Rabu, 25 Ogos 2010

Pear & Epal Hijau

250810



Buah Pear dan Epal Hijau

Dalam Bulan Puasa/Ramadan kali ini aku mendapat ilham untuk memanfaatkan buah pear dan epal hijau. Dimaklumkan buah epal hijau mempunyai zat fitokimia yang  berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.

 Selain daripada itu  kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah. Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.

Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.

Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan.

Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.. Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi?

Sementara Buah pear pula mempunyai kesan yang tersendiri mengikut kategorinya seperti :
1. Buah pear muda  dapat memudahkan/melawaskan  buang air besar kerana ia mempunyai kesan laksatif 
2. Buah  buah pear yang masak  mempunyai kesan  diuretik yang berkemungkinan membuatkan rasa  mengantuk.
Namun kandungan sorbitol yang terdapat dalam buah pear boleh memudaratkan sekiranya diambil/dimakan terlalu  banyak kerana boleh menyebabkan rasa kembung pada perut dan menyebabkan buang angin.

Justeru untuk lebih lazat aku telah mengisar buah pear dan epal hijau dijadikan jus yang enak semas berbuka puasa dan juga bersahur. Perlu diingatkan pilihan pear mesti betul kerana pear yang terlalu masak tidak berapa baik kerana boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa untuk solat terawih yang mengambil masa yang agak lama.
 
500ml jus epal hijau dan pear
penyeri kepada menu berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini.
Perlu berhati-hati jus ini perlu disediakan di saat sejenak waktu berbuka kerana iron dalam epal hijau menjadikan jus anda menjadi lebam dan tidak menarik.

10 ulasan:

sonata anak kancil berkata...

seminggu pertama saya makan buah2 ini...lepas tu saya tukar ke anggur...hentamnya sakit perut ! lepas tu dah kurang pulak makan buah2 ni....tak boleh jadi ni kena makan semula secara konstan...

afeezz berkata...

salam AZ : erm.. air tu nampak macam tak sedap jer, mesti pekat kan pastu susah nak telan..

atuk berkata...

Salam Ramadhan AZ

saya pulun kurma
kat surau banyak orang besedekah
he he

Wassalam

Naz Mohamed berkata...

Salam az,

Saya berbuka dengan tamar dan segelas susu kambing. Petang nie nk tambah jus epallah pulak.

ainhany berkata...

salam az,

mngingtkan air jus kedai air gelas besaq kat selayang...:)

Sedap jer menu AZ tu..kalu pekat mcm afeez kata teringt pulak air durian belanda.
Apapun terima kasih atas info..insyaALLAH boleh cuba nooo,

Ayah Zain berkata...

salam,

cubalah teruskan. mungkin dia baru nak berkenalan tu. hehheh

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

selera berbeza afeez, az rasa sedap jer. Pekat tu sebab tak bertapis. kita minum dengn ekstrak dia sekali.

Ayah Zain berkata...

salam Ina,

az juga berbuka dengan sebutur kurma, then telan pil diabesti dan minum jus pear-epal

Ayah Zain berkata...

salam ainhany

yer ke. baguslah ada nostalgia gitu. Memang sedap jus yang az buat tu. hhehehe

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

yer ker. kurma tu memang sunat masa berbuka. az amik sebutir sahaja kurma (diabetis kan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...