pon dah macam2 pesen ade....

atuk berkata...

Salam Ramadhan AZ

pereka pereka tudung/pakaian sekarang kebanyakanya bukan mengikut garis panduan Al Quran dan Sunah, jadi banyak yg terbabas

Wassalam

PINATBATE berkata...

Salam..
bagus entry ini saling mengingatkan

sinomosa berkata...

Salam Az,

Saya betulkan sedikit statement Afeezz, cuma sebilangannya shj yg mjadikan tudung itu sbg trends krn kurangnya ilmu dan jahilnya ttg apa maksud aurat yg perlu ditutup selayaknya..wallahua'lam

Namun, sy bsetuju ada yg btudung namun mendedahkan atau menonjolkan bahagian yg tidak sptutnya.
Mungkin kita berada di akhir zaman, di mana manusia berpakaian namun telanjang..cuba AZ perhati telah ramai berfesyen begini kan? Wallahua'lam smg Allah memelihara sy dan yg lain2nya Amin

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

buka jadi trend tetapi kejahilan mereka tentang aurat wanita

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

betul tu, mereka mengutamakan yang lain dripasda yang ditetapkan oleh Allah

Ayah Zain berkata...

salam pinatbate

terima kasih. sekadar perkongsian

Ayah Zain berkata...

salam syima

sungguh benar apa yang syima katakan itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...