Rabu, 11 Ogos 2010

Salam Ramadan 1431

110810
Alhamdulillah,
Hari ini adalah hari pertama umat Islam di Malaysia menunaikan Rukun Islam ke 3 iaitu berpuasa di Bulan Ramadan. Bulan ini juga umat Islam menunaikan Rukun Islam ke -4 iaitu membayar zakat fitrah.

Tahun ini ucapan Salam Ramadan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) mengalami perubahan yang ketara dengan idea kreatif yang memberangsangkan. Saban tahun kita akan menerima kata-kata ucapan yang begitu kreatif yang kadangkala tidak terfikir di minda. Begitulah hebatnya Allah menciptakan manusia dengan akal dan fikiran membuatkan manusia menjadi begitu hebat sekali.

Berikut ialah antara SMS yang aku terima

Selamat menaiki penerbangan RAMADHAN AIR nombor 1431H dengan tujuan AMAL...
Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari atas permukukaan haus dan lapar..
Para penumpang diwajibkan untuk memasang NIAT puasa dan menegakkan kursi SOLAT...
Penerbangan ini bebas asap PERSELISIHAN..
Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADA PUASA

sms BERIKUT juga menarik

Salam, Nama saya Sya'ban.
Saya ingin mengingtakan anda  bahawa jiran saya iaitu Ramadan akan datang menunjungi anda bersama isterinya REZEKI dan dua orang anaknya Sahur dan Iftar. Mereka ditemani oleg 3 orang cucu mereka Rahmat, Barakat dan Keampunan. Mereka kan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat EID AIRLINES.
Hargai mereka dan anda akan mendapat berkat. InsyaAllah.

dan yang terakhir dan amat keratif sekali:

Sehari lagi NAFAS menjadi TASBIH
Sehari lagi TIDUR menjadi IBADAH
Sehari lagi DOA-doa ini menjadi  MUSTAJAB
Sehari lagi PAHALA ini dilipat GANDAKAN
tetapi
semua itu tidak akan menjadi kenyataan tanpa MAAF tulus daripadamu.
Untuk itu izinkan ledua telapak tangan bertangkup mohon maaf untuk lisan yang terlanjur, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan semua sikap yang menyakitkan.......


Justeru: AZ mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran bahasa selama kita berblog. Salam Ramadan. Semoga Allah menerima segala amalan kita disepanjang bulan yang mulia ini.



14 ulasan:

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,
Selamat berpuasa untuk Az sekeluarga dari mama nadz.

ahmoi_chantek berkata...

salam AZ..
camat b'pose wat AZ&fmly..

Unknown berkata...

salam AZ....

selamat berpuasa jua dr ummi n family... semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr yg lepas...

ameen

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Memang kreatif sms itukan..
Sy pun ada beberapa koleksi SMS sebegitu..

Salam Ramadhan AZ..
Maafkan salah silap sy jika ada..

afeezz berkata...

salam AZ : selamat berpuasa dan maaf zahir dan batin

rezeki berkata...

selamat menjalani ibadat puasa buat az sekeluarga dan rakan2 sekalian

az bulan puasa ni kena jaga sikit,

takut terlebih dan terkurang gula dalam badan tu

makmuda berkata...

salam AZ

semalam saya buat copia tanpa coklat untuk buka. takde coklat lagipun takut manis sangat. saya ckp dgn anak2 saya dapat idea dari AZ :) mereka suka :)

semuga kita semua mendapat nikmat Ramadhan.

Ayah Zain berkata...

salam nadz,

terima kasih. Selamat Berpuasa untuk Nadz sekeluarga

Ayah Zain berkata...

salam fiD@ kAwAii

camat pose juga

Ayah Zain berkata...

salam umi

selamat berpuasa juga kepada umi dan keluarga. Semega mendapat keberkatan jua.

Ayah Zain berkata...

salami syima,

yup, makin tahun makin kreatif semoga amalan puasa kita i terima Allah

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

selamta berpuasa juga utk afeez dan keluraga tercinta

Ayah Zain berkata...

salam rezeki

yup, selamat berpuasa kepada Pak Itam n Mak Itam.

Alhamadulillah. Tengah hari gula az cuma 5.7mm/l

Ayah Zain berkata...

salam mak muda


alhamdulillah berjaya juga makmuda membuatnya untuk famili. Selamat berpuasa kepada MN n Famili

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...