250810
Gambar di atas aku rakam ketika aku ke Kuala Lumpur pada 8 Ogos yang lalu kira-kira 3km sebelm sampai R&R Seremban arah Utara. Aku tidak pasti macam mana ia berlaku namun mengakibatkan jem hampir 5 KM. Aku tidak dapat mengamati dengan lebih terperinci kerana trafik meminta kami tidak memperlahankan kenderaan. Namun aku sempat juga merakamkannya. Kelihatan satu mayat di atas jalan raya. Tentunya MAUT kerana ditutupi oleh kertas surat khabar
kesihan
Mangsa sedang diberikan bantuan kecemasan . Semoga ia dapat diselamatkan. Apa yang dapat dikatakan, malang tidak berbau. tetapi kalau dah bawa laju macam peluru, orang Nogori kata lari macam pelesit, hah kau..ambik. Itulah padahnya. Namun kadangkala, kita membawa kereta dengan cermat tetapi orang belakang yang menyondol........
oooooooooo00000000000000000oooooooooooooo
Kemalangan berlaku hampir setiap hari di jalan-jalan raya di Malaysia. Sama ada di Lebuh raya atau di jalan Persekutuan ataupun jalan negeri. Menurut perangkaan dipercayai 20-30% pengguna jalan raya maut setiap hari. Angka ini amat menakutkan namun kematian akibat kemalangan jalan raya seperti tiada noktahnya. Angka kematiaan tersebut akan meningkat lebih tinggi dalam musim-musim perayaan.
Pengguna motosikal pula mendominasi kematian akibat kemalangan jalan raya. Antara sebabnya ialah memandu laju di samping sikap ingin berlumba, angkuh, ingin cepat sampai, melanggar peraturan lalu lintas dan sebagainya. Pernah juga terbaca di halaman akhbar yang memetik daripada Bukit Aman mengatakan pemandu di Malaysia lebih takut menerima surat saman berbanding takut akan maut di jalan raya.

pandu cermat jiwa selamat
biar lambat sampai jangan tidak sampai-sampai
Oleh itu berhati-hati di jalan raya
anda mampu mengubahnya
12 ulasan:
Assallamualaikum AZ,
betul tu...semuanya kerana sikap.
bila melihat kemalangan maut, masa tu semua ngeri, pastu pecut balik.
Berhati-hati dijalan raya, bawalah mengikut had laju,
Perlahan sangat pun tak boleh..satgi sampai lambat sangat kat rumah...kena berbuka kat highway!!
setiap hari berlaku kemalangan di jalanraya.....perasaan tak...kat kawasan R&R Seremban ni sentiasa berlaku...selang sari @ tak berapa lama antara kemalangan akan berlaku di kawasan ini....berhati2 melalui kawasan ini
salam Nadz,
setuju. Insaf masa kemalangan tapi lepas tu balik macam biasa. tak reti-reti, tak serik
salam SAK,
yer ker. kalau gitu inilah apa yang orang tua2 kata kawasan keras. orang negori kata 'kogheh tompek tu .
salam AZ : pemandu motorsikal lebih banyak eksiden kene langgar dek org lain drp kesalahan sendiri...
salam AZ....
tu ler tak tau nk ckp apa dah , kalau dah dok dlm kereta pecut semacam... yg dok sebelah hanya baca subhanallah banyak2 , kalau tegur nanti diperlahan sangat sampai rasa bila nk sampai nie... he he he
Salam AZ,
Nama pun kemalangan. Ada kala macam berita semalam pakcik tu elok bawa motor jalan lane sebelah tapi lori yang lane sebelah kerana nak memotong dah terlanggar pakcik tu hingga terperosok bawah lori. Kesihan kan....
Salam az..
Selalu bertembung dengan kemalangan ketika dalam perjalanan balik ke kg...cemas rasa..selalunya..pak ngah akan berhenti kereta agak jauh sikit..dan pergi tgok dari dekat..kut2 bole bantu apa yg patut..pada mangsa sementara ambulan sampai...say dan anak2 pula tunggu dalam kereta...kalau dh ada yang bantu kami teruskan perjalanan segera...
salam afeez
az cukup risau kalau ada motosikal kat depan, tiba2 jer dia belok melintas tanpa lampu signal. Kita kena jaga dia,dia buat dek jer
salam umi,
heheheh, kena baca doa berjalanan isnya allah
salam kak zakie,
itu memang betul. Lori ni memang cabaan kepada motosikal. macam kes suami kawan saya dulu, kena lenyek ngan lori, kudung dua belah kaki dia
salam shami2
kalau berhenti di kawsan kemalangan untuk membantu, alhamdulillah tetapi setengah kes bukanya membantu tetapi mengmabil barang milik mangsa. Kasihan.
kalau perlahan kereta, jalan pulak jem
Catat Ulasan